Ketawa besar Najib dan gengnya
dan juga orang UMNO dan BN.sebab SPRM sudah sah kan duit 2.6 billion masuk
akaun Najib bukan duit 1MDB serta tak boleh di charge rasuah.Senangnya orang politik ,PM dan Menteri dapatkan duit
tak payah angkat cangkul ,pakai baju busuk menoreh ,pagi-pagi ke kebun. Bagi
mereka duit bukan di carinya tetapi duit yang mencarinya.
Saya dan rakyat selaku penyokong
,pengundi, dan memanggil serta memurtabatkannya sebagai pemimpin masih
termanggu-manggu bangang. Rupanya selama ini duit berjuta-juta dan berbilion
guna untuk kempen,buat poster,belikan pengundi beras,gula dan belanja makan
serta belanja melancong dan juga suap tunai, rupa-rupanya duit terbang ke akaun.
Mak dan ayah serta datuk nenek
saya tujuh keturunan nikmat pendapatan kurang RM 1000 sebulan hasil kebun yang
bekerja dari 6.30 pagi ,lepas subuh hingga jam 3.00petang. Kalaulah Najib beri
saya 100 ribu pun masih belum boleh menandingi pendapatan kami selama ini. Patutlah Wak Abu kampung saya
berpanas miang berkempen hendak jadi wakil rakyat dan bercita-cita nak jadi
menteri dan PM.
Seandainya Najib seperti ayah dan
emak serta datuk saya sudah tentu tidak merasa wang sebanyak itu bahkan satu
sen pun tidak akan dapat duit terbang datang ke akaunnya. Hari ini Najib dan
gengnya telah bersuara terhadap duit terbang ke akaunnya supaya jangan ada
orang mempertikaikannya.
Barangkali inilah kelakuan orang
yang berkuasa selama lebih 65 tahun ada duit melayang ke akaunnya telah menjadi
trend untuk perbelanjaan segala aktiviti pilihanraya. Kita yang bangang ini
hanya tahu kiranya kontrak atau individu yang memerlukan projek hanya perlu
menyumbang kepada parti bukan akaun individu. Itu pun wang disumbangkan berupa
tunai 99 peratus untuk diri dan 1% untuk parti.
Macam mana orang seperti ini kita
lantik pemimpin yang memimpin rakyat Malaysia seramai 30 juta.Cakap rakyat di
utamakan rupanya kita tidak perasan perut,poket dan kantung duitnya penuh
melimpah baru berikrar rakyat didahulukan.
Orang melayu yang memilih
pemimpin seperti ini setiap pilihanraya selama 13 kali telah bersubahat
menyokong dan menghalalkan kerja-kerja rasuah tidak langsung. Perlu segera
mempunyai kesedaran bahawa wang terbang ke akaun merupakan wang rasuah walaupun
diberi sebarang tujuan.
Tidak ada individu,syarikat atau
kumpulan yang melakukan aktiviti membodohkannya memberi berupa wang,atau barang
yang bernilai berbilion melainkan bagi tujuan kepentingan syarikat atau
individu tersebut.
Najib,menteri atau parti politik
yang berkuasa dijadikan mangsa oleh mereka yang mempunyai kepentingan . Najib
tentu tahu dari mana sumber wang tersebut melayang ke akaunnya.Tidak ada alasan
2.6 billion dinilai bukan wang rasuah.Hanya manusia tidak siuman mencampakkan
duitnya, itupun bukan ke akaun Najib, ke tanah atau mana-mana tempat.
Wang 2.6 billion ini sekira di
lakukan oleh penyumbang atau tuan punya akaun seperti perangai ‘Si Kassim Baba’ dalam Filem P.Ramlee, Ali
Baba Bujang Lapok sudah pasti tidak ada sesiapa pun mempertikaikan malahan di
anggap orang kaya terbaik dalam dunia atau telah mencatat Guinness World Records.
Apa
hendak dikatakan lagi situasi yang heboh hari ini terhadap Najib merupakan
pengisytiharan perangai orang politik dan partinya bagaimana memperolehi dana
kewangan untuk meneruskan kemenangan parti politiknya.Jelas mengharapkan yuran
ahli dan aktiviti perniagaan tidak cukup menambat hati pengundi khususnya orang
melayu.
Melayu
perlukan “gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati”, “sorong
papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan saya makan , orang yang kaya tak ambil tahu”.
No comments:
Post a Comment