Friday, November 28, 2014

peremajaan UMNO-relakah yang tua undur..



Perhimpunan parti politik  boleh pada diri sendiri, tidak boleh pada orang” (UMNO)ini, telah melaungkan proses peremajaan perlu dilakukan.Setiap kali perhimpunan itulah ayat yang diulang-ulang.Sekurang-kurangnya mengatakan “generasi muda adalah merupakan pewaris pemimpin masa depan”.

Perlaksanaannya,setiap kali pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil masih ditonjolkan wakil rakyat tua yang sudah berusia 50 tahun ke atas dan telah menjuarai 5 penggal sebagai wakil rakyat.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan tidak ikhlas dan berkepentingan diri  bagi mereka yang dilabelkan tua dalam parti itu. Tidak berupaya melahirkan sikap sukarela mengundur diri dengan  terus membiarkan dirinya menduduki senarai  calon yang dikemukakan  oleh parti, kepada pusat untuk bertanding.

Sekadar beberapa contoh,relakah mereka ini berundur,  bagi memberi ruang kepada golongan muda, menerajui UMNO,seperti Dato,Najib (1953),Tengku Adnan(1950)Dato’seri MustafaMuhamad,(1950),TengkuRazalieh(1937)Isa Samad(1949)Shafie Afdal(1957)ShahrizatJalil (1953)Muhyiddin Yassin(1947)Hishammudin Hussin(1961)Idris Jusoh(1955)dan Ali Rustam (1949).

Mereka semua sudah tua dalam UMNO, tetapi merasakan dirinya berpengalaman serta mampu menjana idea berguna untuk parti dan negara.Melabelkan orang muda bersikap pasif idea yang tidak berpijak dibumi nyata .

Tidak kedengaran ayat-ayat ini dalam UMNO “Tuan Presiden saya menarik diri pencalonan wakil rakyat dan MT parti kerana memberi lalui orang muda” kemudian presiden pun berkata”saya pun bagitu kerana usia saya lebih 60 tahun dan dirasakan tidak produktif lagi bekerja untuk parti”’

Terus menyedihkan ada dikalangan calon tua dalam parti ini telah berusia 60 tahun ke atas mempunyai pelbagai kes,rasuah ,penyelewengan dan kredibiliti akhlaknya dipertikaikan,masih diberi peluang menerajui  parti , merangkap calon wakil rakyat lebih 25 tahun.

Menjadi tandatanya adanya wakil rakyat yang dipilih “hilang timbul”dipersada senarai wakil rakyat sebelum ini,kemudian kelahiran semula pada pilihanraya umum.  

Berpuluh dan beratus anak muda parti berkalibar serta berijazah dalam senarai menunggu, masih parti berkeyakinan golongan tua yang dikutuk keadaannya. Disamping itu wakil calon parti yang berjaya menjadi wakil rakyat itu, bukan dikalangan ahli parti atau penduduk tempatan.

Sikap seorang ketua yang serbasalah terus memilih calon parti kerana mengenang budi dan rakan karib atau kroninya akan menghancurkan  masa depan parti seterusnya parti ketandusan golongan muda.

Selagi ada individu yang menganggap dirinya adalah penting dalam parti dan memikirkan dirinya adalah seorang idealis  yang berpengaruh serta menggunakan pengaruhnya dengan meletakkan dirinya tidak boleh ditegur maka  bersedia ke arah jahanamnya parti serta tidak usah berbicara peremajaan politik.Fikirkan mana ada buluh yang tidak berbuku.

Peremajaan tidak tercapai kerana takut dan tidak sanggup dicabar oleh ahli parti wakil pemuda,atau remaja .Bermegah dengan pengalaman  dan tidak muhasabah diri terhadap usia, serta kegunaan kepada parti, tidak akan menyumbang kepada usaha peremajaan.

Memang benar calon seperti ini menang dalam pilihanraya mengalahkan calon yang lebih bersih darinya, tetapi mereka yang mengundinya melihat sumbangan kepada parti, serta kejayaan kempen sentiment kaum,rasuah pengundi berbentuk hadiah, yang merupakan  alat atau ayat ‘power’ kepada bangsa melayu yang sentiasa lemah apabila termakan budi.

Situasi ini menyebabkan orang melayu sentiasa 'mandi dalam cupak'.

Menunggu golongan tua dalam parti, diundurkan secara terhormat ,bagai menarik rambut dalam tepung.Golongan ini amat sensitif dan liat untuk meninggalkan jawatan yang memberi sumber rezeki secara mudah. 

Golongan penyakit dalam parti ini ,sekiranya mula-mula menjadi wakil rakyat berusia 35 tahun ,5 penggal kemudian pasti telah berusia 60 tahun.

Bagaimana proses peremajaan dapat dilakukan kiranya ahli parti tua berterusan menjaga periuk yang sentiasa hendak dipenuhkan.Sikap berkorban untuk kecemerlangan parti dan peremajaan parti  sukar diteruskan kiranya tiada usaha menghadkan umur persaraan wakil rakyat atau had penggal menjadi wakil rakyat.

Kesimpulannya, ahli parti terutama yang berkuasa takut meninggalkan kuasa ,tidak ikhlas berkhidmat untuk parti dan rakyat. Menjerit dan melaung di perhimpunan  telah menjadi satu kebiasaan atau alat supaya perwakilan terangguk-angguk  mengesahkan yang melaung itu bernas  hujahnya, memang hebat dan berkalibar.


No comments:

Post a Comment