Sunday, August 26, 2012

mungkin idea gila dan mustahil



SmileyCentral.com
SmileyCentral.com 


Perpaduan
Parti Politik UMNO dan parti politik PAS tidak boleh bersatu.Namunnnn!.....

Hanya ahli kedua-kedua parti  boleh berjumpa dan berjabat tangan.Boleh melemparkan senyuman dan berpelukan seterusnya mencium pipi kiri-kanan antara mereka.

UMNO  telah berjaya mendabik dada selama 55 tahun dan berjaya membaca titah perintah negara selama itu dan terus ego hendak terus berkuasa ,sambil berjalan-jalan menyebut-nyebut  macam ucapan kad hariraya “ikhlas dari saya dan janji ditepati”. 

PAS merupakan parti miskin yang hanya terus tunduk memerintah negeri miskin  lebih 20 tahun.Tidak ada apa yang hendak dibanggakan.Tidak ada dalam sejarah moden orang miskin boleh berbaik dan berunding satu meja dengan mereka yang kaya, membincangkan hal perpaduan .

Perpaduan UMNO dengan  PAS tidak mendatangkan wang.UMNO layak membincangkan hal ekonomi dan bagaimana hendak mentadbir terus negara, agar berterusan menguasai ekonomi  dan kekayaan.
Mana mungkin ahli UMNO yang seperti ini memujuk dan berdamping rapat dengan orang PAS yang miskin  dengan berkata”ikhlas saya menderma sedikit harta saya”. Sejarah perkembangan agama islam pun kebanyakan orang miskin terus setia bersama agama Allah ini.

PAS parti miskin hanya sanggup berbicara berkaitan menjaga agamanya.Partinya sentiasa memikirkan bagaimana keadaan di akhirat sekiranya tidak dapat menegakkan hukum Allah secara serius.Tidak hanya sekadar menyatakan seimbas lalu  menyokong islam dalam perlembagaan parti. PAS bercita-cita menjadikan rakyat setiap saat hidupnya kerana Allah dan bukan parti bermatlamat kemajuan duniawi sehingga  tahun 2020.

PAS,tidak menggalakkan ahlinya memikirkan keuntungan dunia ,sehingga sanggup dari seorang ustazah menjadi ratu. Juga tidak menyimpan ahli yang mengkhianati kawan kerana di beri jawatan.

Tidak ada rekod  ahli PAS yang mempunyai  rumah,kondominiam,perniagaan yang asset beratus atau beribu juta ringgit. Ahli-ahlinya terdiri  mereka yang kecewa dengan keadaan yang tidak menguntungkan jiwa dan perasaan kepuasan hidup di akhirat. Ahli PAS sentiasa dalam keadaan serbasalah selagi tidak tertunai perintah Allah mengikut Al-Quran.

Tidak dapat dijalin persepakatan dengan perbezaan  idealogi  yang sungguh  berbeza .PAS beridealogikan Islam dan akhirat, manakala UMNO beridealogikan ekonomi dan kekayaan dunia.
Peristiwa 13 mei 1969 ,UMNO banyak kehilangan kerusi di parliman  -menjadikan ayam yang bersuara riuh terpaksa meniru suara itik nila demi  persahabatan .

Musim PRU13 ini peristiwa tersebut hendak diulang oleh UMNO.Lebam sepak terajang UMNO masih belum pulih lagi, walaupun telah lebih 34 tahun peristiwa itu berlaku.

Perpaduan boleh terjalin dengan menjadikan kepimpinan UMNO hari ini bertukar kepada kepimpinan baru dari akar umbi hingga ke presiden parti  sebagaimana UMNO mula-mula ditubuhkan .Anak muda yang tidak ada rekod rasuah,jenayah serta tidak mempunyai  rangkaian perniagaan luar dan dalam negara ,kerana usaha UMNO,dibenarkan mengambil alih  kepimpinan UMNO.

Peristiwa memuntahkan / meluikkan bagaikan terkeluar  anak tekak ,segala santau yang ada dalam perut UMNO perlu dilakukan .

Sekiranya  peristiwa ini dapat dilakukan seperti peristiwa  UMNO zaman Tengku Abdul Rahman yang ahlinya dan wakil rakyatnya tidak pernah terfikir hendak mengkayakan diri ,maka PAS boleh bersatu dan duduk dibawah satu bumbung bagi melakar sejarah baru politik negara dan politik orang melayu.

Mungkin idea gila dan mustahil dilakukan
Mengganti pemimpin UMNO yang ada dengan pemimpin muda yang “fresh” memerlukan pengorbanan. Mereka  yang berfikiran positif dan tidak ada kepentingan dalam parti dan luar parti akan menerima ini sebagai satu cabaran. Cabaran ini hanya menguntungkan orang melayu dan negara di masa hadapan.

Kepimpinan UMNO yang ada hari ini ibarat kereta bukan hanya setakat “overhaul” malahan ganti dengan kereta yang baru kerana harga membeli alatganti lebih mahal dari harga kereta baru.
Kepimpinan UMNO yang ada ini sama ada peringkat cawangan ,bahagian ,negeri dan negara telah banyak dan dipenuhi kurap-kurap dan kudis ingin kemewahan didunia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ,serta melayan naluri hidup dunia.Sudah jauh tersasar untuk akhirat dan negara. 

Cuba kita muhasabah diri segala aktiviti ahli untuk mencapai satu cita-cita tersebut.

Kepimpinan baru UMNO, yang tidak terdapat seorang pun dikalangan ayam jantan, yang sentiasa berkokok hari ini, akan menyegarkan perpaduan melayu.Perpaduan melayu baru antara PAS dan UMNO akan menjadikan orang melayu tidak mengharapkan simpati undi dari bangsa lain untuk membentuk kerajaan.Keadaan ini menjadikan bangsa lain tidak berani mencabar bangsa melayu,perlembagaan dan islam. Kita biarkan mereka menjadi rangkaian pembangkang di parliman.

No comments:

Post a Comment