Himpunan yang bertujuan melawan “figure dan digit “dengan Bersih 3, telah diadakan di Putrajaya mendapat liputan meluas melalui RTM. Gambar kelompok-kelompok kumpulan belia yang ramai sentiasa menjadi tumpuan utama kamera tv kerajaan itu.
Rakyat tidak hairan melihat ramainya yang dikatakan belia datang ke majlis tersebut, kerana majlis itu hanya bertujuan mengesahkan bahawa golongan belia yang sentiasa teransang dengan hiburan percuma. Mereka akan datang berduyun-duyun dari pelusuk Malaysia apabila dijanjikan sesuatu konsert. Matlamat lebih 5 juta akan hadir sekiranya menjemput penghibur luar negara. Hampir kesemua program berkonsepkan sukan dan hiburan.
Kaum bapa dan ibu, penghuni rumah pentadbiran di Putrajaya, yang menjemput dan mengadakan hari untuk belia ini mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada menyediakan kenderaan ke Putrajaya.Kaum bapa dan ibu yang menjadi pemimpin itu mencerminkan sikap setengah bapa dan ibu di negara ini memberitahu belia dan anak-anak mereka betapa pentingnya hiburan dari segala-segalanya. Kasihan golongan belia menjadi mangsa politik orang tua .
Ucapan Najib dari awal hingga akhir telah memutar-belitkan dan menghubungkaitkan tema hari belia “Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini”dengan melahirkan keinginan nafsu serta bercita-cita nya lagi kerajaan pada PRU 13 untuk menyambung pemerintahan lebih 56 tahun itu.
Walaupun belum ada kenyataan resmi jumlah belia yang hadir dari Bernama dan di sahkan oleh Rais Yatim, namun kita percaya lebih 90% adalah belia melayu di negara ini, yang telah “declared” islam. Kehadiran belia menunaikan solat di Masjid Besi dan Masjid Putrajaya tidak seperti kehadiran belia di tempat-tempat hiburan kawasan pesta tersebut di adakan.
Apakah nilai faedah kerajaan terlalu mengikut rentak Bersih 3 dengan mengumpul jutaan manusia sekiranya kerajaan masih popular.Berlawan-lawan figure kehadiran manusia dalam sesuatu majlis tidak menguntungkan sesiapa,malahan merugikan perbelanjaan .
Lebih baik peruntukan berjuta-juta itu di wujudkan peluang pekerjaan kepada belia atau di gunakan belanja memberi latihan kemahiran dari memberi rasuah atau mengumpan belia-belia dengan hiburan demi menunjuk-nunjukan sokongan yang belum tentu mengubah jumlah pengundi kepada kerajaan.
Belia tidak perlu di set minda mereka dengan agenda hiburan kerana hari ini salah satu punca masalah sosial adalah berpunca dari hiburan yang melupakan Allah yang menciptanya.Hiburan boleh mengudang masalah sosial di kalangan mereka apabila terlalu gembira dengan pergaulan bebas serta tidak menjurus kepada pembangunan minda dan pembangunan negara.
Cukuplah belia kita dikelilingi persekitaran hiburan siang malam melalui tv dan konsert live entertainment events serta kelab-kelab disco di seluruh negara.Usahlah kita yang sudah tua, yang telah menjadi pemimpin ini ,menjadikan belia mangsa politik kita, yang tidak memberi sumbangan membentuk generasi muda kearah insan yang bertakwa.
Hanya sedikit faedah kepada individu, iaitu berjaya melayan kegembiraan hati apabila dirisaukan dengan kehadiran belia remaja semasa himpunan bersih 3 pada 28 April lalu. Ambil ikhtibar Tragedi Drag Racing Himpunan Belia 2012, mungkin ianya satu amaran dari Allah sebelah siang, sebelum penyanyi-penyanyi menjerit-menjerit atas pentas sebelah malamnya.
No comments:
Post a Comment