Entah sampai bila media Malaysia
memberi liputan istimewa kepada Barisan Nasional. Entah sampai bila media
memutar belitkan kenyataan “kerajaan itu ialah Barisan Nasional dan Barisan
Nasional itu kerajaan” walaupun parlimen telah dibubarkan dan penamaan calon
telah dilakukan,pilihanraya hanya 3 hari lagi.
Kenapa kelebihan di beri kepada parti ,Barisan
Nasional dan pemimpinnya ,menjadikan media kerajaan dan swasta membantu kempennya seolah-olah
semua media dia yang punya dan menggambarkan di dunia luar parti politik di
Malaysia hanya Barisan Nasional. Apakah BN telah membeli seluruh ruang untuk
propaganda parti itu di dada media ,sehingga tidak ada lagi ruang lompang untuk
parti lain.
Sampai bila media dan Barisan Nasional masih menganggap dan memanggil,
menggelar parti,PAS,PKR dan DAP itu parti pembangkang walhal parlimen telah
dibubarkan dan ketika ini kerajaan sementara yang tidak mempunyai kuasa eksekutif
serta wakil rakyat PRU 12 tidak wujud
lagi,
Sampai bila pemimpin Barisan
Nasional yang sekarang telah menjadi bekas wakil rakyat,bekas menteri,bekas
perdana menteri telah diberi layanan VVIP untuk berkempen di kem-kem
tentera,sekolah-sekolah,dan penempatan polis dan anggota keselamatan yang lain.
Tidak ada perbezaan bagi pemimpin ini menggunakan harta awam untuk tujuan berkempen dengan bertugas.Apakah mereka calon BN ini masih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, menggunakan kenderaan kerajaan mengikut kehendak hati.Apakah tidak meakukan kesalahan perilaku pemimpin seperti ini.Pengundi masih buta mata,buta hati,pekak telinga dan jumudkan otak.

Sampai bila rakyat Malaysia
hendak menjadi cerdik terhadap pilihanraya,yang kadangkala kita lihat rakyat masih
tidak tahu menilai bahawa diri mereka adalah amat penting sebelum mengundi.Sampai
bila orang melayu supaya menjadi seperti masyarakat cina tidak menjadikan MCA
dulu kini dan selama-lamanya dihati mereka. Mereka telah berubah sejakPRU ke
12.
Melayu tidak berfikir macam orang
cina ke?-lebih baik kebajikan untuk bangsanya dari apa yang mereka dapat hari
ini.Lebih baik untuk agamanya dari apa yang mereka dapat dari parti yang
memerintah 55 tahun lalu. Melayu sudah berpuashati dengan sepanjang hari ketawa
dengan keadaan mulut sampai ke telinga,apabila duduk hadapan tv. Tidak ada terfikir anak berhutang sepanjang hidupnya kerana
mencari ilmu di negara sendiri .Tidak terfikir wakil rakyat bertambah kekayaan sedangkan diri sendiri,"besar tiang dari perahu". setahun atau dua tahun selesai pilihanraya "cakak sudah,silat teringat.
Sampai bila orang melayu hendak
berubah - jangan mengundi bakal calon wakil rakyat yang terpalit rasuah yang satu
dunia sudah tahu, -wakil rakyat yang sudah kaya dan terus membelai kekal, memberi
kekayaan kepada keluarganya. Sampai bila orang melayu hendak berfikiran”yang
penting parti, bukan calon”.
Calon seorang perasuah ke,!tidak berakhlak ke,! ahli fitnah ke! pembunuh ke,islam ke! kafir ke,!murtad ke!,menghina Al-Quran ke,! tak yakin hukum Allah ke! Persetan apa… aku tetap BN,hendak cari makan mudah tidak macam rakyat somalia”. Apakah hidup orang melayu hanya untuk mudah cari makan ?.
Sampai bila pengundi melayu di rasuah oleh calon wakil rakyat dengan sekampit gula,beras dan minyak. Pengundi-pengundi tidak terasa terhina ke! dengan satu undi di nilai dengan barang makanan seperti itu.Malahan memuji-muji calon tersebut pemurah dan bertanggungjawab serta memahami masalah rakyat.
Tahukah pengundi dari mana datangnya sumber kewangan bagi membeli barang makanan tersebut?.Kiranya pengundi terdiri kalangan peneroka Felda maka wang Felda atau syarikat felda menjadi mangsa mengeluarkan wang atas titah perintah, dengan melabelkan dana bantu peneroka.Seandainya di agihkan di kampung-kampung tradisi, maka jabatan kebajikan terpaksa mencari sumber kewangan bagi menampung kos. Calon BN hanya menyeluk poket kosong.
Sampai bila orang melayu menjadi kaldai tunggangan calon wakil rakyat atau bakal wakil rakyat yang hanya mendapat upah sekampit beras,sekampit gula dan susu.Jatuhnya murtabat orang melayu menjadi mangsa umpanan mereka yang kaya raya. Apakah melayu masih merempat seperti zaman jepun?.Ini nilai pengundi yang masih setia pada dacing buruk yang belum menerima teknologi.
Dalam tempoh lima tahun orang Melayu islam tidak berasa bersalahkah memilih pemimpin yang tidak bertakwa kerana segala dosa yang dilakukan oleh pemimpin yang dipilihnya akan menjadi tanggungan dosa kepada pemilih di akhirat kelak.Tidak berasa bersalahkah pengundi memilih pemimpin dan kerajaan yang mementingkan Allah dan rasulnya mengikut masa dan kadang-kadang.Tidak adakah ruang untuk melantik dan memilih pemimpin yang mementingkan Allah sepenjang masa dan ketika di mana jua.

kalau PKR DAP PAS boleh tawan Putrajaya, tidak pasti juga apakah mereka tidak buat begitu, Kelantan dan Penang contoh jelas, mereka juga guna Jentera kerajaan Negeri.
ReplyDelete