Tuesday, August 21, 2012

Mahathir masih belum "surrender"







Mahathir masih tidak mahu surrender  mengangkat kedua-dua tangannya  keatas sehingga nampak ketiak, ,sama ada tidak mahu bercakap hal politik,mengaku kesalahan dirinya atau kesal kerana beberapa kesilapan yang dilakukannya semasa mentadbir negara. Dia mengangkat tangan hanya setakat bahu yang dikira boleh melawan lagi kiranya berlaku emergency untuk mempertahankan diri.

Masih menyalahkan orang lain, terutama Anwar Ibrahim,menyebabkan malapetaka perpaduan menyerang orang melayu dalam UMNO. Juga masih menganggap UMNO itu melayu dan melayu itu UMNO. Berpecah UMNO maka berpecahlah melayu.

Dia lupa jiran UMNO, iaitu PAS juga, terdiri orang melayu dan umat seagama telah hilang perpaduan antara kedua-dua parti tersebut.Oleh kerana terus memikirkan perpaduan dalam UMNO.Usaha perpaduan keseluruhan umat melayu Malaysia tidak ada ikhtiar semasa pentadbirannya .Dia tidak mengaku bahawa dia bapa perpecahan melayu dan UMNO.

Bukan sahaja memperkecilkan dan memperlekehkan cita-cita Anwar Ibrahim,tetapi sebelum ini, Musa Hitam,Tengku Razaleigh, dan Gaffar Baba untuk menjadi Perdana Menteri mengakibatkan hancurnya perpaduan UMNO,kerana sikapnya untuk menjaga rekod perdana Menteri paling lama berkuasa. Walhal seandainya krisis 1998  itu ,Mahathir mengambil sikap menyerahkan kuasa secara baik, seperti menyerah kuasa sementara kepada Abdullah Badawi, sudah pasti perpaduan tidak kelamkabut seperti apa yang berlaku hari ini.

Sekiranya dia berfikir untuk perpaduan UMNO dan melayu ,dari tahun 1987 lagi Mahathir telah menyerahkan kuasa kepada orang lain.Dia telah berkuasa selama 7 tahun ketika itu dan telah berlaku penubuhan parti serpihan yang  juga akibat adanya bercita-cita seperti Anwar Ibrahim.

Bagitu juga semasa dia mengaibkan Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dengan menunjukkan "juk-juk pai merajuk tak sampai “kebencian sehingga sanggup apply keluar UMNO.Keadaan ini juga menyumbang kepada perpecahan melayu.

Gila kuasa Mahathir tidak dapat dihalang kerana dia ada kuasa dan orang melayu demi menjaga kesetiaan, terpaksa akur perintah dengan ideanya.Ideanya yang mencarik-carik sistem kehakiman dan raja-raja melayu sudah tentu menjauhkan  perpaduan melayu.Melayu dengan raja dan Melayu dengan politik. Mahathir bernasib baik, belum ada idea-idea baru merampas kuasa secara demokrasi atau cara kekerasan.
Dengan adanya idea yang di ketua oleh Anwar ,satu alternatif lain gabungan parti politik seperti Barisan Nasional di wujudkan.Perpaduan parti politik ini telah membimbangkan Mahathir kerana dikhuatiri,akan berjaya  mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU 13.

Kebimbangan ini menjadikan Mahathir terus mengelamun apa akan jadi pada dirinya kiranya pelbagai kesalahan tersembunyi yang dilakukannya akan terbongkar.Sehingga ini rakyat terbanyak hanya tahu kebaikan yang dilakukan oleh Mahathir.

Ketika ini dia masih lagi berkuasa walaupun orang tidak nampak kuasanya kerana terbukti dengan ugutan keluar dari UMNO kerana bencikan Abdullah Badawi .Apabila berlaku perpindah kuasa negara pada Najib –dia kembali kepada UMNO bukankah keadaan ini merupakan satu ugutan dan menunjukan dia masih berkuasa.

Perpaduan orang UMNO tergugat entah kali keberapa semasa Abdullah Badawi menyerahkan kuasa kepada Najib kerana Mahathir. Masih menyalahkan orang lain longgarnya perpaduan UMNO.Lupa dan sengaja melupakan punca utama adalah bermula dari kepalanya sendiri.

Setakat ini tidak pernah kita mendengar lagi Mahathir menentang apa yang Najib lakukan.Ini merupakan pengesahan terhadap kepimpinan Najib dan kuasa  ummmmp !!!restu Mahathir. Mahathir sentiasa menerima jemputan Najib berkaitan urusan pentadbiran negara. Sungguh berlainan dengan saat-saat akhir-akhir pentadbiran Abdullah Badawi. Sehingga satu ketika di lihat melalui tv Abdullah Badawi menghulurkan tangan pun, Mahathir tidak menyambutnya.


1 comment:

  1. satu pandangan yg terbaik......
    betul tu.......

    kah kah kah

    ReplyDelete