Monday, March 30, 2015

kenyataan mufti ok...




Hasil carian imej untuk karikatur harusani mufti perakHasil carian imej untuk karikatur harusani mufti perak



Dua perkara telah melamar hati saya dengan nada persetujuan terhadap kenyataan  mufti perak yang telah berkhidmat lebih 23 tahun itu,pertama - kerana turut menyokong hudud dilaksanakan kerana hukum Allah.Menurutnya orang islam tidak boleh mempertikaikannya hukum tersebut dan wajib dilaksanakan. Cuma cara perlaksanaan perlu selari dengan keadilan kehendak Allah.

Beberapa minggu yang lalu mufti  yang sama menegur adanya pendakwah yang bergurau dan melawak pelbagai  kata kelucuan  yang melampau, yang kadang-kala melebihi program lawak jenaka yang disiarkan melalui televisyen. Perkara ini orang ramai telah maklum beberapa tindakan telah dilakukan oleh pendakwah yang telah termakan cili yang disumbat mufti itu ,dengan tindakan menarik diri dalam acara televisyen.

Tindakan mufti ini tentu telah terhidu,dan terdengar, beberapa orang dari parti kerajaan yang turut menyokong enakmen jenayah syariah ini terutama mereka yang datang dari negeri yang meluluskan dan bercadang di bentangkan ke parlimen.

Dengan sokongan mufti dari UMNO ini diharap menjadi sumber inspirasi beberapa orang lagi dari parti tersebut untuk turut mengikhlaskan diri menyokong enakmen ini dibincangkan di parlimen.Walaupun ini satu tindakan bodoh tetapi ,sekurang-kurang ada orang melayu islam yang tidak mahu berkemungkinan rosak akidah atau mengundang kemurkaan Allah.

Melayu Islam perlu bertaubat  apabila adanya rakyat Kelantan mengetuk kesedaran bahawa undang-undang yang dipatuhi selama ini bukan undang-undang keredaan Allah,yang hanya adil menurut logik akal.

Dari undang-undang logik akal kita perlu beralih kepada undang-undang yang mengandungi rahsia Allah dari petala langit keseluruh alamnya.Kesemua rahsia kebaikkan undang-undang ini kita  sebagai manusia perlu dengar,taat dan patuh,sebagaimana kita patuh berkaitan solat,zakat,puasa dan menunaikan haji apabila syahadah di lafazkan.

Kita tidak ada pilihan dunia lain untuk hidup selain dunia yang sekarang di anugerah oleh Allah sebagai tuhan  - bertindak sebagai tuan dan kita tiada pilihan sebagai hambanya. Hambanya yang diperintah melalui kesedaran diri dan muhasabah yang prinsipnya patuh dan tidak membantah.

Tanggungjawab manusia terutama yang islam perlu mempraktikan apa yang ada dalam Quran,dengan penjelasan hadis Rasullullah SAW terutama mereka yang terpilih oleh Allah dengan kemahiran ilmu Allah agar terus menerus  tanpa jemu atau berputus asa membuat penjelasan  berkaitan hukum dan perintah Allah terhadap manusia yang teramai adalah jahil.

Pemimpin Kelantan merupakan pemimpin contoh yang mungkin tidak berapa ulama’ menurut  pandangan mereka yang bersikap negatif politik tetapi bagi saya adalah manusia terbaik setakat ini ,dari manusia yang politiknya tidak sedikit pun ingin menunaikan tanggungjawab saranan Al-Quran.

Tidak perlu kita menunggu  manusia bersifat bagai malaikat berlaku terhadap pemimpin Kelantan, barulah kita menyokong Enakmen ini di bentang dan dilaksanakan.Pemimpin Kelantan merupakan seorang manusia biasa ,yang mempunyai sikap seperti mereka yang mengkritik juga, yang menganggap diri sendiri betul manakala orang lain salah.

Kali ini kenyataan mufti okey, dan tidak perlu lagi semua wakil rakyat islam mempunyai pelbagai alasan untuk tidak  menyokongnya, terutama dikalangan parti kerajaan kerana selama ini mufti Perak tersebut menjadi bahan rujukan UMNO terutama berkaitan syariat islam.

No comments:

Post a Comment