Wednesday, June 6, 2012

Mahathir dan Muhyidin pandai mengagak"baru dengar kentut, sudah tahu orang itu nak berak" .

Manusia yang tidak pernah ontok  di Malaysia ini ,Mahathir dan orang yang sepoghak dengannya , Muhyiddin ,satu lorong pendapatnya bahawa pembangkang akan mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" sekiranya kalah dalam pertarungan demokrasi PRU 13. 


Geng  poghak ini “baru dengar kentut, sudah tahu orang itu nak berak" “.

Bagaimana dengan tuntutan  mereka yang tidak puas hati itu telah di siasat,di ambil tindakan atau tidak dipedulikan seperti : - PM kata....kerajaan TIDAK akan layan tuntutan Bersih 3.0. Bagaimana dengan dakwaan Mahfuz Omar   “berhubung wujudnya 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti”.Betul atau tidak?, perlu diambil peduli kerana dia hendak memberikan bukti.

Hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) - Guna dakwat kekal.

Demonstrasi berlaku kerana menunjukkan protes tidak puashati.Rasa tidak puashati hanya berlaku kepada mereka yang membangkang.Sikap atau aktiviti kerajaan yang membuatkan orang luar kerajaan mengadakan demonstrasi sebagai melahirkan protes.

Tidak pernah kita mendengar di dunia ini dalam pilihanraya atau aktiviti yang di urus oleh kerajaan yang memerintah,  kerajaan itu sendiri  melahirkan rasa tidak puas hati dan membuat demonstrasi.  Kalau bagitu keadaannya itu dinamakan kerajaan bungko dan hompong. Kerajaan yang memerintah mungkin zalim dalam pemerintahan atau zalim dalam melaksanakan demokrasi  dengan melakukan penipuan  atau mengeksploitasi  terhadap kelemah sistem piliharaya.

Kerajaan  yang memerintah yang ada peluang kuasa atau mengambil kesempatan menggunakan apa sahaja instrument kerajaan  bagi  melindungi kesilapan serta kesalahan kerajaan  bagi mencapai cita-cita mengekalkan kuasa.

Kita  lihat suasana di Malaysia bagaimana kerajaan yang memerintah menggunakan setiap inci dan saat peluang  kuasa mengambil kesempatan mengongkong  media dan institusi kerajaan .Kedua-dua badan ini ,iaitu yang satu takutkan  terjejas permit  atau lesen  manakala yang satu lagi  takut periuk nasi yang mula-mula  dicurahkan garam dengan banyak kemudian  dicurahkan racun.

Perasaan tidak puashati juga berlaku kerana kerajaan yang memerintah terlalu lama, yang kita ketahui peringkat awalnya  mereka yang terlibat memerintah bertujuan baik ,iaitu bagi membela bangsa dan negara tetapi akhir-akhirnya mereka menjadi rakus mementingkan peribadi diri untuk mencari kekayaan. Banyak contoh-contoh di luar  Malaysia ,terutama negara-negara timur tengah yang melahirkan protes  “arab spring”.

Semua dasar kerajaan di dunia ini bertujuan baik tetapi manusia yang menghuni dalam kerajaan semakin panjang usianya ,semakin lapar, sehinggakan mengira pinggan makanan “ satu untuk kau seribu untuk aku”.
Ramai  dikalangan mereka yang mengadakan demontrasi menunggu –nunggu untuk berkhidmat  sebagai  badan kerajaan yang baru  yang  belum diuji kehebatan memerintah namun  oleh kerana kerajaan yang sedia ada mahu terus memerintah walaupun pemerintahannya telah kurang berkesan dan pincang.Mereka yang menunggu terus dalam keadaan menunggu,tidak ada peluang menjadi pemimpin dalam kerajaan baru.

Mereka yang ikhlas  sebagai pemimpin dan ikhlas berkhidmat kerana negara sepatutnya mempunyai ciri-ciri  meletak jawatan kiranya terlalu lama berkhidmat.Adakah manusia mencanangkan dirinya"biarlah den ponek  asalkan negara den kayo " atau "dah ponek den dah tapi tak yo kayo-kayo". Mereka yang ada kuasa iaitu pemimpin, kiranya berkhidmat terlalu lama akan bertambah panjang cengkaman kukunya dan bertambah miskin khidmatnya maka bertambah pula harta pencariannya.

Pembangkang telah menjadi mangsa” kerajaan semasa” yang memerintah sejak 12 kali pilihanraya terutama semasa piliharaya zaman Mahathir.Undi pos telah memenangkan calon-calon kerajaan  yang memerintah, kerana yang mengundi pos ini ialah orang kerajaan seperti polis dan tentera. Karung-karung undi pos itu akan diketahui dari mana datangnya pengundi.Kiranya diketahui undi lebih kepada calon  pembangkang maka ketahuilah nasib ketua mereka, selepas pilihanraya kerana gagal mengawal anak buah.

Orang kerajaan yang mengundi parti lain akan di tag nama sebagai penentang kerajaan.Pengalaman  bagi pilihanraya yang lalu undi pos di pangkah oleh ketua –ketua mereka seorang . Ini kenyataan benar. Kurang percaya tanya lah bekas tentera atau polis yang menetap di kem-kem. Tak tahu siapa yang pangkah kertas undi hak mereka.

Ada saranan supaya rakyat memilih kerajaan yang berpengalaman.Agaknya sampai bila kita memilih kerajaan yang berpengalaman. Lima puluh enam (56)tahun  yang lalu, kerajaan yang ada sekarang ada pengalaman atau tidak .

Apakah apabila kerajaan baru terpilih kesemua anggota perkhidmatan awam akan berhentikan atau syarikat-syarikat swasta dan pekerja , serta kilang swasta  di sita dan ditutup. Yang akan hilang dari pandangan kita hanya Najib dan gengnya dan diganti dengan orang baru dan dasar berubah beransur-ansur.

1 comment:

  1. UBN Bodoh dr tahun 1988 hgga kini dan selamanya.. UBN sblm diharamkan...ok

    ReplyDelete