Aku hari ini –Angguk!..angguk..!
geleng ! geleng !...kerana sudah banyak orang tak siuman bercakap melalui
media.
Aku angguk..angguk ! ada yang
menyokong pertubuhan tamil (Malaysia)supaya PM tidak hadir persidangan komenwel di
Sri Lanka dengan alasan kerajaan negara
tersebut bertindak kejam terhadap golongan manoriti tamil.
Aku geleng..geleng..dalam masa
yang sama pertubuhan tersebut menyokong wakil Malaysia ,menteri luar hadir.
Bukankah gila namanya itu. Yang bercakap
dan menyokong ini orang tamil Malaysia
yang mengaku rakyat Malaysia.Apakah “ada rasa cubit peha tamil Ceylon, tamil
Malaysia terasa”.Biarlah kita jaga peha kita sahaja Buanglah rasa sikap tersebut kiranya hendak
jadi rakyat yang setia .
Mungkin berbeza sensitif tamil Malaysia
kiranya Najib ke Sri Lanka . Menteri luar Malaysia hadir tidak mendatangkan
marah tamil Malaysia.
Satu lagi geleng,geleng kepala
kerana kasihan! !..Surat khabar melayu Utusan dan Berita Harian minta sedekah
melalui kerajaan supaya mengarahkan GLC beli
Paksa iklan dalam kedua-kedua
akhbar tersebut.
Memang sah sudah akhbar berbahasa
melayu yang dikuasai parti politik melayu itu sudah tidak laku atau kurang
pembaca kerana pengiklan tidak berminat hendak mengiklankan produk mereka.
Sobab utama kedua-dua surat khabar ini tidak laku kerana berita dan rencananya hanya
berkaitan tuan punya surat khabar tersebut. Berita tidak global hanya berbentuk
surat khabar politik ,macam surat khabar politik yang dikhaskan untuk ahlinya.
Dasar surat khabar tersebut “surat khabar arus perdana” tetapi, itu hanya satu
pembohongan untuk berada di pasaran.
Manusia di Malaysia semua
tahu kedua –dua akhbar ini layak dibaca
oleh golongan melayu cauvinis yang
beritanya banyak hipokrit bagai lalang ditiup angin.Sikap berpilih-pilih bangsa
mengikut arah politik .Akhbar ini
tidak lagi menjadi pilihan pembaca bangsa cina atau india di Malaysia.
Aku sekarang mengangguk dan
mengucap Alhamdullilah akhirnya surat khabar ini sudah terima balasan Allah
kerana perangai akhbar ini bertentangan dengan inspirasi rakyat Malaysia.
Aku tidak membaca dan membeli akhbar ini sejak 1989.Sepatutnya
UMNO dan Barisan Nasional membantu surat khabar ini bukan syarikat kerajaan.Ini satu penyelewengan tanggungjawab, diharap Allah memberi pembalasan yang lebih teruk kiranya pengiklan tidak ikhlas membeli iklan surat khabar yang hanya di baca oleh masyarakat Felda.
No comments:
Post a Comment