Friday, March 6, 2015

ustaz serious versus ustaz lawak





Kemunculan ustaz lawak melalui tv serta ceramah-ceramah di padang-padang awam memeriahkan suasana  dan sebagai satu hiburan alternatif kepada rakyat. Ustaz ini memberi jenama  majlisnya adalah majlis ilmu.Ilmu yang disampaikan satu muka surat manakala satira dan lawak yang dikeluarkan lebih tiga muka.

Hari ini ustaz lawak telah terantuk,perkena buku dan ruas dengan salah seorang ustaz yang jarang melawak dan mungkin tinggi sedikit ilmunya atau mempunyai lubuk akal lautan budi ,berbanding dengan ustaz lawak, kerana saya berkata demikian kerana ustaz serious yang sentiasa bersungguh penyampaian ilmunya, berani menegur dan tidak memerlukan khidmat ilmu ustaz lawak ke tempatnya.

Kita semua tahu ustaz lawak ini dapat mencari makan ke pelosok negara terutama di kampung-kampung Felda, yang mungkin juga banyak hadis-hadis palsu lawak disampaikan, tetapi mungkin masyarakat Felda tidak ambil pusing atau tidak perasan kedudukan hadis tersebut. Berkemungkinan juga anggapan masyarakat bahawa sesuatu  majlis yang ramai adalah majlis yang benar dan betul.

Ustaz serious menegur ustaz lawak, ada hikmah sebaliknya.Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada ustaz lawak jangan keterlaluan mengeluarkan contoh sesuka hati berkaitan Rasulullah S.A.W.

Ilmu di sampaikan biarlah bersungguh dan tidak menganggap masyarakat Felda dan kampung-kampung sebagai audience  yang tuli dan ustaz lawak boleh cakap apa sahaja, asal mereka senang hati untuk ketawa. Lawak hanya sampingan yang berperanan menyegarkan majlis ilmu.

Ustaz lawak ini telah mendapat tempat berceramah melalui semua saluran televisyen berbahasa melayu dan bebas tanpa sekatan di mana-mana jua, setelah dia declare anutan parti politiknya dari politik agama kepada poltik kerajaan memerintah.

Nyata pengisytiharannya atau penghijrahannya dari parti agama ke parti kerajaan telah membuka peluang rezeki yang melimpah-ruah ustaz lawak, sehingga banyak jemputan terpaksa di tolak kerana tidak kesempatan menerimanya.

Parti politik barunya yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan populariti  ustaz lawak sehingga sanggup menyediakan bas atau pengangkutan awam dan elaun kepada sesiapa yang berminat mendengar ceramahnya andainya jauh dari tempat tinggal. 

Melihat keadaan dengan orang ramai berduyun-duyun hadir ceramahnya maka ustaz lawak bersemangat baru ,serta mungkin perasan dia ustaz yang terbaik dan mula bertambah-tambah koleksi lawaknya semasa berceramah.Salah satu cabutan koleksi lawaknya ialah kisah Nabi hidangkan roti jala dalam satu majlis kenduri.

Ustaz serious yang baru sekali menegurnya mungkin telah memendam rasa kesalahan ustaz lawak dalam siri-siri ceramah lawaknya, maka satu teguran telah menjadikan ustaz lawak tidak menerima dan mengaku kesalahan malahan ustaz serious di cop gopoh .

Selama ini ustaz lawak tanam tebu di telinga ,berkembang bunga raya di muka, telah terkejut disebabkan pukulan manusia  yang duduk sehamparan,tegak sepermatang.Menjadikan ustaz lawak tengah makan putus suap.

Sekiranya ustaz lawak tidak melayan kerenah media yang sentiasa melaga-lagakan dua atau lebih ustaz nescaya pendapatan atau panggilan ceramah ustaz lawak tidak berkurangan  kerana masyarakat diluar tidak tahu apa pun.Yang maklum hanya mereka yang bersukat sama paras,bertimbang sama berat.

Biarkanlah ustaz serious menulis dalam facebooknya tiga halaman muka surat ,ustaz lawak cukup sekadar senyuman sebagaimana ustaz mengajar nikmat senyuman. Ustaz serious telah blacklist nama  ustaz lawak untuk ceramah foram perdana ,cukup sekadar  mengucapkan

Nampaknya ustaz lawak tidak boleh menahan kesabaran untuk marah dan kesabaran menerima teguran,kesabaran tidak bercakap dan kesabaran tidak bertindak.Berfikirlah. Tak ada padi yang bernas setangkai.

1 comment:

  1. tapi ustat megalawak tu leh terima teguran ustaz serious tu.ada lam utiub ustat megalawak tu kata nabi s.a.w lahir ja terus sujud,siap berkatan dah dan mengucap 'alhamdullilah'.betou ka?cam na tu?

    ReplyDelete