Akar terjuntai, tempat siamang berpegang – Apabila hendak tahu salah orang, dengarkan tutur katanya:
Dr Mahathir berkata,” sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap”.
“Paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah”.
Mahathir sudah takut dengan apa yang dilakukannya terhadap orang lain 22 tahun lalu akan berlaku keatas dirinya selepas PRU 13.Dulu orang lain sebagai pelakonnya, sekarang sudah bimbang orang lain akan jadi pengarah,dia akan jadi pelakon .
Imbasan kembali peristiwa-peristiwa yang dilakukannya kepada penentang-penentangnya sudah terbayang orang lain akan melakukan terhadapnya sekiranya PRU 13 menyebelahi Pakatan Rakyat.Dia bimbang ketika itu orang akan membuat tuduhan palsu .
Apa yang hendak dijelaskannya semasa menjadi ketua gengtar negara dahulu tidak ada tuduhan palsu kerana tuduhan –tuduhan terhadap seseorang semasa rejimnya adalah benar kerana telah melalui proses keadilan.
Dia sengaja membuat lupa ,yang dia ada membuat pengakuan bahawa dia ada kuasa boleh buat apa sahaja Masa ini dia hendak membangangkan orang, supaya apa yang dibimbangkan hari ini kiranya akan menjadi kenyataan,rakyat akan menganggap seseorang dalam kerajaan baru berkuasa, telah sah menggunakan tuduhan palsu terhadapnya.
Kita percaya kebimbangan bukan kepada Mahathir sahaja tetapi akan berlaku terhadap orang-orang kerajaan dari zamannya hingga zaman Najib .Masalah atau kepincangan undang-undang atau lebih tepat lagi “undang-undang sarang labah-labah” bermula dari mamak ini menjadi ketua geng.Dia juga telah menjadikan undang-undang ketika itu “undang-undang untuk orang, bukan untuk kita”.
Salah satu sebab kerajaan yang ada mempertahankan kesinambungan kuasa adalah bagi melindungi, wangi menjadi busuk,yang lusuh menjadi kopam,yang kudis menjadi pekung,yang reput menjadi ranap. Itulah dikuatiri kerana berkemungkinan ramai penghuni penjara selepas PRU 13 ialah bekas menteri atau orang politik. Tidak mustahil, jadi tekongnya ialah Mahathir Muhamad.
Pentingnya PRU 13 adalah menyelamatkan geng Mahathir hingga Najib sekurang-kurangnya lima tahun lagi ,sementara menunggu Mahathir menarik nafas akhir.Seandainya dalam tempoh tersebut kerajaan yang ada tidak diganti yang baru, Mahathir akan selamat dengan harimau mati meninggalkan belangnya dan gajah mati meninggalkan gading. Sebaliknya PRU 13 menjadi kenyataan kerajaan baru maka Mahathir dan gengnya baik sedikit dari Gaddafi.
Saya dan mungkin berjuta-juta yang lain berharap perkara ini ianya berlaku demi perubahan suasana negara dari nampak tenang ibarat badan sihat ditutupi baju tetapi kurap seluruh kulit.
Murai berkicau malam mesti ada sebab –terkejut - boleh jadi babi hutan lalu di bawahnya atau hantu syaitan melintas, atau nampak kelibat malaikat lalu depannya,mungkin juga jirannya tupai jatuh dari ranting patah.
Selamat atau tidak selamatnya seseorang bukan terletak ditangan PR atai PRU 13.... jangan kita jadi Tuhan utk menentukan hukuman kepada seseorang....jangan takutkan orang ramai/ pengundi dengan kata2... kami akan hukum orang2 yang memerintah sekarang....siapa kita utk jadi hakim... cukuplah sekadar jadi pendakwa sahaja.. dan sessipa juga berhak mendapatkanpembelaan....jangan kita jadi orang yang riak dan takabbur bila AKU akan berkuasa...
ReplyDelete