Kenapa 10 minit yang diberi
kepada pakatan rakyat untuk menyampaikan manifesto masing-masing. Mengapa tidak
diberi ruang satu jam ,dua jam atau lebih seperti ruang berkempen yang
diperuntukan kepada BN.Apakah ada dialog serbasalah”beri atau tidak “ dalam membuat
keputusan mengizinkan.
SPR kalau setakat mengusahakan
masa 10 minit, lebih baik dibiarkan Pakatan miskin media seperti yang ada sekarang.Tidak payah SPR
menunjukan budi demokrasi terbuka dan simpati kepada pembangkang.
RTM hak milik kerajaan atau Barisan
Nasional atau milik UMNO. PAS,DAP dan PKR ialah parti kepunyaan atau
ahli-ahlinya rakyat Malaysia.Kesemuanya ahli pengurusannya warganegara
Malaysia.Kiranya RTM milik kerajaan sewajarnya semua rakyat Malaysia,semua
pertubuhan, dan kesatuan warganegara , boleh menggunakan khidmat RTM dengan
adil .
Apa yang berlaku hari ini BN telah
menggunakan khidmat RTM harta kerajaan,
sepanjang masa untuk kempen,propaganda dan memuji diri sedangkan parti rakyat yang
lain tidak ada ruang untuk menjelaskan dasar-dasar atau aktiviti parti. Apabila
pilihanraya sudah hampir hanya 10 minit diperuntukan.Inilah kerajaan di
dahulukan,rakyat didungukan.
Kita tidak tahu apakah RTM kepunyaan menteri
bernama Rais Yatim atau Najib atau kepunyaan parti UMNO seperti hak miliknya
terhadap akhbar Utusan (Melayu)Malaysia. Pakatan menolak khidmat yang
ditawarkan oleh RTM, ibarat menolak khidmat Syaitan mengubat seorang sedang
histeria, yang juga diperlakukan oleh syaitan.
Tahniah ! kepada parti-parti
pakatan rakyat kerana menolak khidmat syaitan kerana orang muslim semua tahu
syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Segala kebaikan yang ditawarkan “ada
makna” kerana hendak memaparkan kerajaan BN berhati luhur.
Biarlah Pakatan rakyat meminta
pertolongan Allah sebanyak 90% berbanding mengharapkan pertolongan manusia
sebanyak 10 % sahaja. “Parti devil you know” sekarang mengharap manusia 90% dan
mengharapkan Allah 10%, maka tidak hairanlah kita lihat sekeliling, selama 2
tahun menabor budi kepada dari sekecil manusia hingga setua-tua manusia,sama
ada masih hidup atau mati.Dari kuli hingga ke taukeh.
Di izin Allah biarlah kerajaan
pakatan rakyat menjadi kerajaan yang halal dan di restui. Berkempen menggunakan
sumber kewangan parti sendiri.Tidak
menggunakan sumber yang haram,seperti menggunakan dana kerajaan ,peralatan
kerajaan atas nama Barisan Nasional.
Sumber salahguna ini akan mengakibatkan kerajaan haram,wakil rakyat haram dan
menteri serta kabinet haram.
Allah maha mengetahui dan melihat
perilaku BN terhadap kuasa dan hak kerajaan menjelajah seluruh negara atas nama
tugas sebagai anggota kerajaan tetapi memukul canang kehebatan BN.Tidak ada
SPRM mengambil tindakan menyalahguna kuasa, kerana takut kepada sumpahan
syaitan.
Insaallah! langit tidak selalu
cerah,hujan tidak selalu turun, seksa sepanjang 55 tahun dan 12 kali
pilihanraya kerana penipuan undi dengan anugerah warganegara akan memakan diri
selepas ini.Lahad Datu sebagai kesan pertama dan mungkin akan lahir kesan kedua
atau ketiga pada pilihanraya ini.
Berdoa , Allah sentiasa bersama
orang yang benar .Biarlah fitnah menggunung, dengan kehendaknya, satu keajaiban
boleh berlaku.
Kalau benarlah UMNO/BN ikhlas untuk memberi ruang pada PR untuk menjelaskan apa Manefesto,adalah lebih elok beri ruang untuk individu termasuk Najib dan menteri-meteri kabinet yang bermasaalah memberi penjelasan segala apa yang didakwa salahlaku dan rendah akhlah , gar rakyat dan pengundi dapat menilai sendri untuk memilih sesaorang pemimpin,kelak bila sudah terpilih tidak ada lagi perangai buruk pemimpin yang boleh dipertikaikan,lihat saja seorang KM yang bagitu dipercayai oleh rakyat selam 40 tahun lebih dengan mudah dan jelas telah melakukan jenayah terancang disebabkan kusa yang ada ditangan seorang pemimpin yang sudah berasa dirinya telah mengatasi segala kuasa dan undang-undang yang ada,hingga rakyat sendiri tidak percaya boleh terjadi bagitu,itu pun orang asing yang dapat bongkarkan apa yang sedang dan telah berlaku,tapi bagi diri KM ini dia telah menyalahkan orang lain pula, dan diri sendiri tidak pernah ingat bahawa Allah itu tidak tidur.Apakah RTM juga akan jadi macam KM ini.jadi pada kai tangan RTM sesdarlah jangan jadi hamba Allah yang tidakmenjalankan tugas yang diamanahkan kepada anda nanti kelah rezeki yang anda beri pada anak dan isteri-isteri anda tidak akan jadi daging darah yang diredhai Allah.
ReplyDelete