Sunday, August 2, 2015

tidak ada manusia tersenyum apabila terkejut dan hati sakit






Setuju  -seandainya saya seorang Perdana Menteri  saya memilih mereka dikalangan yang memang  sehaluan dan menunjukkan jari


 tidak ada yang  menghalang sebarang tindakan dan tidak  peduli apa orang lain kata kerana saya berkuasa. Saya mencari penasihat yang selari dengan otak saya supaya senang bekerja jujur atau terlanjur.

Bagitu juga kiranya saya dipilih oleh seorang PM dilantik bekerja dengannya, sudah tentu tidak menolak kerana rezeki  naik pangkat.Berapa ramai  wakil rakyat  kecundang dalam mengejar  cita-cita hendak jadi,PM,Timbalan PM dan menteri.Menunggu berapa penggal mengidamkan jawatan itu namun tidak terlantik.

Saya tidak akan timang-timang sia-sia seseorang yang berkuasa, asalkan apa yang saya lakukan mendapat habuan. Itukan lumrah manusia. Tidak menjadi kesalahan saya dilantik sebagai pengganti  jawatan mereka yang dipecat Timbalan PM, atau menteri  kerana bukan salah saya .Saya hanya melorongkan diri untuk dipilih tidak suruh pun PM pecat sesiapa.

Hari ini Allah telah takdirkan kami terlantik menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet Najib -,Alhamdullilah, satu sukses dalam hidup dan karier politik kami. Satu peluang yang tidak akan berulang. Sungguh kami gembira,  dengan menyatakan merupakan satu tanggungjawab bukan habuan membodek.

Kami bekerja mengikut kemampuan,serupa menteri-menteri dan Timbalan PM yang sebelum ini.Bukan susah, cakap apa yang perlu dibuat. Cukup tiga tahun, kalau PM, nak tarik balik . Silakan . Pencen Timbalan PM dan menteri sudah pasti melekat dan menerima ganjaran lumayan . 

Seandainya Najib tarik kembali jawatan kami selepas beberapa bulan,silakan. Merupakan satu musibah,Innalilah hiwainnailaihirajiun.

Barangkali itulah hati-hati mereka yang di pilih Najib bermula 29hb.July 2015. Mereka kelihatan tersenyum  jalan  beriringan dengan Najib terutama yang di lantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri menuju ke majlis angkat sumpah .

Tidak seorang pun boleh menafikan kegembiraan individu yang terlantik, kerana tidak ada seorang pun berani mencipta sejarah,ada individu menolak perlantikan, dengan alasan beratnya tanggungjawab,tetapi sebaliknya ada yang bercakap , “bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianati parti”

Sebagai sahabat dalam satu parti sepatutnya Timbalan PM  dan menteri yang di lantik menolak perlantikan oleh Najib dengan alasan Mahyuddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO dan tidak ada cacat celanya menjalankan tugas sebagai TPM. Beliau bukan mengkhianat parti tetapi menegur serta menasihat individu berkuasa dalam parti. 

Menolak perlantikan diantara satu langkah mengelakkan perpecahan dalam parti. Enggan terima jawatan, yang kecewa hanya seorang individu yang melantik,manakala menerima jawatan mereka yang di pecat akan mengeruhkan suasana perasaan  yang ramai tidak setuju.

Kita maklum Najib tersentak dibuat oleh cakap-cakap  Mahyuddin kebelakangan ini. Itu pun mungkin satu pandangan yang bersifat menjaga keharmonian kabinet, berikutan Najib terus senyap apabila media asing melontarkan tuduhan terhadap diri Najib sendiri. Najib pula bersikap negatif mungkin menganggap Mahyuddin tidak sabar hendak jadi PM atau tidak ada lagi kerjasama berpasukan. 

Bagitu juga menteri-menteri yang  baru dicadangkan untuk menggantikan menteri yang sedia ada sepatutnya menarik diri dari menggantikan khidmat mereka yang sedang bertugas. Kedaan ini biarlah sehingga pilihanraya akan datang.

Kelemahan rakyat Malaysia adalah berkaitan meletak jawatan secara sukarela sebagai bukti bertanggungjawab kelemahan diri memberi khimat kepada rakyat dan menolak perlantikan kerana galasan tugas.Budaya rakyat Malaysia menerima sahaja apa sahaja tugas atau jawatan yang diberikan sama ada satu,dua atau lebih walhal luar kemampuan .

Sebagai orang islam peristiwa Israk dan Mikraj menggambarkan budaya rakyat Malaysia ini, di jelmakan melalui lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Saya percaya semua yang baru dilantik bukannya kenaikan pangkat kerana kehebatan atau ke cemerlangan melaksanakan tugas. Sedia maklum mereka  yang dilantik telah melahirkan komitmen pembelaan ke atas Najib sekurang-kurangnya sekali melalui media.

Pembelaan ini akan menjerat leher mereka yang terlantik untuk melahirkan objection apabila PM melakukan kesalahan. PM manusia biasa.Nanti tahulah nasib mereka dilakukan  oleh Najib sebagaimana Muhyiddin Yassin,Hassan Malek, dan Shafie Afdal.

Kita semua tahu kabinet ini merupakan kabinet pak turut yang tidak berani bersuara sama ada di luar atau dalam kabinet. Najib melantik mereka yang di perkira membolehkan mengekalkan jawatannya sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang.

Kesimpulannya –banyak perkara tidak baik ,dari yang lebih baik berkaitan sikap Najib bertindak memecat dan melantik anggota kabinetnya. Meneruskan perpecahan di kalangan ahli UMNO.Tidak ada seorang manusia dalam dunia ini akan tersenyum apabila terkejut dan hatinya sakit.





.

No comments:

Post a Comment