Kenapa Hasan Ali jadi bagini . Cilok lambang setan seperti mana perbandingan gambar di atas.Seorang mengaku profesional dalam serba serbi hidup dan mampu buat kajian, mentalaah apa sahaja, tetapi logo partinya atau kumpulan nya berdasarkan logo setan” lucius malfoy”.
Bagitulah sekiranya nawaitu kita dan isi hati telah di isi kebencian ,apa sahaja kita lakukan tidak akan menjadi kenyataan.
Allah tahu niat Hasan lebih kepada dendam kesumat yang telah dijaja dan terus dijaja keseluruh negara berselindung agama,melayu dan raja.
Disebabkan sikap ini Allah menggelapkan idea Hasan mencari satu lambang atau logo berkonsepkan tiga perkara yang konon nya tujuan perjuangan.
Kita tidak hairan sekiranya ramai pengikutnya mendaftarkan diri dibawah lambang jati @setan maka akan ramai mereka bersikap setan pendendam profesional.
Ingatlah Hasan sekiranya memperjuangkan islam ,menurut Imam al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala menghindarkan akhlak yang jahat seperti sikap sombong,takabbur,membangga diri,tinggi hati,banyak bercakap,bersikap dengki,iri hati,pendendam,menyimpan sangka buruk kepada orang lain,khianat,menegakkan benang basah.
Oleh itu hentikanlah perkara yang selama ini saudara hebohkan kerana apa saudara lakukan bukan sifat seorang islam.Saudara hanya melaungkan perkataan islam tetapi perbuatan hujah saudara bukan ciri-ciri seorang islam.
No comments:
Post a Comment