Saturday, April 14, 2012
insaf
Khutbah Jumaat bertajuk “kematian “yang di bacakan khatib masjid hari ini, 13 April 2012 sesungguhnya telah mengalirkan air mata . Sebak di hati, mendengar dibacakan seksa kubur ,sementara menunggu di bangkit semula untuk ke padang mahsyar.
Mungkin usia sudah menjangkau 59 tahun hari ini, mengenangkan betapa banyak dosa dilakukan yang masih belum ditebus. Disebutnya purata umur manusia hari ini sekitar 60 tahun hingga 80 tahun.Ya Allah menggigil rasanya badan ini sudah sah usia ini telah hampir ke garisan penamat hidup.
Sekiranya mati beberapa saat dari sekarang ,sudah pasti apa yang telah dikatakan khatib itu akan berlaku.Astaghfirllah.
Kematian akan menjemput pada bila-bila masa dan pengalaman mati dan seksanya alam kubur yang tidak ada sesiapa akan menceritakannya.Berulang-kali disebut khatib,tidak sedar berguguran air mata.
Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kaya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Allah, bahkan manusia menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.
Khutbah hari ini sekiranya di hayati oleh pelaku-pelaku politik,pelaku media,pelaku hiburan atau segenap manusia yang percaya kehadiran Allah dalam hidupnya sudah pasti nilai-nilai murni akan lahir setiap bidang hidup.
Allah menyediakan pintu syurga kepada setiap hambanya dan Allah juga menyediakan pintu neraka setiap manusia .Usahakan untuk mencapai yang terbaik untuk ke syurga dan jangan sesekali bercakap serta mempermainkan kata nilai azab neraka atau ada cita-cita untuk ke neraka.Hanya mereka yang kurang siuman berkata dan bercita-cita bagitu.
Azab neraka tidak sama dengan azab-azab yang ada di dunia ini walaupun ada pelaku politik yang berkata “semua orang yang beragama islam akan masuk syurga, selepas masuk neraka -jangan bimbang !”
Renungkan khutbah ini “Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya?” “Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.”
“Renungilah nasib saudaramu yang kini dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya tertanggal, dulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah memakan mulutnya. Dulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”
Terlalu sedikit daripada kalangan kita yang bercakap dan mengingat soal kematian, alam Barzakh dan Mahsyar, kerana kita sedang sibuk dengan politik mempertahankan putrajaya, pembangunan kerjaya, memperolehi kemewahan beratus dan berbilion ringgit dan kelazatan kehidupan dunia dengan acara –acara hiburan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment