Hanya 1% ? terlibat rasuah - KPN
KUALA LUMPUR 14 Mac - Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, walaupun jumlah itu kecil namun jika dibiarkan ia akan merebak lebih besar seperti mana penyakit kanser jika tidak dikawal.
"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah) yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA bagi membanteras rasuah di sini hari ini.
Berita dalam akhbar parti UMNO ini membuatkan orang akan “tergolak bahak” membacanya.. Sebabnya tidak memadanan dengan apa yang berlaku dan apa yang dikatakan terhadap imej polis. Saya tahu ketua polis negara itu bercakap sekadar menjaga hati dan perasaannya.
.
Nun jauh di hati kecilnya telah memahami apa yang sebenarnya berlaku. Kalau tidak masakan dia mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dengan memberikan fakta angka peratus yang hendak membuktikan bahawa pelakuan rasuah adalah kecil.
Pelancaran poster ‘jauhi rasuah’ salah satu bukti sudah teruknya keadaan rasuah terhadap anggota polis. Kelaziman apabila penyakit yang menyerang terhadap makhluk di dunia ini telah nampak parah barulah kita tahu bahawa yang penyakit itu merbahaya. Apabila terlalu bahaya maka pencegahan perlu dilakukan dengan memberi kesedaran melalui media,poster dan kempen kepada mereka yang masih belum terlibat.
Di negara ini persangka rasuah terhadap anggota polis sudah menjadi kebiasaan bagaikan setiap gulai mesti ada garam dan setiap kuih mesti ada gula. Tidak dapat hendak di elakkan.
Polis lalulintas, dan polis peronda merupakan anggota yang membawa kuman barah rasuah yang terus berjangkit kesemua anggota lain. Persepsi orang ramai terutama pemandu kenderaan terhadap kedua-dua unit polis ini - apabila menunggu disudut-sudut jalan yang terlindung, kemudian menahannya, kerana satu kesalahan lalulintas ,ialah meminta wang sogokan agar tidak mengambil tindakan saman.
Jangka masa yang lama mengadakan perbincangan antara anggota polis dengan mereka yang melakukan kesalahan dipinggir jalan menambah dekatnya aktiviti rasuah kedua-dua pehak.
Biasanya anggota polis member dua pilihan kepada pesalah sama ada mengeluarkan notis saman atau tunai segera. Tawaran bayaran tunai pada masa itu biasanya lebih murah berbanding nilai saman yang dikenakan..Pesalah tentu memilih bayar tunai ketika itu juga kerana perbandingan harga yang ditawarkan.
Apakah tingkah laku anggota polis seperti tersebut di atas ,tidak disedari oleh ketua polis negara.
Pernah satu peristiwa berlaku di rancangan Felda ,anggota polis pondok yang ditempatkan di rancangan tersebut meminta wang perlindungan daripada kontrak menabur baja sebanyak RM300.00/bulan. Kontraktor tersebut enggan menurut kehendak polis.
Polis terus bertindak membuang angin tayar lori kontraktor berkenaan dan mengugut kontrak mengambil tindakan menyita ‘lori hantu’ yang digunakan atau memberitahu rakan unit trafik menyaman lori yang tidak ada cukai jalan serta keadaan lori yang tidak mempunyai peralatan yang lengkap.
Dengan pelbagai ugutan sepanjang masa menyebabkan kontraktor tersebut terpaksa akur kehendak polis dengan membayar RM300/bulan. Perilaku rasuah anggota polis jarang dilaporkan kerana dendam akan diterima oleh mereka yang melaporkannya.
Imej rasuah anggota polis sebenarnya sudah menjadi pengetahuan umum. Saya sejak alam persekolahan pernah mendengar “ bila keluar sekolah esok kau kerjalah sebagi anggota polis kerana banyak dapat “duit luar “.Apa yang dimaksudkan duit luar itu ialah wang perolehan selain dari sumber gaji bulanan iaitu wang aktiviti haram-rasuah . Waktu itu gaji anggota polis atas sedikit dari buruh kasar.
Rasuah tidak dapat dielakkan menyerang anggota polis kerana mereka yang menjalankan penguatkuasaan terutama orang melayu yang mengaku beragama islam tidak mempunyai kesedaran “Allah melihat perbuatannya - balasan di dunia atau akhirat”.
Kerajaan berilah gaji permulaan konstebal RM3000/bulan pun,perangai “makan suap” polis tidak akan berubah. Mungkin kata KPN dari 1% sahaja rasuah akan jadi tinggal 1% yang tidak rasuah.
No comments:
Post a Comment