PRU 13 pasti akan datang.Kiranya dunia belum kiamat.Pengundi yang masih hidup wajib mengundi. Tidak mengundi bererti mengundang dosa.Pengundi yang sudah mati tetapi ada yang menghidupkannya pergi mengundi maka mereka menghidupkanya satu dosa besar kerana menghidupkan orang yang telah Allah matikan.
Bagitu juga kiranya ada makhlok yang mengimport makhlok haram yang di halalkan untuk mengundi bagi dirinya serta rakan "seporak' dengannya, bererti dia memeluk dosa hingga akhir hayat.Orang yang meghalalkan yang haram sudah tentu bedosa dan orang yang menang kerana sokongan makhluk haram tadi, akan menerima elaun wakil rakyat adalah elaun haram.
Dalam sistem demokrasi mengundi adalah wajib kerana kuasa undi boleh menentukan siapa yang memerintah.Salah satu cara memilih pemimpin.Pemimpin jenis mana yang kita hendak pilih.Orang islam wajib mengutamakan memilih pemimpin yang beragama islam serta calon dan parti, yang ada bercita-cita memperjuangkan islam satu cara hidup.Tidak mempertikaikan islam adalah agama yang direstui Allah.
Andainya tidak ada choice / alternative tidak terdapatnya calon pemimpin yang beragama islam maka kita bertanggungjawab memilih pemimpin yang bersekutu dan membuat perjanjian dengan orang islam.Rakyat Malaysia berada dalam situasi ini.Perlu bijak memilih pemimpin dan perlu meneliti biodata calon pemimpin, yang disenaraikan sebelum undi dikeluarkan.
Perkara-perkara ini diberi tumpuan oleh pengundi melayu dan islam sebelum mengundi:-
a) Agamanya- sudah tentu islam dan disahkan ada ciri-ciri orang islam pada dirinya dan keluarga.
b) Bangsanya- melayu
c) Akhlaknya dan akhlak keluarganya.
Pilih Individu pemimpin dahulu ,diikuti parti yang akan dipilih, berdasarkan pegangan agama dalam perlembagaan parti. Sikap ini mesti di praktikan. Lebih banyak parti mengemukakan calon yang beradab,dan mempunyai nilai-nilai murni agama islam, maka akan lebih ramai calonnya menang dan lebih banyak peluang membentuk kerajaan.Tidak usah berpegang lagi prinsip 12 pilhanraya yang lalu iaitu pilih parti kemudian calon.
Mengundi mengutamakan parti, selepas itu baru calon, boleh di praktikkan pada zaman sebelum Hussin Onn kerana kekayaan bukan matlamat utama wakil rakyat ketika itu. Hari ini kita lihat kemewahan hidup wakil rakyat ibarat “bumi itu rakyat dan langit itu wakilnya”.
Hindarkan memilih calon lebih dari dua penggal pilihanraya .Terutama calon yang diketahui benar telah melakukan rasuah dan mempunyai harta melimpah ruah lebih-lebih lagi harta itu di perolehi semasa menjadi wakil rakyat.
Ingat !..99 % calon wakil rakyat di Malaysia ini bukannya dikalangan orang kayaraya dan harta berjuta-juta malahan berbilion-lion namun tujuan mereka apply sebagai wakil rakyat adalah kerana ingin menjadi kaya seperti rakan mereka bekas rakyat.
Sila muntahkan hadapan calon atau wakil rakyat sekiranya ada yang mengatakan dia menjadi wakil rakyat, kerana ingin berkhidmat kepada rakyat , terutama mereka dari parti yang telah memerintah lebih 54 tahun.
Orang melayu dan islam jangan diulangi kesilapan memilih seperti dalam pilihanraya kecil parliman Hulu Selangor.Calon yang beragama islam ada disenaraikan oleh parti politik yang bertanding sebaliknya calon yang beragama hindu dipilih oleh orang islam kawasan tersebut.
Orang hindu telah di pilih menjadi imam dan pemimpin orang melayu.Apakah hukumnya terhadap orang islam seperti ini di kawasan itu.Jadikan piliharaya mencari pemimpin dan mencari pahala, jangan jadikan kita berdosa sepanjang 5 tahun atau selagi wakil hindu itu menjadi pemimpin kita.Apakah orang hindu ini mendoakan untuk kebaikan" muslimin dan muslimat, walmukminin nawalmukminat"
Dalam masyarkat majmuk seperti negara ini kadangkala sifat pemimpin diatas terpaksa di ketepikan bagi member laluan bangsa lain untuk sama-sama memerintah atau bagi tujuan memperolehi majoriti kuasa membentuk kerajaan.
Masalah hari ini orang melayu tidak boleh membentuk kerajaan yang pemimpinnya majoriti orang melayu.Ini disebabkan perpecahan bangsa melayu dengan idealogi berlainan.Terpaksa bergantung harap kepada bangsa lain bagi mencukupi majoriti.Bagitu juga bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini memerintah berkonsepkan satu bangsa tidak akan kesampaian.
Keadaan ini merugikan bangsa melayu, kerana impian parti politik hendak memegang kerajaan pusat, telah banyak menggadaikan serta menggugat keistimewaan orang melayu.Melayu yang memuja kuasa satu impian hidup, tidak mengira kehancuran generasi akan datang.
Pengundi perlu memainkan peranan .Mengundi mesti memikirkan untuk terus mengundi pemimpin yang tidak melalaikan melayu terhadap Allah. Kita tentu kesal apa yang berlaku hari ini, oleh kerana kesilapan kita memilih pemimpin yang memerintah dari merdeka hingga sekarang ini,telah menyebabkan orang melayu menjadi juara masalah sosial.Bilangan mereka yang menjuarainya tidak pernah berkurangan.
Hilangkan sikap mengundi mengikut perasaan "masih senang cari makan".Pelbagai aktiviti hidup perlu disegarkan dan di gilap ke arah yang lebih baik dan berkualiti.Jangan dijadikan mengundi mengkayakan seseorang,keluarga dan kelompoknya.Tanamkan budaya baru memilih kerajaan berlainan setiap 5 tahun.Baik khidmat kerajaan yang di pilih berpotensi besar pula kita memilih 5 tahun seterusnya.
nice writing n good comment.
ReplyDelete