Wednesday, February 22, 2012

Tahniah EGM Koperasi Peneroka Felda tak jadi......selamatttttttt duit den,



Kali kedua gagalnya  Isa Samad mengarahkan dan mempengaruhi ahli lembaga Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) supaya mengadakan mesyuarat agong khas(EGM) bertujuan meminta dan memaksa ahli-ahli perwakilan bersetuju KPF melabur modal  dalam Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan di senaraikan ke Bursa Malaysia.

Sejak Isa Samad  yang hanya bawa air liur sahaja datang ke Felda ,dia terus  “membeko” dan “mengelisang” mencari  sumber  kewangan bagi kepentingan bosnya. 

Kita semua tahu diantara sebab-sebabnya Isa Samad dilantik ke jawatan  pengerusi Felda ialah bosnya yakin Isa mampu serta bergeliga mencari wang bagi melindungi  kewangan Felda Global Ventures Holding (FGVH) .”Bak kata orang badan pendek  akalnya panjang”,Isa ada pengalaman  apa yang berlaku dengan tanah Yayasan Negeri  Sembilan di Serting.

 Masyarakat peneroka tidak kisah sekiranya Isa menggunakan kebijakasanaannya memperolehi dana dengan melegokan bukan hak peneroka. Apa yang jadi masalah dan dipersoalkan ialah wang ahli Koperasi(KPF) yang terus di  usik, walhal Isa satu sen pun tidak ada menyumbang  dalam KPF.

Pelbagai cara bagaimana hendak mengambil persetujuan perwakilan telah dilakukan oleh Isa  diantaranya  menggunakan kuasanya terhadap kakitangan  supaya mempengaruhi peneroka merangkap perwakilan KPF  mengundi cadangan bosnya. 

Ahli KPF berterima kasih kepada “ANAK” terutama ketuanya  Mazlan Aliman kerana berusaha menyelamatkan wang KPF dari di lego oleh Isa. Saya ada RM230,000.00 dalam KPF.

No comments:

Post a Comment