Sikap manusia Malaysia,yang tidak
mahu” biar jatuh terletak,jangan jatuh
terhempas”maka akan lahirlah perkataan yang tidak sedap didengar, digugurkan ,dipecat, tidak terpilih dan tidak
tercalon.Keadaan ini akan menaikkan tekanan darah tinggi mereka yang terlibat dan di tambah dengan perasaan
sombong,ego dan perasan diri, bagaikan
mencencangkan parang patah,maka akan sanggup menjadi pengkhianat kumpulan
politiknya dan dia yang sentiasa seperti
rusa kena tambat.
Malaysia melakar sejarahnya pada
PRU-13 kali ini kerana paling ramai mereka
di pecat oleh parti dan mencabar rakan satu parti menjadi calon bebas - sebanyak
91 orang.Kita tunggu sehingga keputusan pemilihan pada 5 Mei 2013,yang juga
mungkin menjadi satu sejarah baru Malaysia bilangan calon terbanyak hilang wang
pertaruhan.
Mereka yang menghadapi masalah
ini sebenarnya orang yang dewasa dan profesional telah berakhir kedewasaannya
dan menjadi budak-budak hingusan yang merajuk tidak ada tempat hendak mengadu
dan bala lalu,dibawa singgah.Mereka
yang 'apply' sebagai pengkhianat ini sepatutnya telah sedar keadaan di Malaysia
ini pengundi atau rakyat tidak menerima mereka yang tidak
berparti dan kononnya bebas seterusnya menjadi sibuta membilang bintang di langit.
Rakya tahu perangai mereka yang
macam ini tidak ada sandaran dan melahirkan keyakinan kukuh untuk memberi
khidmat selepas kemenangan pilihanraya.Itulah sebabnya berdasarkan pengalaman yang
lepas,rakyat atau pengundi akan menghukum mereka dengan tidak mengundinya atau
sekiranya ada yang mengundi kerana simpati atau sokongan pengikut setia buta.
Sikap rakyat Malaysia tidak
peduli calon bebas sewajarnya dipuji, kerana pengundi tahu mereka yang tidak
terpilih oleh parti manusia yang berprinsip,seperti
ulat lupakan daun,seperti yu kia-kia,kepala yu ekor pari. Pengundi
tahu,mereka yang menjadi calon bebas bukan ingin menjadi seperti sumbu pelita:menerangi orang lain dan
membakar diri sebagaimana yang dicanang oleh individu berkenaan, sewaktu
membuat kenyataan akhbar,sebaliknya mereka telah menjadi, seperti gunting dalam lipatan.
No comments:
Post a Comment