Kadangkala saya malu hendak
mengaku sebagai bangsa melayu samaada di Malaysia atau di luar negara kerana
tidak ada satu perkara pun yang melayu boleh di banggakan peringkat negara ini
atau peringkat antara bangsa.
Adakah lagu-lagu,tarian atau budaya melayu menjadi pujaan rakyat atau belia di negara Korea,Jepun,China,India atau di negara barat. Artis Malaysia adakah seperti Shah Rukh Khan di Cium atau di peluk isteri-isteri menteri di India atau berapa ramai peminatnya di luar negara.Semua perkara kepunyaan bangsa melayu gahnya hanya berkokok dalam reban sendiri.Lebih malang lagi ramai artis-artis melayu di Malaysia memuja bintang bollywood,k-pop dan bintang filem,penyanyi dari Hong Kong dan China.
Adakah lagu-lagu,tarian atau budaya melayu menjadi pujaan rakyat atau belia di negara Korea,Jepun,China,India atau di negara barat. Artis Malaysia adakah seperti Shah Rukh Khan di Cium atau di peluk isteri-isteri menteri di India atau berapa ramai peminatnya di luar negara.Semua perkara kepunyaan bangsa melayu gahnya hanya berkokok dalam reban sendiri.Lebih malang lagi ramai artis-artis melayu di Malaysia memuja bintang bollywood,k-pop dan bintang filem,penyanyi dari Hong Kong dan China.
Yang terkenal di Malaysia ini
melayu sebagai juara penagih dadah,juara rasuah, juara humbankan bayi,juara valdalisma, juara jual tanah
dan kesemua penyakit sosial negara ini melayu yang punya..
Kerana dungunya bangsa melayu dalam dunia ini, maka sesuatu
yang menyoronokkan mindanya dan berlainan budaya yang ada, dengan sendirinya
melayu lupa diri dan agamanya, mudah terlibat dan menyanjung serta memuja
budaya baru dari luar.
Masuk budaya Hindustan melayu
akan menggila terhadap artisnya.Masuk budaya kong fu melayu akan turut serta.
Bagitu juga artis jepun dan hong kong suatu ketika menjadi ikutan, tetapi tidak
sehebat sambutan melayu terhadap artis bollywood.Terbaru tarian dan nyanyian Gangnam Style dan k-pop.Kesemua
budaya dari luar yang diperkenalkan di Malaysia ini terlebih dahulu di bolot
oleh melayu.
Tarian budaya melayu masih lagi tidak berubah. Lenggang lenggoknya masih berkonsepkan gaya lama yang hanya diubah-ubah serba sedikit mengikut kerancakan muzik yang digubah serta disesuaikan alat muzik terkini, tetapi lenggok malas yang dikatakan lemah lembut itu tidak ditinggalkan. Tarian ini tidak menimbulkan minat anak muda malahan ada yang mencemuhnya.Yang terangguk-angguk,atok-atok dan nenek-nenek.
Tidak ada yang dikatakan baru dalam budaya tarian dan muzik,serta lagu melayu, bertambah malang lagi tidak ada strategi pasaran atau perkenalan peringkat antarabangsa. Budaya melayu hanya menjadi jaguh kampung.
Menyanjung orang luar telah sebati dalam hidup dan keturunan melayu di Malaysia ini.Itulah
sebabnya orang melayu yang dah tua atau muda sama gilanya mengagungkan orang
luar. Maka Hollywood ,bollywood dan terbaru k-pop menjadikan melayu lupa
batasan agama dan lupa larangan Allah.
Peringkat awal kedatangan orang inggeris ke
Malaysia umpanya telah disambut dan disanjung oleh orang melayu kerana bangsa tersebut mempunyai
paras rupa yang cantik dan tampan berbanding bangsa melayu yang kulit sawo
matang dan tidak semancung orang putih
kurang menawan dan biasa dilihat.
Melayu mudah terpikat,terutama anak gadisnya terhadap bangsa-bangsa luar ,seperti orang mat saleh,bangsa Pakistan dan Banglades.Ketampanan mereka telah memuja anak gadis melayu maka ramai diantara mereka menyerahkan diri kepada bangsa ini dan berkahwin dengannya.
Dahulu bangsa-bangsa Jepun,Korea dan China tidak menimbulkan minat orang melayu mendekatinya kerana bangsa-bangsa tersebut mempunyai paras rupa mata yang sepet dan keadaan fizikal badan tidak menarik.Hari ini bangsa tersebut telah kelihatan sungguh berlaian .Lelakinya telah tampan manakala wanitanya amat menawan sekali. Mereka telah meninggalkan budaya lamanya yang tidak menarik bangsa-bangsa dunia.
Korea,Jepun dan Cina merupakan bangsa yang sentiasa maju semua bidang dalam dunia ini.Bangsa yang berfikiran positif untuk mencapai kejayaan dan menguasai dunia telah berusaha mencipta tarian serta irama lagu yang sesuai untuk semua..Lahirnya k-pop bertujuan mengalihkan pemujaan style tarian yang sebelum ini dikuasai oleh orang barat.
Sebelum K-pop berada di persada
dunia ,orang melayu telah mencintai dan
sentiasa berkhayal memuja bintang bollywood dari sebelum merdeka hingga
kini.Kemuncak memuja bintang bollywood adalah
anugerah bintang kebesaran kerajaan negeri kepada
pelakon terkenal hindustan dan pelukan isteri –isteri orang bangsawan
negara dengan bintang terkenal hindustan Shah Rukh Khan.
Tidak hairan kita maka ramai anak
muda yang sedang
miang rebung mengucup dan menikmati ciuman bintang k-pop.Bintang
k-pop ini telah dihalalkan oleh kerajaan bermula perhimpunan sejuta belia pada
tahun 2012.Menteri belia ketika itu mengatakan dengan modal RM1.6 juta jemput k-pop untung RM140 juta.
Jelas tidak boleh dipersalahkan
anak muda hari ini menjadi gila macam bapak-bapak dan ibu-ibunya menggilakan
bintang k-pop dan Hindustan kerana bapak
melayu sanggup membeli 1.6 juta maka anak melayu sanggup membeli lebih dari itu. Manakala ibu-ibu sanggup di peluk atau di cium maka anak-anak sanggup di raba dan diramas k-pop dan bintang
Hindustan.
Perangai anak anak muda tidak
akan berubah selagi orang-orang tua turut menyokong aktiviti cium mencium artis atau penghibur
dari luar.
Bertambah gila anak-anak muda memuja dan mendewakan
artis kerana penguasa agama yang mengawal
melayu islam bertindak mengikut kategori
iaitu kategori rakyat biasa dan kategori bangsawan atau mereka yang
menganggap very-very important person.
V VIP dihukum dengan lakonan menampar muka atau sebat seperti dalam drama atau filem, manakala rakyat biasa benar-benar di
terajang, kiranya melarikan diri di cari ke lubang cacing. Jangan kehairanan
perangai anak muda hari ini kerana mereka di pimpin oleh mereka yang sedang
terlanjang menyuruh orang lain pakai seluar dan kain.
No comments:
Post a Comment