Tuesday, May 22, 2012

Don't Worry



22,270 orang sahaja yang menyertai Bersih 3.Jangan risau Dato’-Dato’ dalam kerajaan kerana angka tersebut betul tu.


Banyak lagi penyertaan perhimpunan UMNO  ke 66 di Stadium Bukit Jalil, penuh 80000.00.Facebook Najib sudah Lebih 1,0013,442 orang.Mari berjumpa dan mari berhubung sudah capai 1,000,000. Pehimpunan belia Jangkaan penganjur ialah dua juta belia menghadiri Hari Belia 2012 kali ini dengan masa dipanjangkan menjadi lima hari. Persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO)yang menyediakan 60 lot peniagaan  itu dijangka disertai lebih 10,000 orang.

Don’t worry. Angka Mat Pembangkang (Bersih 3)  boleh di kepit celah ketiak apabila Dato’-Dato’ ke Putrajaya.
Kesemua bancian tersebut benar dan menyebelahi kerajaan Dato’-Dato’,Tan Sri dan Tun, tidak usah dirisaukan .Dalam PRU13 ini cuba bandingkan yang berjuta-juta itu dengan pehak pembangkan (Bersih 3) hanya 22,270, kata orang gaji Dato’-Dato’ di Bernama dan disahkan oleh menteri  Dato, yang akan di sambung khidmatnya selepas PRU 13 ini.

Walaubagaimanapun Dato’-Dato’ tak usahlah umumkan tarikh PRU 13 ini dulu,cuba ambil masa 2 atau 3 bulan lagi atau selepas hari raya baru umumkan agar Dato’-Dato’ dapat  mengarahkan seluruh media  di negara ini mencari ustaz-ustaz ,lobai-lobai yang keluar parti PAS serta raja-raja atau tengku-tengku yang keluar DAP juga PKR, membuat kenyataan  bagaimana sudah menyimpangnya dasar pembangkang.

Kalau hendak lebih  hebat dan mujarab  lagi kempen Dato’-Dato’, sebaiknya buat lagi vedio perangai  ahli-ahli atau pemimpin pembangkang dan hantar ke setesyen tv dan akhbar Dato’-Dato’.Kiranya sukar hendak mendapatkan vedio mereka , gambar mereka telanjang pun sudah cukup.

Andainya Dato’-Dato’ masih juga sukar memperolehi gambar pemimpin-pemimpin  dan ahli pembangkang  yang telanjang ,permudahkan dengan mengupah ahli-ahli grafik mencantum-cantumkan gambar orang lain dengan pemimpin yang Dato’-Dato  kira ada pengaruh. Keluarkan dalam akhbar  dan tv dato’ juga jangan lupa minta pengesahan  Ketua Polis Negara bahawa  gambar tersebut benar.

Inilah satu peluang bagi dato’ berkempen dalam masa  terdekat ini lebih-lebih lagi tv3 terlalu suka gambar-gambar  lucah ini menjadi modal, menarik jumlah penonton,  bagitu juga akhbar dato’ Utusan Malaysia bagi menarik pembaca, kalau tidak bangkrap akhbar ini nanti ,mana pulak wartawan itu hendak dato’ letakan.Takkan  semua hendak di letakan di krew URTV.

No comments:

Post a Comment