Rasuah
telah menjadikan budaya orang Malaysia .Tidak mungkin dapat dikurangkan jauh
sekali dihapuskan.,kerana telah menjadi bagai piramid makanan. Setiap
rakyat negara ini untuk
mendapatkan apa sahaja keperluan dan cita-cita perlu ada tangan di atas memberi, tangan di bawah menerima. Aktiviti ini telah banyak
menjadikan penguatkuasa,orang politik,menteri, yang awalnya berlopak telah menjadi perigi.
Besar
cita-cita maka besar nilai rasuah diperlukan dan besar pula jawatan
penguatkuasa yang menerima rasuah.Tidak ada lagi hanya membawa kertas kerja dan
mulut berceloteh bagi menerangkan sesuatu projek. Mulut berbuih mesti
disertakan nilai wang atau perkhidmatan kepada penguatkuasa.
Wang
akan mengubah prosedur penguatkuasa secara sulit melalui perbincangan dengan empat mata.Penguatkuasa
yang mempunyai kuasa mutlak lebih mudah berurusan dengan mereka yang memberi
rasuah.Tiada lagi yang percuma untuk mendapat khidmat yang baik,terbaik, dan
amat baik.
Kesemua
mempunyai nilai mengikut kategori. Lebih besar nilai oleh yang memberi,untuk
suapan penguatkuasa maka akan membesarkan peluang penerima,meluluskan,
mendapatkan atau menunaikan hajatan pemberi.
Perkongsian
atau akad sulit ini tidak lagi sulit di negara ini malahan telah menjadikan
trend berurusan semua aktiviti kehidupan.Tidak ada istilah tangan kosong berurusan
ke pejabat.Rakyat pun maklum keluarganya bekerja perlu ada duit luar kalau tidak tidak cukup hendak hidup.
Keadaan
ini hanya berbicara berkaitan’makan suap atau korup, yang ketika ini pelbagai
lakonan dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan, dalam masa yang sama dasar
melindungi perilaku kegiatan, hanya bersikap hipokrit dengan menyebut-menyebut
,mengutuk dan menjanjikan undang-undang lebih berat dari undang-undang sedia
ada.
Sekarang
ini kerajaan hanya berbicara berkaitan pemberi dan penerima rasuah tidak pernah
berbicara dan membincangkan berkaitan penyelewengan kuasa, dan pecah amanah yang
dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berkuasa mutlak yang melibatkan ringgit berjuta-juta atau beratus juta.
Kita
semua tahu mereka yang terlibat memberi dan menerima rasuah adalah dikalangan
kakitangan atau pegawai kumpulan perlaksana, yang mudah di ambil tindakan dan
dibuktikan kesalahannya.Mereka ini mudah berlakunya lepas kaki, leher terjerat.Manakala kumpulan mengubah dasar
selalunya terlepas dari diambil tindakan kerana dilindungi berkaitan
dasar-dasar kerajaan, macam memegang tali
layang-layang.
Penyelewengan
kuasa oleh mereka yang membuat dasar negara ini, dengan membantu atau memberi
sesuatu bentuk kewangan ,projek kepada anak,isteri dan keluarga tidak atau jarang
dipertikaikan ketelusannya.Berlakunya kepincangan dalam penggunaan dana baharulah
sesuatu tindakan akan di ambil.
Sebelum
tindakan dibuat terlebih dahulu penyelewengan yang dilakukan akan ada pembelaan dari pehak kerajaan atau
mereka yang diberi kuasa dengan pelbagai alasan bagi menghalalkan penyelewengan.
Tindakan
memerlukan masa yang lama walaupun telah dijatuhkan hukuman .Proses mahkamah melibatkan
masa bertahun-tahun seterusnya pelaku rasuah bebas menggunakan atau menikmati
hasil korupnya.
Buka
minda seluas-luasnya aktiviti rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam
negara ini.Melibatkan kelompok pelbagai
kumpulan masyarakat, politik dan ,individu.
Kerajaan
yang telah memerintah lebih 57 tahun terlibat dengan urusniaga rasuah dengan
mengeluarkan wang berbilion untuk menarik hati pengundi bertujuan rakyat terus
mengekalkan kerajaan yang sedia ada.Hanya di jenamakan semula perangai rasuah
itu sebagai ‘bantuan rakyat satu Malaysia’.
Dua
aktiviti berlaku dalam satu masa ‘rasuah dan penyelewengan wang rakyat’.Rasuah
kerana dilakukan musim pilihanraya bertujuan menambat pengundi,manakala
penyelewengan wang rakyat berlaku kerana
bantuan diberi tidak melibatkan
semua rakyat - hanya 7 juta rakyat dan punca
kewangan adalah kutipan jabatan hasil dalam negeri.Yang dapat dipuja dan di
puji ‘dermawannya Barisan Nasional’.
Seandainya
wang berbilion tersebut di ambil dari khazanah parti UMNO atau Barisan Nasional
kemudian di agih-agihkan kepada orang ramai, terutama pengundi semasa
pilihanraya tentu tidak di ambil kira berlakunya penyelewengan dan rasuah
peringkat kebangsaan.
Tidak perlu dipinda undang-undang rasuah kiranya kerajaan
sendiri terlibat rasuah ,juga selagi tidak ada wakil rakyat,menteri dan perdana
menteri didakwa sebagai mereka yang penerima rasuah dan menyeleweng serta di
penjarakan maka tidak usah menjerit,menjaja dan mensinsing lengan hendak
menghapuskan rasuah.lihat dan pandanglah Corruption Perceptions Index 2014 (Malaysia) 50/175.
Itu mungkin berdasarkan yang terlibat kakitangan awam
bawahan.Kiranya banyak jerung-jerung besar yang keluar masuk parlimen di
tangkap dan dipenjarakan atas kesalahan rasuah berkemungkinan ranking sampai
100/175.
Ada atau tidak di antara kita atau rakyat yang siuman
mengatakan wakil rakyat,ketua parti
UMNO, menteri, perdana menteri adalah bersih dari rasuah dan penyelewengan
kuasa.
Malu kepada orang ramai dan takut kepada Allah tidak penting, bagi mereka yang korup, berbangga dengan hartanya yang banyak ,kerana kebijaksanaan urusan rasuahnya tidak dapat dibuktikan.
Malu kepada orang ramai dan takut kepada Allah tidak penting, bagi mereka yang korup, berbangga dengan hartanya yang banyak ,kerana kebijaksanaan urusan rasuahnya tidak dapat dibuktikan.
Mengambil kira ketakutan kena batang hidung sendiri maka di ketepikan sikap mahu belajar yang baik dari luar, dan dilaksanakan dalam negara ini. Betapa teruknya gelagat perasuah dan penyelewengan kuasa negara ini, kiranya hukuman mati di kenakan kepada mereka ,pasti melambak penyokong serta pembela pemerentah atau pemerentah sediri mati di tali gantung.
contoh trajedi tanah runtuh/banjir di CH .... pati tiada kaitannya, mereka makan gaji .... cuba colik cc pejabat tanah CH dan sepit batunya dengan plier .... tentu dia akan bagi tahu akaun bank siapa yang paling loaded sekali ......termasuk akaun banknya sendiri ........
ReplyDelete