Sunday, May 26, 2013

Garangnya selepas pilihanraya



Pandangan bukan profesional dan tidak ada kepentingan satu sen pun.

Wakil rakyat dan menteri selepas PRU13 garang-garang dan angkuh, sombong dan ego . Tidak  boleh dikritik serta menggunakan kuasa yang diamanahkan sesuka hati . Andainya perlembagaan ada menyebut menteri ada kuasa menghalau  mereka yang tidak sehaluan dengannya, maka sudah pasti beratus-ratus ribu atau satu stadium di halau keluar dari negara ini. 

Seperti apa yang saya tulis sebelum  ini bahawa mereka yang memenangi PRU 13 telah berkuasa  dan kuasa mereka tidak perlu dan tidak dapat digugat walaupun mengalir airmata darah sekalipun mengerah rakyat untuk memberontak.

Mereka telah menjadi kerajaan yang telah termaktub dibawah perlembagaan .Boleh sahaja mendakwa sesiapa yang dikehendaki  sama ada bersalah atau tidak.Kesalahan boleh direka cipta untuk membunuh menyumbat seseorang ke dalam penjara. Contoh dizaman beraja dimata  Dr.Mahathir bin Muhamad. Menentang kerajaan boleh didakwa memerangi Yang Di Pertuan Agong  yang hukumnya dinafikan melihat dunia seterusnya.

Tidak perlukan perkara 10 perlembagaan kerana itu adalah perlembagaan manusia yang boleh dipertikaikan apabila ada kuasa. Semua orang maklum bahawa kuasa adalah segala-galanya. Mereka yang berkuasa berjaya membentuk kerajaan beranggap tidak ada kuasa Allah yang menghalang .Kiranya mereka berfikiran ada Allah sandarannya maka tidak akan ada yang tertangkap dan akan didakwa kerana bercakap serta menggunakan
hak sebagai manusia.

PRU 13 sudah selesai. Kerajaan telah terbentuk  berdasarkan kelebihan kerusi dipertandingan.Tidak kira sebanyak mana undi popular pembangkang dan biarlah satu kerusi kelebihan -  kerajaan telah terbina.Mereka telah mempunyai ,polis,tentera dan penjawat awam  tidak perlu di pertikaikan kesetiaannya kepada kerajaan .Dimana logiknya pembangkang  yang kosong dengan kekuatan boleh merampas kuasa.

Carilah kutukan untuk mengutuk dari mana sekalipun terhadap sistem pilihanraya, buatlah tuduhan menipu atau benar berlaku penipuan, ianya tidak akan mengakhiri kerajaan yang telah sedia ada.tunggu 5 tahu lagi. Raja-raja sendiri tidak mempunyai kuasa mengubah apa yang rakyat pilih. Lebih baik memberi tumpuan  memperbaiki kesilapan dan kelemahan kita untuk menghadapi PRU14 kiranya dipanjangkan Allah umur kita.

Petisyen bantahan /rayuan hanya menyedapkan perasaan mereka yang kalah, kerana  seperti kata SPR yang mengundi pada PRU 13 adalah warganegara Malaysia yang ada kad pengenalan walaupun  muka mereka mirip warga rakyat Banglades ,India,Myanmar atau cina. Mereka ada hak mengundi sebagai warganegara.Kerajaan telah menganugerahkan IC bukan salah SPR. Mahkamah mana yang boleh menafikan hak mereka.

Berhentilah kita menyusahkan diri kerana tidak menyusahkan diri adalah satu kebaikan.Alhamdulilah kita tidak jadi Perdana Menteri kerana terlepas dosa, kiranya kita gagal bertanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Alhamdulillah tidak jadi menteri kerana terlepas dosa kiranya kita tidak  beroperasi dengan baik sebagai menteri.

No comments:

Post a Comment