Mata dilelapkan. Otak berangan-angan. Hati meracau. Tidur entah berapa kali beralih sendeng. Isteri
sebelah, melayan keroh.Keluar bilik ‘switch on’komputer. Melihat streamyx 110-okey!. Mendongak ke jam dinding 3.00 pagi.
Time ustaz..? bersolat tahajjud.
Qoda solat 30 tahun lalu tidak
disambung.Azazil mungkin sebelah
komputer atau sudah menetap di tempat meracau. Terus melayari internet.Line BS
jempol- okey!.
Satu demi satu sesawang akhbar
online,Malaysiakini,Malaysia Insider,Sinar Harian,dan surat khabar gila dan
blog gila yang dikunjungi. Syiah,syiah dan syiah.
1970 SPM ,hendak cari sekolah
kampung tempat belajar mendapat 1A atau
A atau sekarang A+- sebulan malam dan
sebulan siang guru mengajar kelas tambahan –mimpi A tidak
menyapanya. 2013, guru hendak ke sekolah
yang letaknya menyeberang tiga batang
sungai, dengan mudah pelajarnya mendapat 4A+.Tentu sudah ramai yang bijak
–pandai.
1970 universiti ada dua sahaja tetapi sekarang
2013 telah lahir 20 universiti awam.Bijak-bijak anak Malaysia.1970 susah hendak
mencari ustaz yang berkelulusan universiti terutama universiti Al-Azhar untuk
mengajar sekolah menengah. Ketika ini telah beribu ustaz yang berilmu dari universiti dan
profesional dalam pelbagai ranting ilmu
islam.
Lebih 900 tahun yang berlalu
orang melayu di Malaysia kebanyakan solat subuh berdoa qunut.Berwirid selepas
solat. Solat hanya atas sejadah dan tikar. Tidak pernah hendak cuba melamar solat atas seketul batu.Mengaku Al-Quran yang ada sekarang tidak ada kekurangan
ayat-ayatnya. Mendengar dan membincangkan serta mengaku sahabat nabi Muahammad
S.A.W diantaranya Abu Bakar,Omar,Osman
dan Ali. Syahadah ‘aku naik saksi tiada tuhan disembah melainkan Allah dan naik
saksi muhammad pesuruh Allah’. Tidak mempertikaikan ketaatan dan kesetiaan
isteri-isteri nabi SAW. Mereka tahu imam ada 4 sahaja .rupanya ada lagi 12.
Sekarang sudah ramai orang melayu
yang bijak-bijak seperti di nyatakan di atas tadi,apa yang menghairankan telah
mula mengaku sahabat nabi S.A.W hanya Ali.Yang tiga orang lagi tidak wujud. Wujudnya
mereka bertiga pun sebagai musuh.Menjadikan ikatan perkahwinan hanya untuk
keseronokan nafsu bagai melanggan pelacur .Datuk nenek orang melayu berkahwin
sehingga cucu-cicit .Sekarang hendak diubah menjadi kahwin sehari,sebulan atau
ada tempoh masa. Syahadah telah di tambah.Dua kalimah telah dijadikan 3 hingga
4 kalimah.
Itulah orang melayu hari ini,dulu
5 juta sahaja yang pandai ,yang bangang 5 juta tetapi sekarang 3juta masih
tinggal cerdik berkurang 2 juta, kerana yang dulu bijak pandai ,telah menjadi
bodoh kerana beralih aqidah dari pegangan datuk nenek kepada pegangan syiah.Bertuhankan
Harun dan bergurukan Yahya, terlalu banyak menerima nabi baru ,selepas Muhammad
SAW nabi akhir zaman. Ilmu agama sering
beralih angin atau melompat-lompat, semudah wakil rakyat melompat parti politik.
Ramai pakar motivasi di tv dan
melambak ustaz-ustaz serta ustazah bukan 1,2 malahan 3 dan lebih majlis ilmu secara
lansung. Alhamdullilah…! doktor penyakit biasa pun sudah menjadi ustazah.Mungkin lebih ramai ustaz yang berkobar-berkobar menyampaikan hujah melalui program realiti pencetus ummah akan lahir. Namun
orang melayu awam,ustaz dan ustazah educated melangit ilmunya, terus menggila
berusaha hendak mengubah dan telah mengubah pegangannya.
Perlu di ingatkan orang melayu- berpeganglah kepada islam yang dianuti datuk nenek kita dahulu, tidak perlu mengikut yang baru, kerana yang lama sudah serba lengkap sejak 1434 tahun yang lalu.Kita tidak usah mengharapkan kerajaan menjaga aqidah islam kerana kerajaan ada aqidah kristian,budha,hindu dan pelbagai agama yang melantiknya menjadi kerajaan.
No comments:
Post a Comment