Bolasepak Malaysia bilakah boleh ke dua tempat ini |
Bulan Oktober 2011 saya berpendapat bola sepak di Malaysia tidak akan sampai ke olimpik atau piala dunia 20 tahun lagi. Ketika itu rangking Malaysia tempat yang ke 148 tetapi hari ini Malaysia jatuh ke tempat 156 dunia,turun 8 anak tangga.
Setiap tahun kedudukan bola sepak Malaysia bukan bertambah baik sebaliknya merosot terus morosot.Sekiranya hari ini merosot 8 anak tangga setahun, bagaimana 20 tahun akan datang Malaysia akan berada di tangga 156+160 =tangga ke 316. Senarai FIFA hanya ke tangga ke 205 hari ini ditunggu oleh San Marino.
Diantara yang mengundang kemerosotan bola sepak negara ini adalah disebabkan sikap mereka yang mentadbir persatuan bola sepak sama ada negeri atau negara.Jurulatih yang tahap profesionalnya tidak bertambah dan kesungguhan pemain hanya mementingkan kewangan melupakan patriotik terhadap negara.
Kiranya bekehendakan idea yang baik jangan ada undang-undang persatuan tidak boleh ditegur oleh orang dalam sendiri persatuan tersebut.sama ada di luar mesyuarat atau dalam mesyuarat. Kadangkala dalam mesyuarat idea yang di kemukakan tidak dipedulikan . Idea di luar mesyuarat kadangkala lebih idealist..Anuar Musa menjadi mangsa perkara ini.
Badan induk bola sepak negara biarlah di tadbir dan diterajui oleh orang berkalibar dan ada bukti potensi bolasepak semakin maju. Mereka yang ada daulat sebaiknya tidak usah masuk campur urusan rakyat terbanyak ,kerana mereka yang terlibat dalam bola sepak terpaksa menjunjung duli untuk menegur. Walaupun ada yang berdaulat boleh mencemar duli atau boleh berjiwa rakyat tetapi tidak semudah berkomunikasi dan berbincang dengan rakyat kedai kopi.
Berkemungkinan kemerosotan bolasepak negara diantaranya berpunca dari mereka yang mengetuai badan Football Association of Malaysia (FAM).Rakyat sudah menjadi serbsalah hendak mengenepikan presiden atau timbalan presiden kerana ditakuti cop durhaka.
Mengundur diri bagi mereka yang telah lama dalam FAM diperlukan saat ini, kerana tidak ada satu pun pasukan bolasepak Malaysia yang boleh dibanggakan..Ujian ke olimpik hanya setakat pusingan awal dan tidak memperolehi sebarang mata dalam kumpulan.Piala dunia 2014 tidak layak kerana pasukan bertaraf jaguh kampung.
No comments:
Post a Comment