Thursday, January 8, 2015

banjir -kejutan musibah dan nikmat rezeki




Banjir  kedatangannya melahirkan rangkuman sifat manusia ,muhasabah,musibah dan ibadah.Tidak perlu gundah dan ngelabah .Mereka terlibat merasai keperitan suasana banjir ketika ini ada rahmat dan nikmat.Selepas banjir surut dan keadaan seperti biasa ada diantara mereka yang terlibat akan menikmati rezeki  yang tidak diduga.

Muhasabah setiap kesilapan manusia terhadap alam ini.Bagitu sempurna di jadikan Allah.Manusia penghuni Malaysia ini tidak simpati dan perihatin  keadaan alam sekitar, serta tiada kerjasama penjagaannya.

Sampah yang berjuta-juta tan setiap hari masyarakat tidak mahu melibatkan diri kitar semula, malahan sanggup melemparkan merata-rata  biarkan bersepah dan menyumbat longkang dan parit.Kayu kayan yang tidak dikawal penebangannya di hutan simpan dan di kampung tempat kediaman menyeksa hakisan tanah dan  kelajuan air sungai .Kita hanya mampu mengeluh “bilalah banjir ini surut”.

Air hujan turun luar biasa musim ini, adalah ujian Allah terhadap rakyat negara ini, yang tidak mengira standard atau golongan yang menerima musibahnya.Perlu diingat bahawa kita terlalu banyak ketawa dari menangis mengingati yang mencipta. Talian hayat dengan Allah sentiasa terputus-putus.

Urusan hidup kita samaada dalam rumah atau luar rumah terlalu  menuju kearah melupakan Allah.Kesibukan melayari dunia membuatkan kita hanya mampu mengingatiNya lima waktu yang memerlukan masa beberapa minit sahaja.

Ruang masa yang ada diantara kita sibuk  berpolitik, yang politiknya tidak menuju kearah diredai Allah.Berpolitik  bertujuan memiliki kuasa untuk bebas dan rakus mengecapi  nikmat dunia, mengumpul harta melalui ekonomi dan hiburan kearah maksiat. Pemimpinnya yang yang sentiasa membelakangkan rakyat.Ucapan pemimpin hanya lunak di bibir bagai iklan –iklan dan lagu propaganda melalui media.

Dua musibah penerbangan yang menimpa kita tidak menjadi pengajaran dan keinsafan semua pehak maka kali ini banjir yang melanda beberapa negeri yang luar kebiasaan yang jelas bukan sahaja masalah geografi tetapi kuasa Allah yang adanya meletup di sana,berbunyi di sini.

Kita bersungguh berdoa dan mengadu hajat seluruh masjid dalam negara, hanya setelah musibah melanda,bertujuan cuba menghalang qadak Allah.Kita tidak merendahkan diri dan bertanya siapa kita yang ada kuasa sedikit, sentiasa mempertikai dan mengelak-ngelak mengikut Al Quran dan sunah . Bersetuju saranan kalimah hanya semasa tahiyat awal dan tahiyat akhir solat.

Ramainya masyarakat hari ini menggunakan kelebihan nilai agama yang ada pada dirinya memperjudikan nasib dengan ilmu Allah memperolehi sumber kewangan, yang nilainya setanding penghibur-penghibur  tanah air.Demand bayaran yang tidak berpadanan dengan ilmu yang disampaikan.

Keadaan pimpinan negara hari ini yang telah melatah, apa sahaja yang dilakukan semuanya kearah  kepentingan diri sendiri,keluarga dan kroni yang rapat. Tidak peduli segala masalah rakyat hanya berupa jeritan  ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.

Lihat dengan mata sendiri nasib mangsa-mangsa banjir yang menerima budi dari mereka yang pandai menyelisik sedang laga dan sekali merengkuh dayung,dua tiga pulau terlampau.Mereka ini ada diantaranya orang kaya enam jahanam yang ketika ini bermurah hati. Hanya Allah yang maha mengetahuiNya.

Keperitan yang melanda mangsa banjir atau musibah yang didatangkan Allah  hari ini, beberapa hikmahnya akan dinikmati dan telah  diperolehi semua pehak. Pemurahnya Perdana Menteri dan wakil rakyatnya menyampaikan bantuan beras dan bahan makanan.Lahir sikap luhur segelintir  rakyat Malaysia sanggup menderma dan mungkin  menerima pahala mudah dari Allah.

Bengkel-bengkel kereta, kedai-kedai perabot atau pembuat perabot,tukang-tukang rumah kampung turut menerima rezeki harimau .Kontraktor jalan yang jarang menerima projek mungkin selepas banjir menerima projek membina jambatan atau sekurang-kurangnya menurap jalan rosak.Pendawai-pendawai elektrik,hari ini tidak dilupakan yang ketika ini semua rumah yang rosak perlukan pendawaian semula.Nyata pendapatan mereka bukan ratus malahan capai ribu ringgit.

Secara positif dari sebalik musibah yang datang ada tujuan tersembunyi dari Allah.Tokeh-taukeh  kaya tuan punya pusat membeli –belah yang rosak teruk mungkin menerima bantuan dari syarikat insuran atau dari kerajaan sendiri dibawah dana bencana banjir  serta berjaya menjual dengan banyaknya berupa kain baju dan benda makanan mangsa banjir.Mereka yang miskin yang punya rumah yang sebelum banjir hanya bertiang empat batang,mungkin selepas banjir akan memperolehi rumah lebih baik.

Nyata yang miskin atau kaya terlibat sama menikmati hasil bencana yang melanda manusia.Disitu letaknya keadilan Allah melalui musibah.Kesabaran kita adalah pengukur segala-segalanya .

Musibah hari ini telah menyedarkan rakyat Malaysia hanya sementara, beberapa bulan selepas banjir atau trajedi reda.Kembali semula seperti kehidupan biasa ,yang kadang-kadang jarang berdoa jauhi musibah serta melakukan solat hajat tolak bala.

Kembali normal rakyat akan berfikir setiap hari mana hendak cari makan hari ini dan mana hendak makan hari ini manakala pemimpinnya berfikir  siapa yang saya hendak makan hari ini.

No comments:

Post a Comment