Tentunya mereka yang bercita-cita
ingin melihat kerajaan baru yang akan datang terus kecewa sedikit melihat
kepada keputusan PRK yang baru lalu.
Pembangkang melihatkan sikap
mementing ideologi kepenting diri yang menguntungkan orang lain iaitu
keuntungan parti politik yang sudah berzaman-zaman memerintah dan menjemukan
itu. Pembangkang kehilangan nilai kesepakatan pilihanraya ke 13 semata-mata
mementingkan ideologi mengikut perasaan hati dan ego ketua parti masing-masing.
Keadaan parti-parti yang
bertanding dalam PRK tersebut adalah menggambarkan keadaan parti –parti politik
yang akan bertanding pada pilihanraya ke 14 akan datang sekiranya parti yang di
labelkan pembangkang akan terus menyombong hendak bertanding bersendirian.
PAS masih boleh berangan untuk berkuasa
di Kelantan atau Terengganu kerana
kedua-dua negeri ini kebanyakan penduduknya berbangsa melayu yang
mempunyai kesedaran menukar-nukar kerajaan serta berpengalaman berbuat
demikian.
Amat berlainan melayu di
negeri-negeri lain kerana ‘takut tidak makan atau makan ubi kayu
seperti zaman jepun ‘ sekiranya
selain UMNO atau BN yang menjadi kerajaan dan juga takut negara ini
huru-hara kerana parti politik lain tidak ada pengalaman memerintah.
Selanjutnya ada di kalangan
melayu kiranya bukan UMNO yang memerintah di khuatiri akan memudaratkan bangsa melayu terutama cina DAP yang
memerintah dan berikrar sentiasa sokong melayu yang memerintah, biarlah rasuah besar mana sekali pun, tetap simpati dengan bangsanya.
Sikap melayu seperti ini
PAS,DAP,PKR dan AMANAH hendak bergantung harap sokongan tidak usah di impikan . Maka akan kempunan
Haji Hadi,Mat Sabu,Lim Kit Siang dan Wan Azizah mengetuai kerajaan baru negara.
Rakyat tidak rugi apa kiranya
kerajaan yang ada terus kekal biarlah berbilion rasuah menggunakan wang negara atau berbilion datang dari luar negara kerana
masih mampu makan lauk dadar telor ayam dan bersayurkan kangkong.
PAS bukan sahaja kempunan jadi
penasihat terbaik kerajaan BN bahkan hanya memperoleh 2 atau 3 kerusi parlimen
kerana parti tersebut hanya mempunyai 1/3 orang melayu. PKR hanya mempunyai
penyokong separuh orang cina dan hanya berjaya
memenangi apa yang di perolehi pada tahun 2008.
Manakala DAP mungkin boleh
mengekalkan kerusi parlimen yang sedia ada kerana mendapat sokongan total dari
orang cina lebih-lebih lagi dia telah mengenepikan PAS dan mendapat rakan baru
dalam pakatan.
Orang cina dikawasan majoriti
melayu mungkin serik untuk menyokong calon melayu manakala orang melayu di
kawasan majoriti cina terpengaruh dengan sentiment yang di canang oleh BN.
Manakala parti AMANAH jangan terlalu perasan dengan keputusan PRK di Kuala
Kangsar dan Sungai Besar kerana mood pilihananraya umum berlainan pilihanraya
kecil.
Apa pun dari sudut pandangan dan
analisa PRK di dua kawasan itu ketua-ketua parti politik perlu mengekalkan
semangat pakatan pilihanraya ke 13
seandainya masih ingin memberi nafas baru,dan baju baru kerajaan dalam negara
ini.
Bercita-cita menjadi penasihat kepada
kerajaan tidak perlu menyertai pilihanraya atau memenangi pilihanraya, tetapi
cukup setakat menyertai NGO yang sukarela, yang duduk di satu sudut di Jabatan
Perdana Menteri.
Terlalu dukacita melihat apa yang
berlaku terhadap politik pembangkang hari ini, yang berterusan menguntungkan BN iaitu kerajaan yang sedia ada, bagi meneruskan
kesinambungan jangka usianya sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.
No comments:
Post a Comment