Sunday, March 25, 2012

Desak dan Gasak





1)    Nazri suruh Shahrizat bayar balik duit RM250j pada kerajaan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga turut memberi isyarat agar Shahrizat melepaskan jawatan demi survival perti politik itu.

2)     Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat ‘untuk kebaikan parti’ telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti.

3)    Desakan dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Ghapur berkata isu yang membabitkan Shahrizat itu cukup memalukan dan telah menjejaskan BN dan Umno secara keseluruhan.

Shahrizat letak jawatan sebagai menteri 8 April

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator.
Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.
 “Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas  tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri.
“Namun begitu, selepas berbincang dan memikirkan perkara ini, saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.

4)    "Ini adalah satu pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang sedang menerajui sayap parti (UMNO),” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam satu kenyataan hari ini.

5)    Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'

6)    Nazri suruh Shahrizat bayar balik duit RM250j pada kerajaan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

7)    KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

8)    Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal'
Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.
9)    Umno Cheras: Pandangan Kamalia positif
Umno bahagian Cheras menyifatkkan kenyataan Naib Ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya, sebagai "ada juga positifnya".

10)    KUALA LUMPUR 23 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO walaupun Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim mendesak beliau melepaskan jawatannya.
Presiden UMNO itu berkata, ini kerana jawatan Ketua Wanita UMNO dipilih oleh ahli dan mengikut prinsip, selagi tiada kesalahan dibuktikan tidak ada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatannya.

'Saya tidak kecil hati dengan Kamilia'
11)    KUALA LUMPUR 23 Mac - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan tindakan Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan dalam parti.

Menurutnya, desakan Kamilia itu tidak akan menjejaskan hubungan baik mereka yang telah terjalin sejak sama-sama belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban dahulu

Pandangan Desak dan Gasak jalan terbaik ialah “Shahrizat  molek letak jawatan Ketua Wanita” beri laluan kepada mereka  yang masih segar .Berhenti secara sukarela. Mungkin  kita dah” lomau”jalan terbaik ialah berjabat tangan terakhir  dan serahkan  bendera  kepada  mereka. Jangan  masih  menganggap ‘tanpa saya Wanita Tidur”

Apa yang ditunggu lagi,,hendak keluarga menjadi  kaya  telah pun  kaya, dan harta melimpah -ruah. Fikirkan  balasan akhirat sekiranya  harta itu hak rakyat, dan pulangkan kiranya bukan hak kita.

No comments:

Post a Comment