Friday, May 17, 2013

Orang politik punca perkauman.....




Isu perkauman merupakan riuh rendah selepas pilihanraya. Riuh dengan sorak bagi mereka berjaya menawan hati sesuatu kaum, dan sumpah seranah serta sungut merungut bagi  mereka yang kalah mendapat sokongan kaum lain, selain kaum teras partinya.

Sebelum pilihanraya isu ini merupakan barang jualan yang di beli oleh parti politik dan calon-calonnya untuk di agih-agihkan kepada pengundi. Tidak seorang pun mengambil peduli isu ini dijaja samada pegawai keselamatan atau SPR sendiri. Akta hasutan disimpan dalam peti besi kerana yang terlibat gajah-gajah yang panjang belalainya.

Mereka tidak menyebut pun akta itu atau akta ini untuk dikenakan kepada mereka yang terlibat sebelum pilihanraya.Ini disebabkan isu kaum ini popular untuk menakut-nakutkan pengundi dan seterusnya memenangi hati mereka.

Pengundi Melayu dan calon melayu akan berkempen mengatakan calon cina ini hendak menjahanam orang melayu bila berkuasa. Calon cina tersebut tidak pun menjadi calon di kawasan melayu tempat mereka berkempen……….nun! jauh calon negeri lain, tetapi menjadi mangsa tomahan isu kaum sebelah sini.

Perayu undi ,parti berasaskan melayu -UMNO menjadikan isu kaum satu kemestian untuk berkempen. Mereka lakukan sebagai melindungi keburukan calon wakil rakyat .Lebih-lebih lagi calonnya terlibat dengan pelbagai jenayah kolar putih.Isu Parti melayu untuk Melayu dicanangkan.

Sikap perkauman tidak berlaku diantara kalangan rakyat, yang ketika ini hidup mencapai tahap perkauman minima dimana sahaja mereka berada. Hubungan harmoni yang ditunjukkan rakyat sepanjang menjalankan kehidupan di mana –mana di Malaysia. Yang menjadi gila dan merisaukan adalah disebabkan tindakan setengah orang politik yang sengaja perasan perkauman sedang teruk berlaku.

Melahirkan kebimbangan hubungan nagatif  antara kaum hanya berlaku dibibir ahli politik yang mungkin bertujuan melahirkan keuntungan diri seandainya rakyat rasa gelisah.Kegelisahan rakyat terutama melayu akan mengukuhkan kesatuan rakyat di bawah satu parti,terutama parti yang labelkan telah berjaya membawa keamanan atau parti bangsa.

Untuk menambah kegilisahan rakyat ,ahli politik akan mengarahkan media memaparkan sebarang bentuk propaganda bahawa tokoh politik tertentu terutama bukan dikalangan orang kerajaan digambarkan seorang cauvinis,merbahaya. 

Mengungkit kisah atau mengaitkan peristiwa perkauman yang pernah berlaku. Media terus menambah peranannya melalui tulisan,filem,drama,olahan berita atau pandang yang mempersoalkan hubungan kaum. Filem Tanda Putera apa tujuan di tayangkan untuk masyarakat felda. Mengangkat semangat perkauman.

Apa  yang dilakukan oleh orang politik kadangkala melahirkan pandangan serong antara satu sama lain terutama tiga bangsa yang utama, contohnya antara orang melayu dengan orang cina seperti mempersoalkan kemahuan orang cina, seolah-olah orang cina bangsa asing di Malaysia. 

Melahirkan kata yang menggambarkan  satu bangsa yang tidak pernah cukup, apa parti kerajaan berikan kerana,semata-mata  satu bangsa kurang memberi sokongan undi pilihanraya,sedangkan telah menjadi warganegara sejak lebih 54 tahun.Mereka berhak memiliki dan mendesak apa yang warga lain perolehi. 

Tidak memberi undi kepada parti BN maka orang cina telah dianggap warga kelas kedua di negara ini yang sepatutnya status warga kelas ini sudah cukup keistimewaan yang diberi sekian lama.Seterusnya mengklasifikasikan bangsa cina yang tidak menyokong UMNO sebagai bangsa yang tidak menyahut salam persahabatan orang melayu. UMNO telah lupa persahabatan atau perkongsian ditunjukkan sejak mencapai merdeka. Kata-kata yang berterusan menyakitkan hati dan memarakkan perasaan,dituduh sebagai pengkhianat persahabatan ikatan setia kawan orang melayu.


Saya percaya kiranya BN kalah untuk meneruskan pentadbiran negara semasa PRU 13 peristiwa mengungkit-ungkit budi dan ayat-ayat yang menggodam jiwa ini tidak akan berlaku.

Politik yang berasaskan satu kaum seperti MCA,MIC dan UMNO sudah tidak layak lagi bertapak di negara ini kerana parti-parti ini telah melahirkan ketegangan perasaan kaum apabila berlaku piliharaya,kerana aktiviti berkempen akan memburukkan bangsa lain sebagai salah satu agenda menarik bangsanya.

Parti pembangkang cenderung ke arah parti 1 Malaysia .DAP,PKR dan PAS  terbuka kepada semua bangsa menyertainya. Apa yang berlaku terhadap ketiga-tiga parti ini adalah hasil adu domba dari parti berasaskan kaum. Maka kurangnya penyertaan ahli pelbagai bangsa dalam parti tersebut.Menampakkan DAP parti Cina Dan PAS parti agama ,kecuali PKR hampir berjaya menjadi  parti multi bangsa, melihat kepada terdapatnya ramai calon selain bangsa melayu.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang isu perkauman kerana rakyat di negara ini tidak akan menggadaikan keamanan dan ketenteraman.Mereka telah mempunyai harta dan  nikmat kekayaan serta keluarga yang besar yang perlukan negara yang damai.

Kita tidak usah terperangkap perangai orang politik perkauman yang mementingkan politik daripada kepentingan negara,seperti politik Zulkefli Nordin dan Ibrahim Ali yang berkesudahan Cina tidak menyokong dan orang India  pun tidak menyokong.

1 comment:

  1. jika kita dok suka kata aku Melayu dia Cina dia India, maka perasaan perkauman itu akan terus segar. kalau kita kata aku Muslim awak non muslim adakah ia boleh menyakitkan hati sesiapa? so we change to that, tapi jangan di spin pulak bila sebut Muslim dah jadi pengikut PAS, so susahlah... kalau nak hapus sekolah jenis kebangsaan dah memang tak boleh... lagi akan menaikan perasaan marah lain2 bangsa........ so komenlah utk kebaikan rakyat dan negara kita.

    ReplyDelete