Sunday, April 7, 2013

Taib Mahmud model pemimpin kaya dan cerminkan sikap rakyat.










Dalam pengetahuan saya Taib Mahmud salah seorang WAKIL RAKYAT yang  kaya.Belum pernah saya mendengar dia dan keluarganya ,cerdik helang pulau,kini menjadi pungguk.dan mempunyai kekayaan seperti rakyat kebanyakan Sarawak yang diwakilinya.Dari seorang wakil telah dilantik sebagai pemimpin yang mencurahkan kepimpinan kepada rakyat Sarawak selama lebih 40 tahun.                                                                                                       
Ada pemimpin mengambil kesempatan terhadap rakyatnya yang tidak peduli tingkah lakunya .Rakyat yang tidak mengambil tahu apa aktiviti pemimpin melaksanakan kerja haram atau halal,direstui rakyat atau manipulasi . Rakyat yang kaya dan pemimpin yang kaya meneruskan pencarian kekayaanya manakala yang miskin terus kemiskinan dengan mempamirkan kesetiaan melalui peti undi.

Keangkuhan pemimipin yang sudah kaya tidak dapat digugat, lebih-lebih lagi  tahu rakan pemimpin yang lain sama sepertinya, malahan lebih teruk lagi. Sama-sama ada rahsia penggunaan kuasa. Dalam pengetahuannya bagaimana kekayaan rakan-rakan pemimpin yang lain diperolehi.  

Taib tidak memberi kerjasama dengan SPRM kerana hendak mempertahankan tidak bersalah seterusnya, mengklasifikasikan dia dari pehak yang benar. Mempertikaikan SPRM  tidak jujur terhadap kesnya bermaksud kes orang lain tidak perdulikan- dilindungi. SPRM akan adil seandainya tidak melakukan siasatan terhadapnya.

Sikap Taib Mahmud sudah terbalik, sepatutnya memberi kerjasama dengan SPRM kiranya dia tidak bersalah, pendiriannya sebaliknya - tidak bekerjasama membuktikan tidak bersalah.Itulah sikap orang kaya yang melindungi hartanya.

Kiranya Taib pemimpin negara-negara luar, sudah lama dihumbankan melalui pilihanraya  atau diri sendiri resign sebelum rakyat bertindak atau dimalukan. Di negara ini rakyatnya ketinggalan jauh menilai pemimpin.  Terutama orang melayu,masih boleh digula-gulakan atau lebih tepat diumpan dengan wang,RM100,RM200,RM500.akan terhakis keburukan pemimpin walaupun sudah maklum kekayaan seorang pemimpin itu hasil perasugut rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa dan tahu pemimpin mereka tidak layak perbezaan  kayanya bagai langit dan bumi atau besarnya gajah dengan semut.

Itu sebabnya Taib Mahmud berkata Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini,".
Melayu dan bangsa-bangsa lain yang masih miskin di Malaysia masih mengekalkan sikap/kesan selepas  termakan budi..
Bangsa lain yang lebih maju dan ada sedikit kekayaan ,budi tidak terikat simpati, dan menganggap budi sebagai pemberian ikhlas. Ikhlas tidak mengharapkan balasan.

Pemimpinnya pula penuh dengan sikap demdam yang tidak berkesudahan.Dendam kesumat akan lebih ketara apabila pemimpin berjaya meneruskan kepimpinannya dan berkuasa. Nyamuk mati,gatal tidak lepas.Besar hendak melanda ,panjang hendak melindih, Sikap inilah yang ditakuti rakyat bawahan dan terpaksa memilih dan meneruskan kepimpinan yang ada.

Pemimpin pula akan menterjemahkan dendamnya kepada rakyat dengan bertindak mencampakkan rakyatnya yang banyak objection. Disisih memperolehi kemudahan-kemudahan individu yang sepatutnya dinikmati .Mereka yang berjawatan andai diketahui mempunyai sikap ini,pemimpin akan sentiasa bersikap –“ hitam dikatakan putih,putih dikatakan hitam”. Kalau bertunas,sentiasa diragut kambing.

3 comments:

  1. Sultan Sarawak keturunan Melanau Laut.....

    ReplyDelete
  2. Dia sdh puluhan tahun jd wakil rakyat dan KM srwk, jd apa hairan.Pemimpin PR yg belum pun jd YB sdh ada jutaan ringgit kamu tak hairan.Yg mendubur lg dasyhat lbh 20 syarikat miliknya.Rujuk BLOG PAPAGOMO senarai syarikat itu. saya masih ingat setahun sebelum election DUN Srwk ada sdh taukeh di negeri lain memfitnah KM Swk dgn mcm2 tuduhan perniagaan. Taukeh itu tdk sedar PUAK nya rata-rata kaya raya. Bumiputera baru ada beberapa kerat yg kaya sdh bising.

    ReplyDelete
  3. Sarawak sekian lama aman damai ertinya formula pentadbiran sesuai dgn keadaan Srwk.Jgn terlalu ghairah menukar kerajaan.lihat dimana-mana pertukaran bukan selalu lbh baik darpada kerajaan sebelumnya.apalagi pihak-pihak yg kemaruk berkuasa itu tdk bertanggungjawap sanggup buat apa saja untuk kuasa.

    ReplyDelete