Tuesday, April 17, 2012

tontonlah orang politik membodohkan pengundi




Sebelum pilhanraya ke 13 di umumkan orang-orang politik tidak sempat tidur dikatil bersama isteri di rumah kerana sibuk melayan kerenah rakyat. Sekiranya ketua-ketua kumpulan ramai pengikutnya lagi tak senang duduk wakil trakyat dibuatnya.

Ketika ini wakil rakyat terutama yang mewakili parlimen bertaraf menteri atau timbalan menteri diadakan pertandingan cuci tandas terbersih mereka sudah pasti sanggup.Panggil jurugambar akhbar bagi merakamkan post istimewa mereka.
Ada diantara mereka yang beragama Islam sanggup menghadiri serta meraikan majlis agama lain.Orang islam sudah maklumkan tidak ada agama lain diredai Allah melain islam.

Masa inilah mereka berjiwa rakyat,tidak mementingkan pangkat dan darjat.Lihatlah perangai mereka dalam gambar di atas.Mereka berlakun untuk mendapatkan mandat lima tahun lagi.

Pengundi yang sentiasa membuka otak kiri dan otak kanannya untuk berfikir sudah tentu faham wakil rakyat mereka melakukan aksi membodohkan pengundi-pengundi.

Aksi -aksi ini tidak berlaku dalam tempoh 1 -2 tahun selepas pilihanraya.Ketika inilah setiap pengundi atau rakyat berfikir yang mana satu wakil rakyat yang munafik. Gunakan kuasa undi memilih untuk mencari wakil rakyat terbaik dari senarai calon yang di kemukakan. 

Satu perkara yang perlu diberi perhatian,ialah gunakan kuasa demokrasi mengadakan perhimpunan membantah terhadap wakil rakyat menjadi pengkhianat parti seperti mereka ini 


Membantah menyuruh mereka ini mencampakkan jawatan wakil rakyatnya dan adakan pemilihan wakil rakyat yang baru. Mereka ini tidak berguna satu sen pun duduk dalam dewan parliman atau DUN. Kita semua tahu pengkhianat-pengkhianat parti ini liat hendak meletak jawatan kerana menunggu  tempoh masa layak mendapat pencen sebagai rakyat.

Ingat !..wakil rakyat boleh jadi binatang sesumpahan pada bila-bila masa .Binatang Sesumpahan bertukar warna apabila badan sakit atau kena pukulan manakala manusia sesumpahan berubah warna apabila perut lapar,poket mula kosong.



5 comments:

  1. blog bodoh...hang pi buh gambaq pimpinan pakatan rakyat tu buat apa? yang munafik pimpinan amno bukan PR.....bodo

    ReplyDelete
  2. ini blog monyet atas pagaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. apala, kalau x setujupun, jgnla kutuk2 mcm ni. Org2 yg kutuk2 ni org Islam ke ape ye? Gunala bhs yg lbh baik dan sopan dlm m'utara'n p'dpt. Ini bukan cara Rasulullah S.A.W dan ini bukanla cara seorg yg b'adab dan b'agama.

      Delete
  3. apala, kalau x setujupun, jgnla kutuk2 mcm ni. Org2 yg kutuk2 ni org Islam ke ape ye? Gunala bhs yg lbh baik dan sopan dlm m'utara'n p'dpt. Ini bukan cara Rasulullah S.A.W dan ini bukanla cara seorg yg b'adab dan b'agama.

    ReplyDelete