Isa Samad apabila dilantik
Pengerusi Felda ‘Ibarat perempuan bunting bertemu idaman” dilantik pula oleh orang
“ibarat periuk mengumpat belanga” maka mereka berdua ibarat”pergi lempeng,
balik lepat” tetapi “tak dan menggesek biola, menari dulu”.
Pada tarikh 01 September 2012 maka ‘comfirm’ lah FELDA milik Isa Samad dan Najib Razak.Mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap Felda dengan alasan untuk memajukan masyarakat peneroka atau untuk menjalani perubahan terhadap warga Felda.
Pada tarikh 01 September 2012 maka ‘comfirm’ lah FELDA milik Isa Samad dan Najib Razak.Mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap Felda dengan alasan untuk memajukan masyarakat peneroka atau untuk menjalani perubahan terhadap warga Felda.
Pada tarikh tersebut sudah terlantik Pengarah Besar baru Felda dan
akan tersusun carta organisasi baru mengikut telunjuk Isa Samad.Pengarah Besar
lama telah tercipta sejarah baru dalam
hidupnya dan sejarah baru dalam Felda .
Felda di tubuhkan dari Julai 1956
hingga kini tidak pernah berlaku pengerusinya bersikap’Suka hati den” dan menterinya “kau bueklah apo kau suko “menganggap Felda sudah miliknya dan menterinya menyerahkan kuasa”
bulat-bulat” kepada seorang pengerusi .
Agaknya “menderam” apa yang telah dilakukan oleh Isa, sehingga Najib “menggeleng pun tidak ,mengangguk pun tidak “apabila Isa bertindak terhadap kakitangan yang berjasa dan bekerja lebih 30 tahun ,yang
selama ini tidak pernah mengundang masalah.
Isa Samad dan Najib telah menghumbankan
Pengarah Besar yang sedia ada dan pegawai-pegawai lain yang seangkatan dengan Dato’ Zulkefli
Wahab, bagai menggunakan kuasa gengstar .Gangstar membunuh penyanggah atau
pengguris ideanya ,manakala Isa Samad dan Najib nilainya sama dengan membunuh
dengan membekukan Dato’ Zulkefli
mengikut acuannya.
Seterusnya warga Felda dan rakyat
Malaysia sedang menunggu apa yang akan
dilakukan oleh Isa kepada Felda. Sekarang
Isa sedang memegang pisau,pistol dan parang
yang telah berlindung di bilik kebal akan bertindak terhadap musuh yang mengganggu- gugat tugasnya .
Tidak cukup dengan senjata yang ada,Isa
telah melantik belaci-belaci yang sentiasa
mendengar desas-desus /gosip-gosap liar dari petugas Felda, yang memburukkan
nya.Penggosip dan pengumpat akan menerima sepak terajang psikologi Isa . Pengampu punggung Isa akan
menerima habuan jawatan.Kita lihat perubahan carta organisasi .
Direktori Staf
Nama | Jabatan | Jawatan | Nombor Telefon | |
---|---|---|---|---|
Dato' Dzulkifli Abd Wahab | ???????? | ?????????? | 03-2617 4004 | dzulkifli.aw@felda.net.my |
Mohd Nor Kailany | Pej Timb Pengarah Besar | Timb Pengarah Besar (Perladangan & Perkebunan) | 03-2617 2662 | nor.k@felda.net.my |
Faizoul Ahmad | Pejabat Pengarah Besar | Pengarah Besar | 03-2617 2666 | faizoul.a@felda.net.my |
Anuar Bin Malek | Pembangunan Komuniti & koordinasi | Pengarah | 0326174030 | anuar.ma@felda.net.my |
Hussin Ali | Perkebunan & Hal Ehwal Tanam Semula | Pengarah | 03-2617 2637 | hussin.a@felda.net.my |
Abdul Karim Ahmad | Sumber Manusia | Pengarah | 03-2617 2696 | karim.a@felda.net.my |
Haniff Ahmad Norilah | Kewangan | Pengarah | 03-2617 4605 | haniff.an@felda.net.my |
Sheikh Abdul Hadi Sheikh Omar | Tanah | Pengarah | 03-2617 2627 | sheikh.a@felda.net.my |
Rohana Abdul Rahman | ?????? | ?????? | rohana.ar@felda.net.my | |
Abdul Malek Bin Jalil | Inovasi & Pembangunan Generasi Baru | Pengarah | 03-26174009 | abdulmalek.j@felda.net.my |
Kita turut simpati kakitangan Felda yang sentiasa "tak beras antah dikisik "dan "tak emas, bungkal diasah" sentiasa berfikir ke arah memajukan masyarakat peneroka mengikut garis panduan yang dibenarkan,malangnya apabila datang Isa Samad menjadikan mereka "tak terpagut dek ayam,tak tersudu dek itik.
Seandainya perlantikan Isa Samad ini merupakan kuasa perlantikan
terakhir kerajaan sekarang ,maka akan berakhir kemelut dalam Felda dan Felda akan selamat dulu kini dan
selama-lamanya,tetapi kiranya Isa terus menerus berkuasa, selari dengan
penerusan kerajaan yang ada,maka Felda, والله
أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment