Monday, May 14, 2012

haram+jadah = Haram + haram


                           Haramjadahhhhhh !!Haramjadahhhhhh !!
                                Haramjadahhhhhh !!Haramjadah mereka ini jangan terima durian runtuh ini “bahasa seorang manusia yang terdidik oleh keluarga  keturunan Perdana Menteri  serta mewarisi jawatan tersebut  di Malaysia ini sungguhnya amat tidak sopan.Kita percaya bahasa yang biadap ini tentu tidak pernah di ajar oleh bapanya atau ibunya  59 tahun yang lalu.

Bahasa kesat tersebut sudah pasti tidak pernah ditutur oleh Toh Puan Rahah dan Tun Abdul Razak  semasa Najib waktu kecilnya.Tutur kata bagitu hanya dituturkan oleh orang –orang desa yang hidupnya pincang dan serba kekurangan  serta dilanda masalah keluarga dan sentiasa dalam kemarahan.

Sehingga ini tidak ada fatwa dari mana-mana badan yang mengeluarkan fatwa bahawa bahasa tersebut haram dikeluarkan kerana merupakan maki hamun "termasuk yang ditutur oleh Najib . Tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang islam terhadap orang  yang tidak setuju dengannya.Bahasa Perdana Menteri ini telah  melambangkan sikap dan akhlaknya.

Juga belum ada ulasan panjang lebar dari akhbar arus perdana dengan kata kurang ajar itu.Barangkali kata bagitu dihalal –guna oleh akhbar tersebut.Belum juga terkeluar fatwa menasihatkan orang yang menentang FGVH disenaraikan tidak boleh menerima wang durian runtuhnya.

Terlampau seronok mengumumkan wang durian runtuh sampaikan Najib tidak sedar bahawa wang yang akan hendak diberikan kepada warga Felda itu bukan "wang abah dan omaknya" yang punya,maka dia memberi amaran siapa yang menentang jangan cuba-cuba nak menginding.Dia juga lupa bahawa pengundi-pengundi di Malaysia ini bukan hanya rakyat yang berstatus peneroka.

Bagitulah sikap manusia ada kuasa .Semua media menikus ,tak berani menyiarkan dan mengulas kata-kata orang yang mengaku global dan bertemadun

Kita berharap manusia yang mengharamjadahkan orang lain ini akan mejadi kata-kata “pulang tebiat”baginya dan dilaknati Allah kerana “haramjadah” dalam kamus dewan –bererti anak haram. Najib telah menuduh peneroka-peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd sebagai anak haram.

No comments:

Post a Comment