Wednesday, November 12, 2014

Sejak bila Umno menjadi parti bersih dari rasuah

Datuk Johan Abdul Aziz - UMNO Selangor, berkata,jangan buat tuduhan tanpa bukti dan  dia mendabik dada meminta tangkaplah orang Umno, maksudnya terus sumbat ke penjara.Bagitulah cakap orang otak sendeng yang cuba 'declare' Umno bersih dari rasuah.


Rasuah,penyelewengan,salahguna kuasa,adalah merupakan satu kumpulan kata-kata yang di nobatkan kepada mereka yang berkuasa melakukan kesalahan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. Sama atau lebih keji dari mencuri,merompak dan meragut.

Rasuah boleh juga di tafsirkan merompak wang individu atau wang rakyat yang perbuatannya  perolehi wang,harta, atau perkhidmatan secara intelektual atau dilaku oleh cendekiawan terhormat.

Kegiatan macam orang merompak menggunakan pistol atau sejata lain, tetapi tidak perlu  melepaskan tembakan ,hanya tujuan menakutkan  - perompak tersebut berjaya merompak bank,atau orang kaya dengan nilai beratus ribu atau berjuta-juta ringgit.

Perbuatan rasuah bukan semua dapat dibuktikan kerana kebijaksanaan penerima dan pemberi rasuah melindungi aktivitinya.Terdapat juga yang menerima rasuah dilindungi oleh mereka yang berkuasa bagi menjaga nama baik seseorang atau kumpulannya ,lebih tepat lagi, kebal dari undang-undang.

Tidak ada bezanya rasuah dalam parti atau luar parti.Semuanya ada transaksi  memberi dan menerima manakala pemberi rasuah mengintai peluang memperolehi sesuatu yang berharga,dan memiliki kuasa yang seterusnya boleh menambah lebih besar koleksi nilai rasuah.

Perbelanjaan lebih besar dari pendapatan dari ketua cawangan hingga pegawai perhubungan negeri dan dari pegawai perhubungan negeri ke presiden apakah tidak berlaku kegiatan rasuah atau penyelewengan kuasa.Kesemua bagaimana hendak dibuktikan ditangkap dan diheret ke mahkamah. Juga kesemua yang terlibat berkuasa terhadap kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.Adakah sesiapa lebih berkuasa dari mereka peringkat negeri atau negara.

Meluluskan lesen memperolehi balak peringkat negeri dilontarkan pertanyaan “berapa ringgit hendak diberi kepada parti”RM50,000 Dato’”bila hendak bayar? Sekarang dato’.Taukeh balak keluarkan tunai RM50000 kepada Dato’, manakala Dato’mengeluarkan resit RM50.00 atas nama parti.Dato’ untung RM49,950.00 terus ke poketnya.

Dato’ telah melakukan penyelewengan terhadap urusan atau kewangan negeri serta khianat kepada parti.Bagaimana perkara ini berlaku kerana ketua negeri dan ketua parti adalah orang yang sama.

Itu contoh kecil pelaku rasuah parti Umno dan diantara lebih besar lagi ialah prinsip RM 10.00 diberi kepada orang miskin hanya boleh dilakukan untuk makan, manakala RM10.00 diberi kepada ahli perniagaan boleh menjadi beribu-ribu,berjuta atau perniagaannya berkembang.

Teori dan praktikal ini dilakukan oleh pemimpin Umno semasa ekonomi negara mengalami kejatuhan yang menghasil saudagar besar hampir muflis.Dana kewangan atas nama pemulihan ekonomi disuntik kepada mereka yang juga merupakan kawan-kawan dan anak beranak mereka yang berkuasa.

Bagaimana hendak dibuktikan mereka menyeleweng kerana perkataan pemulihan ekonomi telah menjadi kata hikmat yang melahirkan perasaan kasihan kepada saudagar-saudagar besar.Saudagar ini bukannya anak beranaknya sahaja tetapi terlibat sama orang lain.

Banyak pemimpin Umno sudah kenyang termaksuklah Mahathir sendiri dan sudah terlepas dari pekara yang membolehkan sebagai bukti sama ada bukti tersembunyi atau bukti nyata tidak diambil tindakan.

Pemimpin Umno yang rasuah tidak cukup bukti hendak didakwa dilindungi, hari ini kaya raya dan menjadi wakil rakyat lebih 5 penggal.Akaun anak dan isteri mempunyai wang berjuta setiap orang serta rumah banglow  tersergam indah.

Peringkat awal menjadi wakil rakyat, malu atau tidak sampai hati menggunakan kereta mewah ke kawasan Dun atau parlimen menemui rakyat bimbang dipertikaikan perbezaan kemewahan antara wakil rakyat dengan rakyat. Hari ini selepas 5 penggal kereta mewahnya telah  kerap digunakan melawat kawasan bagai peneroka felda menggunakan proton saga mengutip lantun.

Memangnya ada seorang dua pemimpin UMNO yang kantoi kerana kebodohan menyimpan maklumat dan keyakinan yang melulu kepada seseorang yang membuatkan mereka terperangkap.Namun itu adalah balasan Allah kepada mereka yang melampau atau ego.

No comments:

Post a Comment