Tuesday, February 3, 2015

lukisan - satu sindiran



Saya tidak berminat hendak mempertikaikan hasil karya seseorang sama ada lukisan manusia dari belakang, dari depan atau terlanjang. Apa yang perlu di persoalkan adalah niat tersembunyi lukisan tersebut yang  juga mencerminkan luahan perasaan kesetiaan terhadap negara ini,pemimpinnya dan undang-undangnya.

Ketika ini negara amat sensitif terhadap adanya warganegara mempertikai sistem pemerintahan negara yang telah merdeka lebih 57 tahun. Banyak NGO dan orang awam terutama orang melayu selalu merasa ragu terhadap ada warga mempertikaikan rukun negara yang kedua itu- kesetian kepada raja dan negara.

Golongan ini hanya berminat untuk merebut tempat dalam pentadbiran negara dan mempelopori ekonomi negara. Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mereka anggap sebagai paksaan untuk mereka patuhi. Kita tahu mereka bercita-cita gubalan undang-undang baru apabila berkuasa kelak. 

Walaupun ada diantara rakyat negara ini mengatakan bangsa-bangsa lain selain melayu tidak akan berkuasa di negara ini, tetapi perkara mustahil hari ini boleh berlaku 10 tahun atau 20 tahun akan datang.Lihat negara Singapura 50'an dan 60'an  zaman-zaman cerita P.Ramlee di terbitkan suasana melayu tergambar kemelayuannya.Hari ini di mana  susana itu dan bangsa melayu.Singapura telah menjadikan melayu telah hilang di dunia.

Lukisan yang luar biasa yang dipamirkan di Singapura itu sebagai contoh gambaran luahan hati yang sentiasa tidak puas terhadap negara ini.Pernilaian yang tidak menerima apa yang dihidangkan di negara ini tidak akan ada kesudahan selagi bangsa  ini tidak  memegang tampuk  pemerintah utama negara. 

Orang melayu sedar akan sikap yang digambarkan melalui lukisan aneh itu ,tetapi melayu telah rasa serbasalah untuk betindak samaada peringkat kerajaan ,NGO atau individu kerana sekarang ini telah melambak mereka yang tidak setia yang digambarkan melalui laman sosial, yang membuatkan pehak berkuasa tidak mampu menyelesaikannya.Hanya mereka yang sudah kaya berkata bagini " Ismail rakyat Malaysia ,saya rakyat Malaysia, semua orang pun rakyat Malaysia.


Pehak kerajaan perlu sedar dan berusaha mengubah kesilapan 57 tahun yang lalu.Orang melayu pula  dimestikan berubah sikap dari politik mencari makan kepada politik membina semula negara  dan berusaha memupuk kesetiaan rakyatnya ke era zaman 60’an dan 70’an. 

Tidak ada cara lain untuk menyedarkan bangsa-bangsa yang ada dalam negara ini supaya menghormati perlembagaan,institusi raja dan agama islam iaitu dengan penyatuan semua orang melayu dalam satu kelompok politik.

Melayu buangkan perbezaan ideologi dan duduk satu meja membincangkan bagaimana untuk menutup mulut dan ego bangsa-bangsa yang lain yang tidak cukup dengan kekayaan dimiliki yang sekarang bercita-cita menjadikan Malaysia seperti negara Singapura.   

Rindukan suasana kampung dan mengamalkan suasana jemaah hari jumaat, setiapkali menghadapi masalah kesetiaan dan kedegilan bangsa lain dalam negara ini. Pengurusan negara berusaha melaksanakan apa yang di rancang untuk orang melayu tidak perlu menoleh kebelakang dan berasa takut tidak popular politik.

Menoleh kembali perpaduan melayu sebelum merdeka yang ketika itu melakukan sesuatu perkara untuk negara ini , tanpa melihat kewujudan bangsa-bangsa lain di Tanah Melayu.

Mereka yang jadi pelukis,  dan penulis yang ada rasa tidak berminat untuk menikmati keamanan dan tidak berpuas hati  terhadap sistem pentadbiran yang ada, boleh mencari tempat lain yang selamat. Dunia ini ada tempat bebas dan mungkin ada negara bagi mereka untuk menjerit sekuat-kuatnya dengan mengatakan “Malaysia Bangannnnngnggggggggggggg!”

No comments:

Post a Comment