Friday, May 10, 2013

Buat Anwar...sebelum usia memanjat diri.






Sememangnya manusia dalam pertandingan tidak  mahu menerima  erti kekalahan.Lebih-lebih lagi  mereka yang kalah ada maklumat atau desas-desus penipuan dalam pemilihan.Bagai ayam hitam terbang malam,hinggap di pokok pandan,bergesek ada, rupanya tiada.Walaupun perkhabaran penipuan itu masih belum sahih tetapi mereka yang kalah telah memulakan tindakan protes. Rumah siap pahat berbunyi.

Bulan menyaksikan aku menyimpan rahsia hati ini, dan mungkin juga hati mereka yang kalah, dengan perasaan resah,gelisah sepanjang kempen pilihanraya dan kegelisahan itu berterusan selepas pilihanraya ini, kerana sikap atau tidak tanduk mereka yang menang masih mencuit,menyentuh pantai hati ini melalui semua medianya.Memang saya tidak menerima kekalahan.

Namun perlu diingatkan mereka yang kalah mesti menerima hakikat bahawa mereka telah kalah, terima sahaja dan makan sahaja nasi yang telah menjadi bubur. BN telah menjadi kerajaan mempunyai kuasa,dan dilindungi undang-undang serta boleh melakukan apa sahaja terhadap sesiapa yang menentangnya.

Sekarang bukan zaman berusaha menentang penjajah untuk mendapat kemerdekaan.Menentang penjajah segala jasa dikenang rakyat,menentang BN dilabelkan pengkhianat rakyat .Sebelum pilihanraya,rakyat itu tuan,selepasnya, rakyat telah menjadi hamba, sekurang-kurangnya lima tahun lagi.Tidak seorang pun tuan yang ada kuasa mencatatkan sumbangan hambanya dalam sejarah.

Tidak guna kita membawa dan menghimpunkan rakyat yang telah tiada kuasa sekarang ini ,sebagaimana seperti sebelum pilihanraya, kerana tindakan itu membazirkan masa mereka yang sepatutnya boleh melakukan lebih banyak perkara penting dalam kehidupan . 

Bukan masanya pemimpin yang kalah masih menggunakan idealogi bagi mempengaruhi rakyat menyertai protes yang pada awalnya berhimpun, kemudian menunjukkan bantahan penyertaan, dan seterusnya akan lahir batahan fizikal. Rakyat ada hak membebaskan diri dari terlibat.

Kita perlu sedar bahawa kekalahan kita bukan sahaja  direstui oleh peraturan dunia, tetapi direstui oleh Allah. Sebelum  kalah telah berusaha mengikut kemampuan dan kesungguhan . Allah maha mengetahui punca kekalahan, sama ada BN menipu,atau tidak.Kiranya BN bekerjasama dengan SPR menipu pengundian – apa yang diperolehi pelaku-pelaku di dunia ini adalah hasil penipuan serta memiliki harta haram. Pasti kita berharap balasan akhirat kiranya tidak nyata di dunia ini.

Sehingga bila kita hendak melawan dengan melayan rasa tidak puas hati yang tidak membawa jalan penyelesaian.Jangan dibawa rakyat bersama menterjemahkan isi hati kita, yang kita anggap perasaan mereka sama seperti perasaan kita. Sudah-sudahlah kita menunjukkan penyokong yang ramai di stadium,padang dan dewan selama lebih 2 tahun yang hanya berjaya menang tepuk dan sorak.

Hentikan menentang kerajaan yang terpilih,kerana kerajaan yang terpilih memiliki keistemewaan yang tidak boleh digugat oleh undang-undang atau pemikiran individu. Individu berpotensi- menjadi arang habis,besi binasa,tukang hembus penat sahaja.

Seandainya kita tidak mampu atau malas hendak memuhasabah diri,seeloknya sekali lagi saya nyatakan berserahlah kepada Allah yang telah menentukan sesuatu perkara, yang belum terlintas di kepala. Kita ambil ketenangan daripada  kita memohon atau membina pelbagai masalah. Menerima apa yang ada itu merupakan pilihan terakhir sebelum usia memanjat diri. Redha

6 comments:

  1. Kita terlalu takbur sebelum bertanding, belum tentu menang kalah ,kita telah mula menyimpan dendam untuk bertindak keatas musuh yang belum tentu bersalah, maka Allah Maha Mengetahui isi hati kita, jadi Allah Maha Penentu ,dengan itu inilah hasil usaha yang telah diperolehi dari apa yang kita niat,oleh itu marilah kita bersama memohon agar Allah membuka hati-hati maknusia yang telah melakukan kerja-kerja terkutuk dengan cara menipu ini kembali kepangkal jalan agar tiada hamba-hambaNya tersesat kerana duniawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah nak BN terus buat salah kot.

      Delete
  2. Orang yang buat salah akan mengulangi kesalahannya tanpa rasa bersalah...Atas dasar pertimbangan akal manusia waras kena menilai yang mana dosa dan yang mana pahala.

    ReplyDelete
  3. Tak baca artikel ni lagi baik

    ReplyDelete
  4. Aku hormati tulisan ini sbg satu pandangan dan itu lah pandangan ramai org kerana didikan suasana keliling. Hidup ini tiada skima utk kita sandarkan dp takdir. Nabi Muhammad SAW sendiri berdoa dan menggerakkan tulang 4 kerat memperjuangkan kebenaran.Kami tahu penyelewengan dan hak yg dirampas.Bukti berlambak dan begitulah dlm PRU sebelumnya. Kali ini ada insan yg menggerakkan perjuangan mempertahankan hak yg dirampas bermakna tidak meletakkan kerja2 perjuangan di tangan Allah semata. Biar saya pinjam kata2 seorang blogger, jangan kita suruh Allah buat kerja kita.

    ReplyDelete
  5. kalau pandangan penulis begini...lebih baik kamu keluar dari himpuanan pejuangg alam maya bloger yg sokong pr ni....gi kamu nulis kat laman bloger be end.....kamu suka idup dibawah pentadbir yg kalah dan jadi pemimpin korup....nak tanya penulis boleh tak gaji kamu kita urus keluarga kamu dan kamu ucaplah terima kasih...

    ReplyDelete