Sunday, August 12, 2012

Sudah pandai Najib menyebut dan menggunakan Baiah






Najib
"Kita berbaiah sesama kita. Kalau kerajaan bantu PDRM, PDRM akan bantu kerajaan dan negara.

"Kita sama-sama bantu untuk bawa negara ke arah yang selamat, harmoni dan masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Kuala Lumpur.

Akujanji ini telah dibaca ,difahami  dan di praktikan oleh kakitangan kerajaan semasa  menerima  tanggungjawab . Bai’ah ini tidak perlu diulang setiapkali mengadakan perjumpaan dengan kakitangan awam.Sudah maklum perlu setia menjalankan tugas dan setia dengan kerajaan semasa.

Soal memilih kerajaan,kakitangan awam, termasuk anggota polis, tidak terikat siapa  yang hendak di pilih menjadi kerajaan,tetapi kesetiaan  kepada kerajaan terpilih di mestikan.Apa yang di rayukan oleh Najib semasa berbuka puasa dengan polis adalah bermaksud terus setia memilih kerajaan yang ada sehingga kiamat.

Manusia semua faham tujuan Najib menyebut  kembali baiah ini ,ialah untuk tujuan berkempen,dengan mengambil  kesempatan  kesetian anggota polis kepada kerajaan yang ada agar terus menyokong dengan mengundinya pada PRU13 akan datang.

Orang politik kerajaan yang ada hari ini, sering menyebut mengekalkan,keselamatan,harmoni dan masa depan cemerlang, seolah-olah menunjukkan kerajaan yang sedia ada sahaja yang boleh membawa semua perkara tersebut.Mereka cuba memberitahu rakyat, dan menakutkan rakyat,serta bertujuan mengugut rakyat, bahawa selain dari kerajaan Najib tidak ada kerajaan lain yang boleh mencapai tahap yang ada sekarang.Mereka berterusan tidak meyakinkan rakyat bahawa berkemungkinan “hilang pelanduk berganti kijang emas”.

Politik menakutkan rakyat ibarat  menumbuk sambil mencium, kakitangan awam agar terus menyokong kerajaan Najib dengan menyarankan mesti mengundinya dalam pilihanraya akan datang.Ini selalu didendangkan  oleh pemimpin kerajaan yang tertua di negara ini. Pelbagai amaran dan gambaran perkara negatif  betapa seksanya rakyat jika kerajaan lain memerintah negara ini.

Sikap kerajaan yang terus memperkenalkan jasa dan memuji diri  dalam berkempen, rakyat terbanyak menganggap ianya satu usaha, atau  satu cara berkempen orang tua-tua dahulu iaitu dikalangan mereka yang berusia 55 tahun keatas.

Rakyat yang ketika ini, ialah rakyat dalam SPM lebih ramai  dapat gred 5A,6A,hingga 10A, serta  zaman satu keluarga lebih seorang memiliki ijazah , bukan zaman gred 3 lebih banyak dari gred 1 ,serta bukan  zaman satu kampung tidak seorang pun memiliki ijazah, -mereka tidak menerima cara orang sudah nyanyok berkempen dengan menggunakan  keris atau mengacukan pistol kepada mangsa.

“Style” perompak dengan mangsanya untuk berkempen, dalam demokrasi tidak akan diterima rakyat, kerana rakyat tahu perompak hanya garang semasa ada pistol di tangannya.Pistol hanya berpeluru terhad ,apabila kehabisan peluru,maka mangsa berpeluang bertindakbalas.

Kita perlu memberitahu Najib dan gengnya bahawa  rakyat tidak takut lagi berada di padang dan lautan walaupun guruh petir, berlontung –lontang, kerana pengayuh sudah di tangan,perahu sudah di air.

1 comment: