Tuesday, March 12, 2013

2 tahun "memeteng" tarikh pilihanraya



Berita dan cerita serangan penceroboh Sulu menyepikan semangat gejolak dan keghairahan untuk menerima kedatangan piihanraya.Walaupun tarikh pilihanraya telah dicari  bermula 2 tahun yang lalu namun hingga ke hari ini PM kita masih terintai-intai.

Bagitulah susahnya hendak “ memeteng” satu tarikh untuk diumumkan, kerana mengumumkan tarikh pilihanraya bergantung pada telekan nasib .Mereka yang berpolitik yang gilakan kuasa tentu memikirkan  keuntungan suasana dan suasini, yang dijangka partinya boleh  menang untuk terus berkuasa.

Tradisi atau budaya mencari tarikh pilihanraya mengikut keadaan, diwarisi oleh pemerintah 5 keturunan yang lalu.Hendak mempertahankan kuasa hingga sanggup menyatakan pendirian “biar putih tulang jangan putih mata”.”biar bergolok  bergadai “ demi menjaga perut yang kenyang jangan kempis,menjaga diri jangan menjadi penunggu jeriji besi. Mereka ini tamak, gila kuasa, kurang iman dan mempunyai nilai-nilai kehaiwanan. Sanggup instrumen kerajaan diambil kesempatan mempopularkan parti,pemimpin dan wakil rakyat.

Sikap orang atau kumpulan seperti ini menyebabkan  akan menghalalkan apa cara pun perbuatan untuk kuasa, sehingga sanggup  membelakangkan kuasa Allah.Halalkan fitnah,menjadikan orang asing sebagai pemilih, kezaliman yang menafikan hak  diberikan  kepada orang aku, sepatutnya diberikan juga kepada orang kau atau kumpulan aku dan kumpulan kau.

Bagi mereka yang berserah dan bertawakal kepada Allah  tidak  perlu risau samada menang atau kalah dalam setiap kali pilihanraya, boleh sahaja  pilih tarikh pilihanraya pada bila-bila masa. Rakyat yang telah matang dan  pemimpin yang profesional  tidak  semestinya pemerintah terdiri dari mereka yang telah biasa memerintah dan mereka yang sudah memerintah bernafsu  terus hendak memerintah.

Boleh dari kumpulan politik mana  yang berhajat menjadi kerajaan. Semua rakyat berfikiran terbuka.Tidak guna menggunakan fikiran  yang gila,  dan menjadi kerajaan yang hendak menjahanamkan negara.

Minggu pencerobohan ini menghilangkan juga berita semasa yang penting untuk pilihanraya.Majlis ceramah penerangan  parti pembangkang turut berkurangan seolah-olah simpati dengan suasana ini dan rakyat dihidangkan dengan kehebatan pasukkan keselamatan negara, dengan pengumuman menteri dengan penuh emosi marah,  mempamirkan gambar mayat-mayat penceroboh bergelimpangan dibunuh anggota keselamatan,walaupun masih penuh dengan tandatanya bagaimana boleh orang ini sebelum mati boleh menceroboh.  

Kerana mempertikaikan pencerobohan  ada rakyat dituduh sebagai pengkhianat,dan dicanangkan, dikutuk  dan di cop bukan  mencerminkan sikap seorang warganegara sepanjang saat dan hari melalui media  yang bekerja satu tangan dan sebelah mata. Media kerajaan hari-hari dan sepanjang masa menjadikan Tian Chua orang paling keji.

No comments:

Post a Comment