Monday, March 12, 2012

Kelab Dato' dan Tan Sri pun turut berkempen

Hari ini ,12 March 2012 saya menerima kad ucapan tahun baru  daripada "Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan, "yang saya tidak tahu tujuannya menghantar kad ini kepada saya.

Sekiranya bertujuan memberi ucapan tahun baru sudah tentu kelab ini sudah terlambat memberi ucapan "happy new year".Detik 12.00 malam kerajaan memuja jam sudah 2 bulan 12hari telah berlalu.

Atau

Turut serta berkempen  bagi pehak kerajaan supaya menyokong UMNO sehingga mati seperti mana yang dilakukan oleh bekas orang kanan kerajaan ini.

Atau

Memaklumkan bahawa satu kelab baru telah ditubuhkan iaitu "Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan" dan  mungkin mengharapkan sesiapa boleh menjadi ahli dan teruskan menyokong kerajaan yang telah memerintah lebih 54 tahun,

Ahli-ahlinya terdiri dikalangan Dato' dan Tan Sri.dan Pesara kanan Gred 48 ke atas, kenapa menggunakan kesempatan berkempen kepada mereka yang tidak ada bersangkut -paut dengan kelab ini.

1 comment:

  1. kau bakal dato n tan sri lah tu din.... tunggulah Keputeraan Agung bulan jun nanti nanti....wallau hu alam....Tan Sri Udin.... wow...

    ReplyDelete