Sunday, April 22, 2012

Sendiri yang pilih

Normal 
Setiap hari kita diberi pilihan. Hendak melakukan perkara baik atau perkara buruk. Positif atau nagatif. Ke arah kiri atau pun kanan.Menuju terus atau berpaling ke belakang.

Kesemua terpulang kehendak kita melalui fikiran dan niat.. Tidak ada sekatan untuk apa sahaja kita lakukan.Walaupun ada undang-undang manusia atau undang- undang Allah yang melarangnya.

Kebebasan tetap ada. Terpulang kepada individu apa yang hendak dilakukan untuk di dunia atau untuk akhirat. 


Setiap individu tau dan sedar apa sahaja aktiviti harian yang dilakukan dan sedar juga apa kemungkinanan atau kesudahan aktiviti itu.Risiko pilihan sudah tentu baik atau buruk, gembira atau dukacita.Kesemua akibat dari perbuatan individu adalah lahir atau dicipta oleh individu tersebut.

Akibat dari pilihan hasil kerja individu boleh melibat kumpulan manusia lain. Kumpulan manusia lain bebas memilih agar tidak menerima kesan buruk atau tidak menerima kesan baik dari kegiatan individu dengan menggunakan kebebasan menghalang atau menjauhi individu berkenaan.

Sekiranya sekumpulan manusia itu yakin akan menerma kebaikan dari tindak-tanduk individu,tetapi sebaliknya telah menerima keburukkan dari tingkah laku individu itu.Sudah tentu ini kerana kesilapan kebebasan memilih. Jangan menyalahkan takdir,kerana Allah telah memberi kebebasan menerima atau menolak sebelum ini.

Individu atau sekumpulan manusia sering menyalahkan atau membuat kesimpulan sesuatu kesan buruk berlaku adalah qada’ dan qadar Allah. Walhal awal-awal lagi kebebasan memilih telah diberikan. Menolak atau menerima,bersetuju atau menarik diri dari terlibat. 

Kebanyakan individu atau kumpulan manusia hanya memikirkan kebaikan sebarang aktiviti yang dilakukan.Pada dasarnya mereka tahu risiko nagatif lebih banyak akan diterimanya .Mereka bertawakal tetapi mereka gagal menghuraikan ketika bila tawakal itu digunakan.Adakah ianya sesuai atau tidak.
















































































Kumpulan manusia atau individu yang bijak tidak akan memilih atau melbatkan diri dengan apa sahaja aktiviti, yang ada kedua-dua risiko - yang ada kebaikannya atau yang ada keburukannya.Mereka menggunakan kebebasan memilih atau menggunakan tidak memilih adalah pilihannya.

Kebebasan memilih mereka terhadap kedua-dua risiko tersebut digunakannya dengan berdasarkan citarasa aktiviti terbanyak dilakukan individu atau kumpulan manusia dan terus bertawakal serta tidak menyalahkan qada’ dan qadar Allah apabila menerima risiko buruk. 

Ketepatan menerima hasil pilihan amat sukar diperolehi kerana individu atau kumpulan manusia tidak nampak atau dapat mengesan hasil keputusan pilihannya. Bagaimanapun berhati-hati membuat sebarang pilhan kerana pilihan individu atau kumpulan manusia hasilnya jangan jadi “terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya".Juga usah menggunakan kebebasan untuk marah dan menurut kehendak hati ‘biar jadi padang jarak padang terkukur”

No comments:

Post a Comment