Sebenarnya
,kalau hendak di ikutkan kehendak atau seruan
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah bahawa
orang melayu dan orang islam di Malaysia ini tidak layak memilih orang cina dan india sama ada MCA DAP
atau MIC bukan DAP sahaja, kerana mereka semuanya kafir. Orang melayu islam
mesti memilih orang islam sebagai pemimpin atau lebih tepat berimamkan orang
islam.
Tidak
tahulah kalau sekiranya ada kitab baru yang mengatakan kiranya ada pemimpin
yang beragama islam kita pilih juga dikalangan
orang kafir.
Mengikut
rekod orang kafir di Malaysia, yang terdiri 3 parti itu pada asasnya tidak
pernah bersetuju dengan perlembagaan Malaysia yang ada dan sentiasa menentang
apa perkara sekali pun berkaitan islam untuk Negara.
Tok guru
ini kurang dapat maklumat sikap penentangan pemimpin MCA dan MIC berkaitan
islam terutama perancangan islam oleh parti politik PAS.Beliau juga mungkin
dilontarkan pertanyaan dan diminta menghuraikan pandangan berkaitan islam oleh pemimpin
DAP tetapi menyimpan pendapat dari
pemimpin MCA dan MIC demi politik.
Penentangan
terhadap islam dilahirkan oleh individu dalam parti yang banyak orang kafir
,bukannya dari suara terbanyak dari parti berkenaan.Tidak kira sama individu
MCA,DAP atau MIC. Dalam perlembagaan parti yang banyak ahli masyarakat cina dan
india ini, tidak disebut “bahawa dasar parti menentang islam dan perlembagaan Negara”.
Kata tok
guru lagi, mereka(DAP)mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid
juga mahu sama rata,telah pun ditunaikan oleh kerajaan yang ada sekarang,
dengan perdana menterinya sendiri menyampaikan peruntukan beratus ribu ringgit
kepada kuil dan tokong, terutama semasa kempen mengambil hati masyarakat yang
memuja kedua-dua ibadat tersebut. Semoleknya suruhlah tok guru ini semak balik
aktiviti “janji ditepati dan rakyat didahulukan”.
Perlu di
beritahu tok guru ini, keadaan masyarakat Malaysia hari ini terlalu lama
dibawah kepimpinan parti yang ada sekarang iaitu telah mencapai usia 55
tahun.Kita telah makan lauk dan nasi jenis yang sama selama usia membolehkan
pencen. Dalam hidangan yang sama itu peralatan memasak dan makan telah berubah
warna serta peralatan sendiri berkarat
dan kopam mendatangkan keracunan
kepada penggunanya.Oleh itu perlu di ganti yang baru untuk lebih segar.
Juga perlu
diberitahu tok guru itu, keadaan dalam negara sekarang orang melayu islam tidak
boleh berpakat mendirikan kerajaan dikalangan mereka sahaja, kerana tidak cukup
korum dasar demokrasi. Bagitu juga orang cina,sama ada DAP,MCA lebih lagi MIC
tidak akan berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya. Mereka semua perlu
bersatu untuk membentuk kerajaan.
Sebagai alternatif
kerajaan yang menghidangkan nasi lauk
ikan masin setiap hari, maka perlu rakyat memiliki peralatan baru terdiri
periuk(PKR) Pinggan(PAS) dan cawan (DAP) untuk mencari daging ,ayam dan ikan
untuk makanan dirumah baru.
Kita semua
tahu orang yang meminta pendapat tok guru ini adalah terdiri dari kuli-kuli orang
yang mewar-warkan “janji ditepati”.
No comments:
Post a Comment