Friday, August 7, 2015

Rakyat BR1M 950,Najib BR1M 2600,000,000.




Sekali lagi Najib lega kerana tribunal khas siasat 1MDB telah ditutup kerana arahan peguam negara yang di lantik Najib menggantikan Ghani Patail. Bagitulah seronoknya menjadi orang yang berkuasa  yang ada kuasa pembatal atau kuasa veto macam Russia terhadap tragedi MH17.

Semua perilaku jenayah yang dilakukan sendiri atau kroni atau keluarga boleh di batalkan.Mereka yang bersuara atau cuba-cuba berlagak baik untuk menyiasat di bunuh sahaja jawatannya.Menteri dan pegawai kerajaan jangan hendak beraksi  melebihi  kuasa eksekutif.

Entahlah Malaysia.Tidak mungkin sebagai rakyat yang prihatin dan patriotik boleh bersifat tidak mengambil tahu atau persetankan tentang keadaan politik,perjalanan pentadbiran  negaranya dan suasana sosialnya, sekiranya  pemimpinnya semua peringkat mempermainkan atau memutar belitkan isu aktiviti rasuah. Individu rakyatnya melibatkan jenayah bunuh, menipu,rogol,dadah.

Hari ini tidak boleh lagi ada sifat beri kepercayaan kepada pemimpin,pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja yang berkuasa  untuk   menguruskan negara. Kita perlu mengambil tahu dan bertindak kerana tiada lagi orang yang boleh di percayai, walaupun berulangkali berkobar-kobar menyatakan pendirian atau ikrar menyuruh rakyat bertekad menaruh keyakinan  bahawa pemimpin mereka bekerja untuk rakyat.

Rakyat perlu berterima kasih kepada mereka yang terlibat terhadap kemajuan internet,media,dan laman sosial yang menjadi alat sumber maklumat orang ramai, terutama di  negara kuku besi media.Pedulikan pehak berkuasa yang berkhutbah memberi peringatan rakyat, supaya jangan percaya maklumat yang disampaikan melalui laman sosial dan media luar dengan alasan adalah fitnah dan palsu.

Perlu diingat bahawa maklumat Najib dapat duit sebanyak 2.6 billion adalah hasil maklumat yang disalurkan melalui media luar dan laman sosial yang di sebarkan melalui internet sebagai sumber maklumat untuk pengetahuan  lebih ramai manusia. 

Di takdirkan tidak di sampaikan maklumat ini kepada masyarakat Malaysia sudah pasti kita didendangkan lagu ciptaan Najib dan gerombolanya” rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan”,BR1M 950”.Sekarang telah jelas yang Rakyat BR1M 950 manakala Najib BR1M 2600,000,000.

Sekiranya tiada perkembangan teknologi canggih dan kebebasan maklumat sudah pasti diri kita seperti atok dan nenek-nenek yang pengetahuannya bersumberkan berita-berita surat khabar dalam negara seperti,Utusan Malaysia,BeritaHarian,Harian Metro,Kosmo,Star dan Straits Times, yang sampai kiamat tidak mengeluarkan berita-berita atau maklumat perangai buruk pemimpin dan kerajaan. 

Media dalam negara ini ibarat di wajibkan menyebut perkara-perkara yang baik bagi simati.


Usaha kerajaan yang ada hari ini untuk bertindak menapis dan menyekat kebebasan maklumat di laman sosial ,facebook,blog dan media luar perlu di tentang sehabis maksima tenaga.Mereka yang berkuasa berusaha  menyekat kebebasan menyebarkan maklumat adalah di sebabkan banyak perkara benar di pertonton, di dengar dan ditulis sebagai usaha menelanjangkan perangai individu yang memang bersalah.


Alasan maklumat yang disebarkan membolehkan negara huruhara dan menggugat hubungan kaum dan kesetabilan kerajaan adalah alasan pemerintah sekiranya rakyatnya terdiri golongan masyarakat primitif atau zaman purbakala. Seterusnya bertujuan menutup sesuatu kelakuan buruk atau salahlaku pemimpin  dari pengetahuan umum


Rakyat hari ini boleh menilai yang mana baik,dan  perkara benar. Manakala Kerajaan boleh mengawal kerakusan pengguna laman sosial dan kebebasan media melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada, serta bertindak  membawa mereka yang benar-benar mengfitnah ke mahkamah.

Tindakan menggantung perjalanan  akhbar  oleh KDN dan SKMM seperti dilakukan terhadap The Edge dan Sarawak Report akan memuncaknya  kebencian dari masyarakat prihatin terhadap kerajaan.Media alternatif dari luar yang tidak dapat di kawal kerajaan akan mengambil kesempatan membekalkan maklumat salahlaku rakyat negara ini seperti The Wall Street Journal,The New York Times dan akhbar Australia

No comments:

Post a Comment