Tuesday, May 1, 2012

Sampai bila bangunan kerajaan menjadi bangunan parti

Sepanjang perjalanan balik ke "warikh" terlihat bendera putih merah tercacak megah di bangunan-bangunan dan rumah-rumah.
Kelihatan sebelum ini bendera merah-putih  tidaklah berkibar sehebat  yang ada hari ini.Hanya papan tanda lusuh ,bertiangkan dua batang sebelah bangunan balairaya,balai muhibah atau dewan orang ramai.

Apakah kesemuanya ini aset UMNO di kampung-kampung tradisi terutama kawasan-kawasan janda-duda 60-70tahun.

Kita lihat 5 buah bangunan yang sempat dirakamkan dalam perjalanan.

Kawasan-kawasan ini tidak ada BERSIH HARTA 1 yang membolehkan rakyat dan orang ramai tahu yang mana satu harta kerajaan atau harta parti UMNO.

Mengikut kehendak papan tanda parti yang terletak sebelah bangunan seolah-olah bangunan tersebut milik parti yang memerintah lebih 54 tahun itu.

Penduduk kampung tentu menganggap bahawa bangunan itu ialah bangunan UMNO kerana bagi mereka UMNO dulu kini dan selama-lamanya telah dihayati "duit UMNO, duit kerajaan maka bangunan kerajaan ialah bangunan UMNO".

Bagi generasi muda yang berfikiran,seperti mereka yang turut serta BERSIH 3, satu hari akan mempertikai harta kerajaan yang ada di kampung-kampung yang telah di exploit oleh UMNO itu.

Antaranya akan ada yang mempertikaikan:-
i) Balai-balai yang ada di kampung ini milik siapa- kerajaan atau parti.
ii) Sumber kewangan membina bangunan ini -kerajaan atau parti.
iii) Tanah yang di bina bangunan itu milik kerajaan atau parti atau wakaf individu.

Kita berharap jika berlaku perubahan kerajaan semasa PRU 13  perkara ini perlu di perbetulkan.Kiranya PRU 13 tidak berubah suasana ,nampaknya balairaya kerajaan balairaya UMNO hingga mati.

No comments:

Post a Comment