Monday, March 16, 2015

keselamatan malaysia tanggungjawab melayu ???


Sungguh teruja semangat  yang ditunjukkan oleh Brigadier Jeneral Toh Choon Siang Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Strategi Lautan Biru Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MBOSC),terhadap perkhidmatannya dalam angkatan tentera.

Sikap yang bagitu luhurnya terhadap perkhidmatan tentera selama 30 tahun bukan sahaja telah berkobar-kobar terhadap dirinya tetapi beberapa orang keluarganya termasuk dalam golongan rakyat bersemangat patriotisme  negara ini ialah, Toh Tiap Keng-TLDM, Toh Choon Hong-TUDM, Toh Choon Kooi-TUDM.

Tentunya ada dikalangan sebangsa dengan keluarga Jeneral Toh memandang serong terhadap perkhidmatan mereka sebagai tentera satu masa dulu ,yang di cop budaya kotor orang Cina Malaysia, yang suatu ketika bergaji rendah, atau pendapatan rendah, atau lebih dahsyat paggilannya sebagai anjing kerajaan.

Semangat yang sebagini telah menjadi satu ikrar keturunan Cina Malaysia, yang dibenamkan dalam dada anak-anak mereka supaya tidak menjadi kuli  atau anjing  kepada orang melayu.Mereka masih menganggap kerajaan negara ini adalah kerajaan melayu.

Ini terbukti apabila kita melihat kerajaan Cina Singapura yang rakyatnya keturunan cina berebut-rebut atau perlu menjadi tentera atau polis. Tidak ada panggilan anjing Cina.Hilang budaya bahawa kerja sebagai mempertahankan negara adalah kerja kotor atau hina.

Penyertaan kaum Cina dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia  terbatas hanya sebagai pegawai tentera, yang membolehkan mereka berstatus tuan kepada bangsa melayu.

Kesannya sehingga kini minat untuk menyertai perkhidmatan tentera atau polis seboleh-bolehnya di jauhkan.Mereka lebih rela kerja dengan syarikat-syarikat atau kontraktor berbangsa Cina.Jarang kita lihat orang Cina bekerja dengan orang melayu sebagai kuli peringkat bawah.

Faktor gaji juga menjadi punca orang cina menggeleng-gelengkan kepala apabila ditawarkan menjadi tentera .Walaupun pendapatan seorang tentera sekarang ini dikatakan hampir lumayan, tetapi masih tidak berbaloi bagi masyarakat cina kiranya income berjumlah RM2500.00 kerana pendapatan mereka di luar melebihi RM3500.00/sebulan. 

Syarikat-syarikat kepunyaan cina menawarkan RM100 hingga RM150 sehari berdasarkan pengalaman dan profesional  masing-masing, disamping kebebasan bekerja mengikut inisiatif yang juga mampu mencari pendapatan sampingan.

Bagi orang melayu sentiasa bersikap positif berkaitan pendapatan- sedikit cukup – banyak pun cukup. Walaupun ada rungutan, tetapi tidak sampai meninggalkan perkhidmatan untuk negara.Sehingga kini jawatan dalam kerajaan masih merupakan jawatan popular orang melayu. 


Itu adalah diantara faktor utama yang menghilangkan selera khidmat orang cina terhadap tentera.Keluarga Jeneral Toh sepatutnya di uar-uarkan kepada orang cina dalam parti-parti politik cina,NGO cina, dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina dengan menyatakan semangat patriotism berkhimat sebagai tentera perlu di utamakan.

Jangan sekali menganggap negara ini negara orang lain atau lebih tepat lagi negara ini kepunyaan melayu sahaja. Orang Cina perlu mengubah sikap mementingkan wang - negara ini cukuplah diuruskan oleh orang melayu, kepada bersikap positif melibatkan diri semua bidang kehidupan dari serendah-rendah jawatan hingga jawatan eksekutif tertinggi di Malaysia, terutama berkaitan mempertahankan negara.

Andainya ramai orang cina bersikap seperti Jeneral Toh Choon Siang terhadap negara ini sudah pasti tidak ada sikap prejudis diantara orang melayu dengan Cina bagitu juga sebaliknya orang Cina terhadap melayu.

Kini pandangan negatif  terhadap perkhidmatan tentera terutama jawatan peringkat rendah telah diambil kesempatan parti politik berdasarkan kaum, dengan mengatakan bahawa negara ini kepunyaan kaum melayu kerana usaha mempertahankan negara ini diletakkan di atas bahu orang melayu, serta hampir 90% orang melayu melibatkan diri dalam tentera serta polis, sedangkan orang cina atau bangsa lain hanya berminat terhadap kekayaan.

No comments:

Post a Comment