Kita
lihat bagaimana undang-undang manusia di permainkan oleh manusia sendiri , untuk mengelak hukuman yang setimpal dengan
kesalahannya.Bererti ada sebalik pelaku kejahatan yang lebih dahsyat jahat pelakunya yang perlu
dilindungi kuasanya,perangai buruknya
yang berkemungkinan orang ramai tidak menyangkanya.
Berfikir
secara bodoh dan melihat perjalanan kes dan perjalanan perbicaraan di mahkamah mungkin orang tidak siuman sahaja yang
berfikir lurus bendul berkaitan
pembunuhan Altantuya sembilan tahun lalu.
Pesalah
Sirul Azhar dan Azilah Hadri sepanjang perbicaraan tidak pernah di lihat
mukanya semasa di bawa ke mahkamah .Disediakan penutup khas untuknya
seolah-olah apabila ada ketikanya mereka
dibebaskan tidak ada seorang pun yang
mengenali apabila dia keluar penjara atau bertugas semula. Ada suatu kuasa
perlindung bahawa mereka berdua tidak
patut mati kerana tugas.
Beribu-ribu
kes mahkamah sama ada kesalahan jenayah bunuh,rogol ,rasuah atau jenayah lain
mereka yang terlibat hanya mampu atau di
benarkan menutup muka dengan dua tapak tangan,sekumpulan kertas surat khabar
atau dengan sehelai kain.
Mahkamah
tinggi telah menjatuhkan hukuman mati kedua-duanya pada April 2009 .Kali
pertama sikap tidak sampai hati pesalah istimewa ini dijatuhi hukuman mati dan membebaskannya pada 23 ogos 2013.
Apabila
kedua-dua makhluk istimewa ini sudah
mati hidup semula ,tentunya gembira maka mereka menjalani kehidupan
seperti individu lain ,bebas bagai
burung terbang ke mana sahaja dalam
dunia ini. Salah seorang dari mereka berdua kpl Sirul berada di Australia.Itupun telah
lebih 3 bulan yang lalu.
Manusia
biasa dalam negara ini sepatutnya ada lagi satu mahkamah selepas hukuman mahkamah rayuan pada Ogos 2013 tetapi pembunuh istimewa ini di beri kebebasan tanpa
ragu.
Pehak
berkuasa mahkamah tidak berpuas hati terhadap hukuman hidup semula pembunuh
yang sudah mati kerana mustahil
Altantuya mati kiranya tidak ada pembunuhnya.Kalau mati demam atau sebab
penyakit lain, tentu badannya tidak hangus dan hancur.
Hendak
dituduh orang lain melakukan pembunuhan ,tidak ada bukti sabit pembunuhan . Motif pembunuhan
boleh di
imagine
sahaja ,maka congak seterusnya berbalik
kepada Sirul dan Azila.Pada 14 Januari 2015 kedua-dua pembunuh mati semula.
Sudah
mati ,hidup semula ,mati sekali lagi barulah gambar mereka disiarkan melalui
media .Azila mungkin tak sempat hendak kemana manakala Sirul sempat ke
Australia.
Lakonan
seterusnya Sirul berjaya mempermainkan undang-undang dunia dan tak mungkin hukuman mati di kenakan
kerana Australia tidak ada hukuman itu
walau apa pun kesalahan yang
dilakukan oleh penjenayah.
Kesilapan
sengaja atau tidak mengapa passport kedua-kedua penjenayah tidak di tahan
sedangkan mereka melakukan kesalahan
berat.Keadaan demikian tidak berlaku terhadap pesalah lain sebelum ini, passport
terus ditahan sehingga ke akhir proses undang-undang.
Kini
satu lagi lakonan dan penjelasan dan mungkin membela diri dikeluarkan oleh orang
yang dikaitkan peringkat awal perbicaraan pembunuhan Altantunya, bahawa tidak
ada istilah kambing hitam dalam pembunuhan tersebut dan jangan cuba mengheret
atau mengaitkan masalah pembunuhan itu dengan politik.
Benar
apa yang dikatakan oleh Razak Baginda, tetapi sesuatu perkara itu berlaku mesti
ada sebabnya.Paling mudah sebabnya kedua mereka membunuh adalah bagi menyelesaikan lintasan masalah
yang kerap memeningkan kepala mereka.
Sirul
dan Azilah mungkin merupakan orang yang menyimpan masalah bertubi-tubi .Dengan
kebodohan dan kesetiaan antara gangstar dengan ketuanya, yang hilang
pertimbangan hukum Allah, telah sanggup membunuh kejam. Maka memang layak
mereka berdua yang bangang dan tidak
menggunakan fikiran sebagai manusia dalam pertimbangan membuat keputusan ,yang mana salah dan yang
mana betul di hukum mati.
GHANI TIMBANG TAHIL YANG SET UP SURUH LARI
ReplyDelete