Kisah Lahad Datu dilihat dari dua segi
hukum.Hukum adat atau hukum akal.
Hukum Adat
Mengikut
kehendak naluri manusia tidak seorang
pun hendak sakit,cedera,dan terbunuh
dalam menghadapi rutin kehidupan harian.Bagitulah sebaliknya seseorang tidak
akan mencederakan,membunuh atau menyakiti orang lain.
Satu
kumpulan ,pertubuhan dan badan politik
tidak akan mengeluarkan idea yang merosakkan atau pun penganiayaan terhadap
kumpulan,individu, atau badan politik lain. Tentunya dalam undang-undang
pertubuhan atau badan politik tersebut berbunyi bagini” seandainya pertubuhan kita berjaya membentuk kerajaan
kita akan bentuk satu kerajaan terbaik
pada tahun ini” .Kiranya kita gagal membentuk kerajaan apa boleh buat –kita
sudah berusaha pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya.
Hukum
adat pencerobohan tidak mungkin berlaku kerana anggota keselamatan sentiasa
siap siaga sepanjang masa dan terlatih manakala penceroboh tidak dilatih secara
khusus dan sistematik serta dilatih hanya secara senyap dan sentiasa dalam
ketakutan dan tempat serta kawasan yang terhad.
Hukum Akal- itulah yang
berlakunya sendiwara
Perancangan
manusia dan dikaitkan ketentuan Allah. Manusia sentiasa berfikir dan
berikhtiar bagaimana hendak mengekalkan kehebatan serta kecemerlangan dirinya dan
kumpulannya hingga sampai bila-bila.Kehebatan dan kecemerlangan yang dinikmati
mungkin terlalu lama telah melalaikan,serta melupakan kesilapan dan kelemahan
diri dan kumpulannya .
Kesilapan dan kesannya, bukan sahaja kepada kumpulan ,sebaliknya
mengaitkan orang diluar kumpulan.Semakin hari semakin tidak terbendung oleh
pentadbiran kumpulan yang akhirnya tercetus idea yang menggunakan hukum
akal.
Idea
hukum
akal ini memerlukan pengorbanan nyawa sesiapa ,ahli atau pengikut
kumpulan(ketentuan Allah) bagi memaparkan keadaan yang tidak tenteram di
kampung,daerah ,negeri dan negara demi mengalihkan pandangan orang ramai
sesuatu isu,mengubah lenggok rakyat dari rasa marah kepada simpati, serta menjaga
air muka pemimpin yang teruk tercalar
oleh pelbagai skandal ,kewangan ,rasuah dan salah guna kuasa.
Hukum
adat tidak tergamak melihat terbunuhnya anggota keselamatan seramai 10
orang tetapi hukum akal memerlukan sebaliknya kalau-kalau inilah satu cara bagi melindungi jenayah
rasuah,penyelewengan dan pelbagai aktiviti memperkayakan diri kumpulan pemimpin
yang sedia ada.
PRU
13 dikhuatiri akan dikuasai oleh kumpulan lain dan kumpulan baru yang menang akan bertindak
terhadap perbuatan salah laku mereka. Mereka yang terbayang akan kalah, sudah takut pada bayang-bayang
sendiri,Dosa dan kesalahan akan dipaparkan depan rakyat maka akan hancur segala
kebaikan yang dicipta selama 54 tahun.Mereka terus menghitung akan berlaku “hujan sehari lupa panas setahun”.
Lahad
Datu, Sabah berada dalam Malaysia telah 49 tahun .Tahun ini akan masuk tahun ke
50 Sabah dalam Malaysia. PRU 13, mengikut hukum adat (19/03/2013)telah
dibubarkan parliman tetapi hari ini tarikh pembubaran Parliman telah mengikut hukum
akal melalui akal yang masih menangguhkan
dan merahsiakan tarikh bubar parliman dan tarikh pilihanraya.
Ada diantara ahli-ahli
yang kafir
dan fanatik
mengatakan bahawa “ itu tuhan alah pun tidak tahu bila
pilihanraya,hanya Najib sahaja yang tahu oo!”.
No comments:
Post a Comment