Orang yang mengaku dirinya
profesional hanya sanggup mencebik bibir(menyorongkan bibir bawah ke depan utk
mencemuh atau mengejek; menjebik) di luar gelanggang pertarungan
diantara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional PRU-13.
Saya ingat orang profesional
semua bidang ini akan menyertai pilihanraya kali ini kerana mengikut perkiraan
saya tentu ramai penyokong terutama yang keluar PAS bersama-samanya,dan yang simpati,tetapi
mungkin orang ini telah membuat kajian sehingga PHD bahawa penyertaanya sebagai
calon bebas, akan mensedekahkan wang pertaruhan kepada SPR setelah pilihanraya
berlalu.
Hari ini dia berteriak luar
gelanggang, dengan menyatakan sokongan salah seorang dalam
pertarungan,disamping menjerit menyuruh orang lain berbuat sepertinya.Dulu
tidak menyokong juara heavyweight selama
12 kali tetapi hari ini dia berubah angin telah menunjukan komitment dengan
juara tersebut.
Rugi rakyat Malaysia seorang
golongan profesional tidak melibatkan diri untuk menjadi seorang pemimpin.Mungkin
dengan ilmunya rakyat tentu dapat manafaat dan akan menambahkan kemajuan
fikiran rakyat Malaysia.
Kini Hasan Ali hanya menjadi penonton yang becok dalam
politik seperti mereka yang bekerja kecil-kecilan di kampung yang hanya
kelulusan SPM kebawah dan bertengkar hal politik di kedai-kedai kopi atau di
simpang-simpang jalan. Takut mengharung realiti berpolitik,kalah dan
menang.Manusia yang berilmu tetapi tidak menggunakan ilmunya bertarung mencabar
demokrasi. Hasan hanya berani memimpin NGO yang tidak ada saingan atau cabaran.
Hasan masih belum menyudahkan
kajiannya bahawa parti PAS atau UMNO
tidak mampu membina sebuah kerajaan sekiranya tanpa sokongan MCA,DAP
atau MIC. Menyurukkan fakta UMNO (melayu)MCA (cina) dan MIC (india),apakah kesemua
parti bukan melayu menyokong islam untuk
dinobatkan sebagai agama Malaysia.
Dia tidak tahu atau ilmunya tidak mahu
ambil tahu, atau sengaja buat-buat gila tak tahu, bahawa wujudnya Pakatan Rakyat
adalah sebagai pesaing kepada BN, sebagai alternatif rakyat Malaysia untuk
membentuk kerajaan,yang selama ini di monopoli oleh BN.
PAS keseorangan sampai
kiamat tidak boleh memperolehi majoriti dan memerintah Malaysia dan seterusnya
bagaimana hendak melaksanakan hukum islam. Apakah Hasan yang mengaku ahli
ilmuan ini mempunyai ilmuan cerdik atau ilmuan bangang.
Hasil kajian PHD Hasan apakah
belum sampai sehingga dia tahu bahawa ketua Geng UMNO/BN yang masih hidup sampai sekarang,
menolak hudud,islam dan ramai lagi ahli UMNO yang hendak disokongnya dan
menyuruh orang lain menyokongnya, memenghina hukum Allah.
Hasan… ! Hasan! ….eloklah baca
sinopsis dan dijadikan contoh cerita “Hasan
Pencuri” dalam filem lakonan P.Ramlee bagaimana dia bersusah payah dan
berusaha mengatasi rintangan atau risiko untuk mencapai cita-cita memperolehi
impian memiliki puteri raja.Hasan patut
diterjemahkan ini dalam PAS dulu.
Ahli ilmuan dan profesional tidak
sepatutnya mengikut emosi dan mengawal munafik,hipokrit dan bersikap mencurahkan
nilai-nilai murni dalam parti,kerana parti sekarang tidak boleh memberi apa
kesedapan dunia, tetapi mungkin yang akan datang impian kita akan tercapai.
No comments:
Post a Comment