Saturday, October 26, 2013

Masihkah negara kita selamat ?



 
 
Diantara penyataan  di bawah  yang menjelaskan perkara di atas untuk kita berfikir atau kita bermuhasabah berkaitan negara kita. Pembunuhan demi pembunuhan telah berlaku dan paling kejam  dalam sejarah Malaysia ialah berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 2006 pembunuhan terhadap Altantuya Shaaribuu. (Алтантуяа Шаарибуу).

Terbaru dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh seorang pengawal keselamatan ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal Ambank cawangan Subang Jaya, 
bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

2 mati ditikam selepas langgar

Kejadian bermula jam 11.20 pagi, apabila suspek berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pemandu van syarikat rokok menghantar bekalan rokok di sebuah kedai runcit, di LRT Gombak, sebelum menikam pemilik premis, Law Siew Ling, 49, dan pekerjanya Suliani Johari, 31, di perut menyebabkan kedua-dua mangsa parah. 
Sebaik menikam kedua-dua mangsa, suspek kemudian melarikan diri memandu van miliknya sebelum merempuh sebuah van dari arah belakang yang membawa muatan air mineral di Jalan Persiaran Pertahanan, kira-kira dua kilometer dari kejadian pertama.
 
BANTING - Isteri dan menantu lelaki seorang warga emas bersama dua lelaki lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini atas tuduhan membunuh warga emas itu secara bersama awal bulan ini.
R. Yagavali, 50 (wanita) dan P. Gunalan, 28, (lelaki) dituduh bersama-sama P. Keeshor Kumaar, 19, dan R. Dhasarathi Naidu, 19, membunuh P.Sukumaran, 62, secara bersama di sebuah rumah di Kampung Sungai Sedu Banting antara pukul 7 malam 4 Oktober sehingga pukul 6 pagi 5 Oktober tahun ini.

ALOR GAJAH - Akibat  merampas kekasih orang lain, seorang wanita warga Indonesia  dibunuh  dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sebelum dibakar di ladang tembikai susu, Solok Menggong di sini.

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mendedahkan nama dan gambar lelaki disyaki dalang kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, yang dipercayai meninggalkan negara selepas kejadian pembunuhan itu.

JOHOR BAHRU - Seorang buruh ditemui mati dengan kesan kecederaan teruk di kepala berhampiran jejantas Pekan Senai, dekat Kulaijaya, semalam.

Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Sahabudin, 22, itu ditemui terbaring di tepi jalan besar oleh orang awam pada pukul 3.55 pagi.

KLANG - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di sini malam ini.

OKU dituduh rogol, rompak

Kuala Lumpur: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol serta merompak seorang wanita, September lalu.

PEKAN - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah, Rompin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan, semalam atas tuduhan membunuh rakan pelatih di kem sama pada 22 September lalu.

Terdapat sekurang-kurangnya 35 kes tembakan dilaporkan di seluruh negara sejak Mei yang menyebabkan 22 orang terbunuh.

No comments:

Post a Comment