Melihat kepada apa yang
terpampang dalam media terutama media
elektronik bebas,yang pro semangat Jebat,amat nyata manusia sanggup menjadi
penjilat ,demi pangkat,jawatan dan habuan
wang.
Kita jarang melakukan sifat-sifat,tunduk
mencium tangan,menjadi sifat’ humble ‘
serta memuji dan memuja ini terhadap keluarga kita, tetapi kepentingan
politik dan status jawatan, kita sanggup
tersungkur menyembah tanah bagi melahirkan kasih sayang kepada seorang yang dianggap
tuan.
Ada di kalang kita sebagai
manusia dek kerana pegangan politik,terus teruja apabila di berikan setiap kali
raya aidilfitri, sumbangan persenol
sebanyak RM 500 dan beberapa guni beras berat 10 kg sanggup memuja dan terus setia kepada
pemimpin politik yang nyata rasuah dan pernah di penjarakan. Malahan di adakan satu upacara bagi menyambut kepulangan yang baru keluar penjara.
Hendak di katakan di kalangan
mereka ini terdiri 8 kategori golongan yang asnaf menerima zakat jauh sekali, kerana
jumlah pencen dan pendapatan mereka lebih RM4000 sebulan. Mereka sanggup seperti burung kedidi apabila berdepan dengan si tuan menerima sumbangan.
Bagitulah negara kita hari ini
ada yang sanggup menjadi seperti anjing
suruhan, anjing pemuja,anjing pembela demi tuan yang di
kategori seolah-olah mengambil tugas
Allah yang memberi rezeki. Menjadikan dialog dalam filem P.Ramlee,Ahmad Albab” rezeki bukan dari Allah rezeki datang dari
bapak”.
Ada juga diantara kita apabila di
ajukan soalan kenapa ada yang bagitu sayang kepada mereka yang dianggapnya pemimpin
itu, sehingga sanggup menyimpan tali hayat politiknya ,dengan nada garang yang
berjiwa Hang Tuah,menjelaskan bahawa “bukan sayang, hendak negara ini aman”.
Bermakna menyokong dan memujanya itu akan melahirkan keamanan. Bermaksud tidak memuja pemimpin kerajaan yang ada sekarang,
melahirkan negara huru-hara.
Ketika catatan ini di buat, ‘debat hang jebat” sedang berlaku melalui
media, terutama media portal internet yang debat tersebut membicarakan berkaitan fakta benar
pembaziran yang dilakukan oleh orang sepatutnya tidak ada hak berkaitan aktivitinya,namun sikapnya, berterusan menjadikan hak kerajaan bagai harta keluarga 'mak dan bapaknya'.
Proses melahirkan rakyat yang
berfikiran positif berkaitan pembentukan kerajaan selain kerajaan yang sedia
ada masih sukar untuk di implementasikan.Lebih tepat lagi kerajaan yang sedia
ada perlu dikekalkan sampai bila-bila.
Rugi kita sebagai rakyat Malaysia
yang di hidangkan stail pemerintahan yang sama lebih 58 tahun.Negara luar yang
pemikiran politik rakyat yang matang bersilih ganti pemimpin tertinggi dan
kerajaan ,masih mampu mengekalkan keamanan dan kemajuan yang rakyatnya sentiasa mencipta pelbagai inovasi dalam kehidupan untuk manusia dunia..Tidak perlu menjadi gila
seperti negara-negara islam timur tengah untuk memilih pemimpin atau kerajaan, yang kita ketahui faktor sejarahnya
tidak pernah aman.
Keadaan dalam negara ini sekarang, hanya
berjaya mewujudkan suasana pembangkang
dalam persidangan parlimen, yang nyata tidak menguntungkan rakyat kerana apa
yang disuarakan oleh Jebat dalam
parlimen dinafikan oleh mereka yang
berkuasa ,dengan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
222 orang dalam parlimen hanya di
gunakan untuk mencipta undang-undang yang bersifat, mengawal pergerakkan
rakyat, undang-undang melindungi kerajaan digugat,dan melindungi individu dalam
kerajaan .
No comments:
Post a Comment