Sunday, September 2, 2012

UMNO-"Usah Menasihatkan Naluri Orang"





Anggota Umno hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu bukan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua anggota parti sama ada anggota biasa mahupun berjawatan, perlu jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Ayat tersebut di atas lega jantung manusia  yang membaca dan mendengarnya. Lebih-lebih lagi orang macam saya yang ada sebuah rumah berharga RM65000.00 dan kereta kancil yang berharga semasa RM8000.00 .

Barangkali tersenyum lebar  Pak Tam dan Pak Tih serta Mak Tam dan Mak Tih di kampung bila mendengar dan melihat Datuk-datuk  bersikap patriotik  seperti  ini. Amat gembira lagi apabila datuk yang bercakap tersebut turut mengikut apa yang dicakapkannya.

Berlainan sikap mereka yang seangkatan atau lebih kayaaaaa! dari  datuk yang bercakap sudah tentu “muntah terjeluik”mendengarnya.

Penyokong-penyokong parti sudah pasti tidak beralih pandangan kepada parti lain kerana ayat tersebut sememangnya semua kehendak makhluk Allah  di dunia ini. Inilah sikap yang boleh mententeramkan dan mengharmonikan hidup manusia. Aman dunia Malaysia khususnya dan dunia-world seluruhnya.

Sekarang ini apa yang berlaku adalah sebaliknya” anggota Umno hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu hendaklah dijadikan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan”.
Semua anggota parti sama ada anggota biasa mahupun berjawatan, jangan terlalu jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Kesemua anggota UMNO hari ini bukan sahaja telah mengaut kekayaan dan kemewahan malahan melupakan nasib bangsa,agama dan negara.Ini bukan merupakan tuduhan yang melulu terhadap parti dan ahlinya. Kita renungkan dan muhasabah diri tanpa emosi terhadap parti ini.Apayang dilakukan terhadap bangsa melayu, agamanya dan negaranya.

Bangsanya(melayu) adakah lagi hak istimewanya dan cubalah kita senaraikan hak istimewa yang masih terpelihara dan senarai tersebut dihantar ke semua media untuk dicanangkan.Apakah hak istimewa tersebut telah banyak hilang di beri kepada bangsa lain demi menjaga hati untuk meraih undi bagi mengekalkan kerajaan yang sedia ada.

Agamanya –Negara ini sentiasa susah hendak diislamkan kerana penentang-penentangnya ada kuasa menentukan kerajaan yang sedia ada sama ada mahu kekal atau tidak.Penentang-penentang tersebut berada satu selimut dan luar selimut.Ini kerana salah UMNO sendiri kerana ingin berkuasa terpaksa mengorbankan kasih sayang kepada agamanya kepada agama lain dengan memberi peruntukan kewangan,bersama meraikan agama lain seolah-olah semua agama adalah sama.

Mula-mula UMNO berkuasa perkara ini tidak pernah berlaku .Pemimpin lama dalam Perikatan/Barisan Nasional menjadikan " Bagi kamu agama kamu bagiku agamaku".Ini di namakan menjaga agama.

Kesetiaan rakyat kepada negara, sentiasa tercabar kerana sejarah negara ini hari demi hari dipertikaikan,terutama sejarah sebelum mencapai kemerdekaan.Ditulis dan di nobatkan hanya bertujuan menjaga peranan parti politik yang menguruskan kemerdekaan.Pengorbanan maut, mereka yang berjuang menentang penjajah hanya di sebut sepintas lalu dalam sejarah.Mereka yang disanjung dan dipuja berulangkali dalam buku dan media hanya pelaku-pelaku dari parti pemerintah ketika kemerdekaan iaitu UMNO.

Hari ini telah hilang kejujuran untuk  nasib bangsa, agama dan negara kerana ahli dan pemimpin UMNO telah beroleh kekayaan.Dari seorang peniaga kasut yang dahulunya kedai hampir bangkrap telah menjadi jutawan daerah yang memiliki tanah,ladang dan gedung perniagaan .

Mulai hari ini wakil rakyat UMNO tak usahlah bercakap bagini” Anggota Umno hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu bukan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan. 

Kata-kata seperti ini akan menjadi bahan ketawa orang ramai kerana“ibarat menanti putih, gagak hitam”.ibarat memperagakan pakaian cantik kepada si buta”ibarat si buta membilang bintang di langit”.

No comments:

Post a Comment